Saturday, November 28, 2015

Syurga yang dijanjikan.

Bayangkan ye.

Kita ada boss.
Bos kita sangat baik dengan kita.
Selalu belanja kita makan.
Selalu bagi kita macam2.
Banyak ajar kita dan nasihat kita buat kerja dengan betul.
Sebab dia nak tengok kita berjaya, perform well untuk company.

Ada satu hari kita buat salah dan bos kita marah kita.
Lepastu kita pun mulalah tak puas hati dengan bos.
Kita sangka buruk kat dia.
Kita suarakan rasa tak puas dekat kawan2.
Kita join kutuk bos dengan member.

Sampai akhir tahun kita hantar penilaian LNPT.
Sekali tengok markah yang bos bagi tinggi. Siap dengan puji pujian. Dengan mencalonkan kita dapat APC lagi!

Kau rasa apa?? Rasa bersalah tak??
Sebab kau pernah kutuk bos kau. Kau pernah sangka buruk dengan bos kau. Instead di hujung tahun dia calonkan kau dapat APC.

Ironinya begini kita dengan Tuhan kita.
Walaupun yes,  incomparable. Maha Suci Allah yang Tidak punya sebarang tandingan yang dapat menyamainya.

Tapi ini anologi utk memudahkan kita memahami.

Kau banyak buat dosa dengan Allah.
Kau tak bersangka baik pada Allah.

In the end Allah dengan sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang nya bagi kau syurga. Izinkan kau masuk syurgaNya. Walau sebanyak mana dosa kau.

Allahu.

Sebenarnya kita semua wahai saudara2 seagamaku, kita semua ada peluang dan potensi utk masuk syurga. Kenapa tidak? Kitakan asalnya dr syurga. Adam berasal dari syurga. Dan kita nak balik nanti nak balik ke syurga. Syurga kampung kita. Tempat kembali kita.

Kalau syurga itu telah Allah janjikan utk kita, apahal kita nak buat perkara2 yang tak melayakkan kita untuk masuk ke dalamnya?

Saturday, November 21, 2015

Hikmah kembara

"Katakanlah: berjalanlah (di muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan manusia dari permulaanya,kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"~Al Ankabut:20

"Hai manusia,  sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling  kenal mengenal.  Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" ~ Al Hujurat: 13

****

Alhamdulillah.  Alhamdulillah thumalhamdulillah.

Bermula dgn tanpa perancangan. Segalanya berjalan begitu sahaja mengikut takdir dan aturan Tuhan.

Selamat sampai bumi tawau. Selamat berjalan di daerah sekitarnya.  Selamat kembali ke semenanjung.

Ini bukan kali pertama aku ke sabah. Ini bukan kali pertama menaiki pesawat tapi setiap kali berada di awan, setiap kali rasa kagum dan teruja melihat keindahan ciptaan Tuhan. Maha Suci Allah yang menjadikan besi  yang besar dan berat berterbangan tinggi di langit, sekali sekala terasa sedikit  gegaran kerana terkena awan.

Di bawah, sayup mata memandang. Bukit bukau, hutan, sungai, bangunan, rumah2 pokok2.. Subhanallah pemandangan yg sangat indah.

Aku suka naik flight. Tapi nak naik tu bukan macam naik bas. Senang2 je. Nak naiknya pun memang sgt perlu terikat dengan peraturan ketat. Kena check in dulu, kena sampai at least sejam sebelum utk penerbangan domestik, kena lalui mcm2 pemeriksaan beg, fizikal, scan itu, scan ini tertakluk kpd peraturan airport. Lepastu kena berjalan jauh nak ke kapal terbang.  Boleh burn calori kalau mcmni selalu.

Dah naik flight, lebih kurang mcm naik bas je. Bila time flight nk naik dan landing tu terasa jugak la sebu sikit. Lain2 ok. Cuma aku tak berapa suka bila time serve makanan. Berbaulah satu kokpit dgn mcm2 makanan.

Klu naik A Asia, makanan diserve dulu kpd yg dh ada buat pre order. Tak mcm MAS, semua dpt sebab bayaran include makan. Jadi klu kau yg tak order tengok jelah dulu org makan.

Kemudian lepastu akan mula dibuka jualan. Steward/Stewardess akan sorong troli berisi makanan dan minuman. Penumpang yang nak   akan buat bayaran.

Entah kenapa. Aku terfikir. Ini baru dlm flight. Ada yg dpt layanan first class. Ada yg second class. Ada yg diberi makan dulu. Ada yg baru dpt kemudian.

Klu di akhirat nanti lagilah kan. Ada 3 golongan. Ada golongan kanan. Ada golongan kiri. Ada golongan terawal melakukan kebaikan.

Dan mereka semua, yakni bakal2 kita nanti akan terdiri daripada salah satu golongan itu. Ada yg termasuk dalam golongan kanan, maka bolehlah terus masuk syurga. Hai hai bye bye dgn golongan kiri yang hanya mampu memandang. Telan liur. Dgn rasa mnyesal. Lalu berkata.  Kenapa aku tidak melakukan amal kebaikan semasa hidup dulu. Supaya aku boleh termasuk dalam golongan kanan itu.. iaitu penghuni syurga yg didamba dgn nikmat dan kurnia yg tak mampu dibayang mata.

Aduhai.  Menyesalnya. Dan ketika itu mereka golongan kiri itu merayu kepada Allah.

Ketika melihat azab mengerikan di depan mata buat penghuni neraka, lalu mereka berkata;

"Rabbana absir na wa sami'na. Far ji'na na'mal solihan inna muqinun"

(Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dgn sejelas2nya (akan segala yg kami ingkari dulu) maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami dapat melakukan amal2 baik) ~as sajadah qs 12:32

Nah. Sambil bermusafir cuba renung2 ayat al Quran.  Tadabbur alam dan relate kan dgn ayat2 al Quran. Semoga, semakin tinggi kita terbang,  semakin naik tinggi juga iman dan ketakwaan.

***

Wednesday, November 4, 2015

Hakikat kehidupan

Kehidupan kita di dunia ini perlu ingat dua perkara;
Satu, kita sebagai tetamu.
Dah namanya tetamu kena pulang bila tiba masa. Bukan datang tak reti reti nak pulang.

Dua, semua yang kita miliki adalah pinjaman.
Bila namanya pinjaman maka ia bukan hak milik kekal kita. Diri kita, batang tubuh kita, mak ayah dan keluarga kita, suami, isteri dan anak-anak kita adalah pinjaman. Maka janganlah nak bersedih sangat bila satu hari nanti Allah ambil mereka.

Memanglah sedih..siapa tak sedih.
Tapikan dari Allah kita datang,  kepada Allah kita akan kembali.

Dan lebih lebih lagi dalam bentuk material, pekerjaan, rumah, kereta,  harta benda semua tu.. lagilah bukan hak milik kekal kita. Kalau orang faham konsep pinjaman ini maka takkan ada rasa iri hati dan dengki atas apa yang orang lain miliki yang dia tak dapat. Eleh. Apa nak heran. Pinjam je kot. Cuba fikir macamni bila hati diketuk2 rasa cemburu pada sesuatu yang tidak sewajarnya.

Barangsiapa menjadikan dunia tujuan utamanya maka Allah akan menceraiberaikan urusanya dan menjadikan kerisauan/kesibukan,   kemiskinan, kefakiran dan tidak pernah  rasa cukup. Padahal dia tidak pernah mendapatkan harta duniawi melebihi apa yang Allah tetapkan baginya.
Dan barangsiapa menjadikan akhirat cita2 (tujuan utamanya) maka Allah akan menghimpunkan urusannya,  menjadikan kekayaan/kecukupan dalam hatinya dan (harta benda) duniawi dtg kepadanya dalam keadaan rendah (tidak bernilai di hadapannya)

~HR Ibn Majah no 4105

Thursday, August 20, 2015

Jangan jadi insan yang terpilih melakukan maksiat

Takdir kita telah ditulis awal sebelum kita wujud di dunia ini lagi. Telah tercatat rezeki, jodoh dan umur, nasib baik atau buruk, bahagia atau sengsara. Kerana itu perlu percaya kepada konsep qada dan qadar. Setiap apa yang kita lakukan tidak pernah terlepas dari perhatian dan izin Tuhan. Seorang ahli ibadah tak akan mampu melakukan ibadah tanpa izin Allah. Begitu juga, seorang pelaku maksiat tidak akan dapat melakukan maksiat tanpa izin Tuhan.

Memang, untuk merungkai konsep qada dan qadar Tuhan agak sukar kerana ianya termasuk dalam perkara ghaib.  Perkara yang tidak kita ketahui selagi ianya belum terjadi. Memang telah ditentukan seorang itu di mana tempat akhirnya, di syurga atau di neraka (wa'iya zubillah). Kita mungkin mmpersoalkan kenapa telah ditetapkan yang demikian demikian. Jadi Kalau dah memang takdirnya begitu kenapa perlu usaha lagi.

Sebab itulah Allah tak bagi kita tahu apa yang bakal terjadi di masa hadapan kita. Its just like, suprise.. suprise!..

Kita ada pilihan. Nak suprise yang best atau yang tak best. Ya kalau benar seorang itu telah ditakdirkan menjadi seorang pendosa  tapi mana dia tahu memag takdirnya seorang pendosa? Afterall diakan ada akal fikiran yang waras untuk membezakan yang haq dan yang batil. Itulah istimewanya ciptaan Allah bernama manusia. Sebab ada akal fikiran yang waras. kalau tidak waras tidak akan dipertanggungjawabkan atas segala apa yang dilakukan.

Jadi pilihlah untuk jadi baik. Buat baik dengan memotivasikan diri bahawa Allah pilih kita untuk buat baik. Allah izinkan kita untuk buat baik. Sebab Allah sayang kita. Cuba fikir, kesian kan orang yang Allah biarkan melakukan maksiat. Jadi bersyukurlah sebab Allah izin kita buat baik. It's a big rahmat ever.

Dalam masa yang sama berdoalah.  Supaya Allah tak bolak balikkan hati kita.  Supaya Allah teguhkan iman dan aqidah kita. Sebab ada hadith yang memberi ancaman kepada mereka yang merasakan diri beriman, dijamin masuk syurga. Jaraknya dengan syurga dekatnya seperti sehasta tapi Allah takdirkan dia ahli neraka maka neraka kesudahannya.  Ada pula pendosa yang bagai tak ada harapan untuk jadi ahli syurga seolah olah jaraknya dengan neraka tinggal lagi sehasta tapi Allah takdirkan dia ahli syurga maka syurgalah kesudahannya.

Risau tak? Takut tak?

Jangan putus harap dengan kasih sayang Tuhan.

Yakinlah.

La yukallifullahu nafsan illa wus 'aha.
Laha ma kasabat wa 'alaiha mak tasabat.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya.

Setiap orang mendapat pahala dari kebaikan yang diusahakan nya  dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya.

Berdoalah juga banyak2 sebab syurga itu diizinkan Allah untuk dimasuki hambaNya yang dipilih atas izin dan rahmat Nya.

Bukan kerana amal semata2.

Memang.

Dunia ini penjara bagi orang beriman dan syurga bagi orang kafir.

Bertahanlah.

Syurga itu mahal harganya.

Ianya dipagari dengan dugaan dan ujian.

Neraka dipagari dengan nikmat dan kesenangan.

Saturday, July 4, 2015

Mujurlah kita tdk jadi umat terdahulu

Membaca dan mentadabbur surah al furqan.

Mereka tidak percaya Rasul adalah utusan.
Bagi mereka, kenapa tidak ada beza Rasul dgn manusia biasa.

Rasul yg diutuskan hanya org biasa spt mereka, berjalan di pasar. Makan, minum dan cara hidup spt orang kebanyakan. 

Mereka mmpersoalkan kenapa tdk ada malaikat yg mngiringi atau malaikat mnjalankan tugas bersama2nya.

Klu kita berada pada ketika itu, adakah kita yang sering mmpertikaikan itu ini akan buat perkara yg sama?

Bukan senang utk mmpercayai sesuatu yg baru.

Dan kita gen y mmg banyak bertanya. Mencari logik dalam setiap perkara

Mujurlah kita tidak berada pada ketika itu. Kalau tdk tak pasti sama ada kita akan boleh teguh dgn keimanan atau mnjadi dr kalangan org yg rugi  dan sesat sesesatnya.

Mujurlah kita berada d zaman skg yg Islam telah bertapak kukuh hasil kesungguhan air mata darah para anbiya'

Sunday, May 24, 2015

Kita tak tahu amalan kita yang manakah yang melayakkan kita ke syurga

Pentas Dakwah Tv Alhijrah sebentar tadi membicarakan topik 'Syurga'

Subhanallah.  Sangat2 mengujakan bila mendengarnya.

Tapi. Jauh di sudut hati paling dalam memikirkan.  Apakah amalan yg melayakkan aku untuk ke syurgaMu Ya Allah?

Teringat Dlm satu kuliah, ustaz melontarkan pertanyaan;  'apakah  kuantiti atau kualiti amalan yg penting yg dilihat oleh Allah?

Kualiti. Rata2 kami menjawab.
Ya kualiti. Kata ustaz.

Ada org sembahyang banyak.. tapi solat dia tak diterima Allah. Pada akhirnya dia tak layak masuk syurga.

Ada orang tua baru masuk islam. Selama ini hidupnya dalam keadaan kafir. Hari ini dia baru mengucap 2 kalimah syahadah. dan ditakdirkan,  Allah ambil nyawanya. Tak sempat nak solat, nak beribadahpun. Ke mana dia? Syurga atau neraka?

Kami diam. Persoalan syurga neraka tidak layak utk kami menghakimi. Namun di benak masing2 seakan memikirkan jawapan yang sama.

Kata ustaz lagi;
Kita tk tahu amalan kita yang manakah yang melayakkan kita ke syurga. Mungkin bukan sebab solat kita yang banyak. Kita solat tapi riak. Malam tadi bangun qiam siangnya bercerita dekat semua orang.

Dan itu tidaklah diambilkira sebagai pelaburan dunia kita utk meraih jannahNya.

Kita tak tahu amalan yang mana yang boleh buat kita masuk syurga. Boleh jadi sebab hanya kerana kita senyum dekat orang. Sekadar senyuman. Tapi senyuman paling ikhlas. Senyuman yang buat orang gembira. Senyuman yang menghilangkan kesedihan orang lain. Bagi kita itu mungkin sekadar perkara biasa tapi rupa2nya itulah amalan kita yang diterima!

Subhanallah. .

Maka..buatlah baik. Jadilah baik. selagi ada peluang dan kesempatan.  Kerana kita tak tahu berapa lama lagi waktu yang tinggal utk kita buat kebaikan. Membuat sebanyak mana pelaburan di dunia utk meraih keuntungan akhirat sana.

Usah dipandang ringan perkara2 yang remeh. Hatta bermanis muka kepada saudaramu.

Mungkin ini penyebabnya yang melayakkan kita ke syurga Nya!

Ya Allah. . Izinkan kami menghuni jannahMu.. Allahumma amin..

Friday, April 3, 2015

Tuhanmu tidak meminggirkan mu.

1. Kuasa Allah memberi atau tidak memberi apa yang kita mahukan.
2. Kuasa Allah memberi apa yang kita hajatkan. Ucapkan Alhamdulillah apabila telah menerima apa yang dihajati.
3. Kuasa Allah tidak memberi apa yang kita hajati sebaliknya menangguhkannya kerana itu yang terbaik dalam aturan Allah.
4. Kuasa Allah tidak memberikan langsung apa yang kita suka atau hajati. (Al Baqarah 216)
5 . kuasa Allah tidak memberikan apa yang kita hajati di dunia sebaliknya diberikan di akhirat kelak.

💕💕Berbahagialah dan berdamai lah dengan takdir Allah.

Wednesday, March 25, 2015

Kalau Bukan Kerana IzinNya..

Kuakui.
Aku bukanlah siapa2 klu tidak dgn izin dan pertolongan Nya.
Aku cuma hamba yg lemah. Dgn 1001 kekurangan dan kelemahan.
Klu tidak dgn izinNya aku tak akan ada di sini.  Menikmati apa yg aku nikmati hari ini. Melalui apa yg aku lalui selama ini.
Dia mengizinkan aku keluar dari gelap menuju cahaya.
Mungkin payah. Dalam keadaan meraba2.
Tapi aku tahu Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang itu sedang menunjukkan jalanNya.
Aku rasa kerdil berada bersama2 org yg  lebih bijak pandai.
Tapi aku tahu Allah Maha Bijaksana Maha Mengatur segalanya.

Untuk itu aku bersyukur pdMu Ya Allah.

Moga aku dapat jaga agama ini.
Tidak menjadi fitnah kepada agama.

Ya aku tahu dlm hidup ini kita tak mungkin akan dapat semua apa yg kita mahu.

Sebab hidup ini adalah ujian.
Untuk mnguji siapa yg ahsanu amàla.-yg paling baik amalannya.

La tahzan.

Innalaha ma'ana.

Syukurlah.  Dan redha. Itu kunci dan rahsia utk bahagia.

Dan kemuliaan seorang Mukmin terletak kepada taqwa.

Monday, March 23, 2015

Dan sungguh. . Aku malu

Dan sungguh. .
Aku malu
Malamnya aku menangis dalam sendu
Seakan merasakan Tuhanku di hadapanku
Menyesali segala dosa dan maksiat yang membelenggu
Menggogoi menangis meratap dan merayu
Agar Dia sudi mengampunkan dosaku
Seakan tak sanggup lagi menghadapi esok dan hari2 mendatang
Kerana kutahu cabaran dunia akhir zaman penuh dengan tipu daya yang melalaikan. .

Dan sungguh aku malu
Siang nya aku seakan2 lupa dengan janji khalifah ku
Aku lalai dalam batas masa dan waktu
Dalam nafsu dan angan2  panjang
Dalam gelak tawa dan gurau senda
Dalam permainan dunia yang memperdaya
Sedang kutahu hakikat kehidupan hanya sementara

Dan sungguh aku malu
Bila merenung sisi kehidupanku
Dalam kesamaran kulihat diri dalam kekerdilan di hadapan Rabbku
Aku malu pada Tuhanku
Bila berbicara tak seiring agama yang kubawa
Bila akhlak tak seindah akhlak baginda rasul Nya
Bila kemegahan dunia menutupi pakaian taqwa
Bila cinta dunia melebihi cinta akhirat sana

Dan aku malu pada Rabbku Tuhan yang Satu
Yang menjadikan aku dengan kehidupanku
Menghirup segala nikmat kurniaan tak mampu kuhitung satu persatu
Dan aku bertanya pada diriku
Apa yang aku lakukan sebagai tanda terima kasihku padaMu
Apa yang akan kubawa saat kembali kepada Mu
Apakah Engkau sudi terima diriku?

Dan sungguh aku malu.
PadaMu Tuhan yang banyak menyaksikan kejahilan dan kemaksiatanku..

Dan sungguh walau kumalu
namun tetap kumahu
terus mndamba dan mngharap keampunan dan kasih sayangMu
Kerana kutahu rahmat Mu Tuhan melebihi kemurkaan Mu

dan sungguh kumahu
Agar Engkau sudi memandang ku
Dengan pandangan kasih sayangMu..

Sunday, February 1, 2015

Mengimani kemuliaan dan sifat pemurah Allah

1. Allah mengurniakan kita harta. Dengan harta Allah memberi peluang untuk kita beramal dan beroleh pahala dengan jalan bersedekah, infaq, waqaf dan sebagainya. 

2 . Allah mengurniakan kita rezeki ilmu. Rezeki untuk belajar dan rezeki untuk diajarkan kepada orang lain. Dengan ilmu bermanfaat yang kita sampaikan dan selagi ianya diamalkan kita akan mendapat pahala yang berpanjangan. 

3 . Allah mengurniakan kita rezeki anak. Berdoalah agar dikurniakan Anak yang soleh dan solehah. Didik anak dengan ilmu agama yang mencukupi. Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya menjadi saham akhirat dan pencen kubur kita. 

4. Allah merezekikan kita untuk beramal secara istiqamah dan mengurniakan pahala di atas amalan itu. 

5 . Kita semua pernah jatuh sakit samada sekurang kurangnya demam biasa. Kita sakit dan kemudian sihat semula. Ketika sakit Allah menarik seri wajah, selera makan dan dosa. Kemudian dengan izinNya kita sihat kembali. Dan Allah memulangkan kembali seri wajah dan selera makan tetapi tidak memulangkan dosa kita semula. Betapa baiknya dan Pemurahnya Allah. 

6. Allah berikan hambaNya dengan ujian dan musibah samada kecil atau besar. Bersama sama itu Allah sertakan pahala. Bersama sama kesusahan ada kesenangan. Bila diangkat musibah itu pahala masih kekal dan tidak diangkat bersama. 

7 . Allah menguji hambaNya apabila ditimpa fitnah. Jangan kita mendedahkan diri kepada perkara yang boleh membawa fitnah. Namun bersama fitnah itu datang kemuliaan jika hambaNya bersabar dan bertaqwa. Persona de zahra:ustaz Muhammad Abdullah al Amin; 6&13Rabiulakhir1436H

Jangan Kau biarkan aku berhajat kepada perkara yang Kau redhai, melainkan Kau tunaikan, wahai Yang Sebaik Baik Penyayang

Bismillah. .

Sesiapa yang mempunyai sesuatu hajat, hendaklah dia berwudhuk dan mempelokkan wudhunya, kemudian tunaikan solat dua rakaat seterusnya memuji Allah, berselawat ke atas Nabi s.a.w dan mengucapkan;  "Tiada Tuhan yang layak diperhambakan diri melainkan Allah,  Yang Maha Bijaksana,  lagi Maha Mulia, Maha Suci Allah,  Tuhan arasy yang hebat. Segala puji bagi Allah,  Tuhan (yang menguruskan) alam semesta.  Aku mohon kepada Mu pemberian rahmat Mu, kepastian keampunanMu, dan kemenangan daripada segala kebaikan, dan keselamatan dari segala dosa. Jangan biarkan diriku berdosa melainkan Kau ampunkan. Tiada kesusahan melainkan Kau bukakan jalan keluar. Jangan biarkan aku berhajat kepada perkara yang Kau redhai, melainkan Kau tunaikan, wahai Yang Sebaik Baik Penyayang".

( Riwayat al Tarmizi )

Meraih rezeki

Meraih rezeki 
☆Rezeki tidak terbatas kepada wang ringgit dan harta benda, malah rezeki meliputi kesihatan, kebahagiaan, keselamatan, ilmu pengetahuan dan segala kebaikan yang kita kecapi sehari hari 
☆Bagaimana meraih rezeki
*sambung silaturrahim 
*lazimi membaca surah al waqiah setiap malam 
*amalkan qiyamullail 
*banyakkan bersedekah 
*dapatkan rezeki dengan cara yang betul dan belanjakan dengan cara yang betul *mempunyai sifat taqwa 
*berusaha, berdoa dan redha yang menatijahkan tawaqqal kepada Allah 
(Source: Dr Zulkifli al Bakri; Bayan Linnas-Cinta Ilmu TV AlHIjrah)

Wednesday, January 14, 2015

Macam zombie bergerak

Pagi Semalam seperti biasa memandu ke tempat kerja sambil mendengar radio ikim.
Ada kata kata ustaz yang buat aku tertarik dalam segmen motivasi pagi itu.

Ustaz berkata,(lebih kurang begini:)
Samada kita sedar atau tidak yang kebanyakan dari kita berada dalam dunia 'tidak sedar'.
Macam, kita berhenti di traffic light. Adakala tak sedar lampu merah dah bertukar hijau sehingga kereta di belakang membunyikan hon.
Ada kita tak sedar yang umur dah meningkat.tiba tiba bila sampai ulang tahun ramailah yang mengucapkan selamat.. tiba tiba kita baru sedar yang umur kita dah sekian sekian. Macam,  baru semalam main kejar kejar di bangku sekolah. Rupanya dah tua kita.

Kita ni macam zombie bergerak.  Tengok kat luar, jalan sesak. pagi pagi begini semua bergerak ke destinasi dan tujuan yang sama, ke tempat kerja. Semua dalam kenderaan masing masing. Seakan telah diprogramkan. Mata pandang di depan.  Dalam dunia dan pemikiran masing-masing.  Ada yang sedang fikirkan tentang kerja yang menanti di pejabat,  ada yang fikirkan tentang keluarga,  ada yang sedang merangka perancangan dan sebagainya.  Petang nanti juga begitu.  Menentang arus perjalanan pagi tadi untuk balik semula ke rumah. Begitulah sehari hari. Sehingga hari berganti hari berganti minggu berganti bulan berganti tahun dan seterusnya

Memang inikah saja tujuan hidup kita di dunia ini? 5 hari pergi kerja balik kerja. 2 hari cuti pergi shopping balik shopping atau menghabiskan masa bersama keluarga di rumah. Contoh. Dan begitulah kehidupan berputar dan terus berputar.

Sehingga akhirnya kita sedar kita telah dewasa. Telah tua. Anak anak dah besar. Muka pun dah tak setegang sekacak sejelita zaman remaja. Dah mula timbul kedut sana sini.

Lalu kita bertanya, 'apa yang kita dah buat selama ni?'

Telah cukupkah apa yang kita lakukan selama ini sebagai tanda dan bukti cinta dan terima kasih kepadaNya?

Apa tujuan kita sebenarnya?..

Dari mana nak ke mana?..

Apa motivasi tertinggi kita dalam hidup ini?

Cukupkah hanya dengan punya anak isteri keluarga. .

Apa legasi yang kita tinggalkan?

Pergh. Berat. Soalan berat.

Marilah jadi hambaNya yang berfikir sejenak. .

Akan hakikat hidup ini..