Sunday, May 24, 2015

Kita tak tahu amalan kita yang manakah yang melayakkan kita ke syurga

Pentas Dakwah Tv Alhijrah sebentar tadi membicarakan topik 'Syurga'

Subhanallah.  Sangat2 mengujakan bila mendengarnya.

Tapi. Jauh di sudut hati paling dalam memikirkan.  Apakah amalan yg melayakkan aku untuk ke syurgaMu Ya Allah?

Teringat Dlm satu kuliah, ustaz melontarkan pertanyaan;  'apakah  kuantiti atau kualiti amalan yg penting yg dilihat oleh Allah?

Kualiti. Rata2 kami menjawab.
Ya kualiti. Kata ustaz.

Ada org sembahyang banyak.. tapi solat dia tak diterima Allah. Pada akhirnya dia tak layak masuk syurga.

Ada orang tua baru masuk islam. Selama ini hidupnya dalam keadaan kafir. Hari ini dia baru mengucap 2 kalimah syahadah. dan ditakdirkan,  Allah ambil nyawanya. Tak sempat nak solat, nak beribadahpun. Ke mana dia? Syurga atau neraka?

Kami diam. Persoalan syurga neraka tidak layak utk kami menghakimi. Namun di benak masing2 seakan memikirkan jawapan yang sama.

Kata ustaz lagi;
Kita tk tahu amalan kita yang manakah yang melayakkan kita ke syurga. Mungkin bukan sebab solat kita yang banyak. Kita solat tapi riak. Malam tadi bangun qiam siangnya bercerita dekat semua orang.

Dan itu tidaklah diambilkira sebagai pelaburan dunia kita utk meraih jannahNya.

Kita tak tahu amalan yang mana yang boleh buat kita masuk syurga. Boleh jadi sebab hanya kerana kita senyum dekat orang. Sekadar senyuman. Tapi senyuman paling ikhlas. Senyuman yang buat orang gembira. Senyuman yang menghilangkan kesedihan orang lain. Bagi kita itu mungkin sekadar perkara biasa tapi rupa2nya itulah amalan kita yang diterima!

Subhanallah. .

Maka..buatlah baik. Jadilah baik. selagi ada peluang dan kesempatan.  Kerana kita tak tahu berapa lama lagi waktu yang tinggal utk kita buat kebaikan. Membuat sebanyak mana pelaburan di dunia utk meraih keuntungan akhirat sana.

Usah dipandang ringan perkara2 yang remeh. Hatta bermanis muka kepada saudaramu.

Mungkin ini penyebabnya yang melayakkan kita ke syurga Nya!

Ya Allah. . Izinkan kami menghuni jannahMu.. Allahumma amin..