Saturday, September 27, 2014

Berdoa untuk orang lain

Pagi tadi jenguk dekat bawah apartment ni baru dalam proses nak membina playground. Seorang pekerja sedang memasang papan gelongsor dan barang barang perkakas masih bersepah.

Sampai ke tengahari pekerja makin bertambah dari seorang ke 2, 3 hingga beberapa orang. Di bawah panas terik mereka bekerja keras.  Ya Allah permudahkan urusan mereka. Hati terdetik untuk berdoa. Mereka bekerja di bawah terik untuk siapkan playground.  Untuk dimanfaatkan oleh kanak kanak di sini.

Selepas asar, hasilnya telah jadi seperti dalam gambar di atas. Sikit lagi. Almost completed.

Berdoa untuk orang lain.

Semalam ceramah dengan ustaz ebit lew di pejabat. 

Antara input dari ceramah ustaz adalah berkenaan doa

Sejauhmana kita boleh dan sanggup berdoa untuk orang lain. Yang kita tak kenal. Tapi mulut dan hati kita ringan untuk mendoakan mereka.

Dan lagi.. mendoakan kebaikan kepada orang yang tidak berbuat baik kepada kita. Yang kita tak kenal pun.


Tapi... belajar lah.


Hari tu, dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat,  di traffic light di simpang 4, tak semena-mena ada satu kereta ni stuck kat tengah-tengah.

Alah..

Betul-betul depan aku pulak tu. 

Kebetulan traffic light warna merah.  Aku dah ready bagi signal untuk tukar lorong. Sambil menjeling deretan kereta yang panjang di belakang.

Mujurlah, ada seorang penunggang motosikal berhenti dan tolong tolak kereta tu. Drivernya seorang lelaki cina tua.

Lelaki Melayu itu turun dari motosikal nya dan tolong tolak kereta tu ke tepi.

Ya Allah.  Mudah-mudahan Kau balas kebaikan dia dengan sebaik2 kebaikan. DiĆ  telah memudahkan ramai orang. Dan aku yakin, bukan aku seorang yang berterima kasih kepada dia. Malah ramai lagi.. walau dalam hati cuma ..


Adakala,  sesuatu yg berlaku itu tidak kita ingini. Tidak dirancang untuk menolong seseorang tapi Allah mengkehendakkan utk memberi ganjaran pahala kepada hambaNya dr pelbagai bentuk asbab. Dan beginilah. .


Sungguh.  Semua itu adalah dari Allah.