Thursday, March 13, 2014

Krisis Air. Jerebu. Politik. Pesawat Hilang.

Awal tahun 2014 ini Malaysia menghadapi macam-macam dugaan.
 
Setelah beberapa negeri diuji banjir besar, kemarau pula melanda Malaysia. Cuaca panas dan kering. Krisis air berlaku terutamanya di kawasan sekitar Lembah Klang. Kemudian jerebu pula melanda.  Hari ini, Putrajaya mencatatkan bacaan IPU tidak sihat melebihi 124. Dan sehingga 2 petang tadi bacaan semakin meningkat melebihi 150.
 
Dan, insiden kehilangan MH 370, yang hari ini masuk ke hari ke enam.. masih menjadi tanda tanya dan persoalan.. Semakin banyak spekulasi, semakin banyak teori dan semakin banyak teka teki yang menjadi misteri sehingga hari ini.
 
Tiba masa untuk kita muhasabah. Tidak Allah jadikan sesuatu sekadar sia-sia. Pasti ada hikmah. Allah yang Memiliki segala di langit dan segala di bumi, dan Dia Maha Berkuasa menentukan segala-galanya mengikut kehendakNya.
 
Let's pray for MH 370. Let's pray for ummah. Let's pray for Malaysia!

Wednesday, March 12, 2014

Ustazah?


Asing. Ghareeb. Menjadi orang yang asing pada zamannya. (Ghuraba')

Bekerja di organisasi  ini yang hampir 100% pemilikannya dan penerajunya adalah orang Islam tidak menjamin suasana dan pengamalan Islam sebenar. Sungguh, tidak ada jaminan tentang itu.

Bahkan, saya juga seperti mereka. Sebelum pintu hati diketuk untuk mengislahkan diri. Sedikit demi sedikit. Dalam suasana yang cukup payah. Dalam biah yang tidak menyumbang kepada peningkatan iman.

Bukan merasakan diri sendiri baik sedang orang lain tidak. Astaghfirullah. Ayat apa harus saya tulis untuk menggambarkan betapa berkecamuknya hati dan perasaan, betapa sukar untuk meluahkan apa yang terbuku di hati.

Dalam kehidupan sehari-hari yang tidak ada orang yang sefikrah dengan kita, hati menangis dan jiwa merintih. Pada Tuhan tempat mengadu.

Saya bukan dalam kelompok mereka yang bernasib baik, dikelilingi oleh sahabat-sahabat yang soleh solehah, bertudung labuh, berkopiah, berusrah dan berhalaqah, bukan. Saya cuma umat Islam akhir zaman tapi berkeinginan kuat untuk berubah, demi meraih redha Tuhan. Demi membeli syurgaNya di sana. Walau dengan apa? Dengan air mata darah sekalipun.

Saya tahu, perubahan saya hari ini buat ramai kawan-kawan yang mengenali saya dari dulu seakan-akan tidak percaya dengan diri saya yang sebenar satu ketika dulu. Lalu, macam-macam label diberikan. Gelaran ustazah memang sering saja hinggap di telinga.

Ustazah? Hanya kerana saya melabuhkan tudung?
Ustazah? Hanya kerana saya cuba menasihati ke arah kebaikan?

Hanya kerana itu saya digelar ustazah? Ya Allah..

Ustazah itu gelaran yang mulia. Tak layak untuk saya. Saya tidak mahu menjadi fitnah terhadap golongan ini.

Tapi, dalam dunia yang saya hadapi ini, sekelumit usaha untuk berbuat kebaikan seakan-akan suatu dosa, suatu perkara asing yang pelik dan menjanggalkan. Saya tak faham, lantas saya teringat hadis itu. Ya hadis itu.


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah Salawatu Alai Wasalam, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing". -H.R. Muslim.

Sungguh. Saya terkesan dengan hadis ini.

Ya Allah.. berikan aku kekuatan. Tunjukkan aku jalan kebaikan.. Bantulah aku Ya Allah.. bantulah aku..

(if you doubt in change yourself to a better person, be confident with Allah. He will guide you Insya Allah ~ Ibn Ataillah: Al Hikam)