Allahuakbar.
Sekali tengok macam biasa biasa je.
Dua kali tengok tersenyum aku dibuatnya.
Terima kasih team solusi atas iklan yg kreatif ini.
Allahuakbar.
Sekali tengok macam biasa biasa je.
Dua kali tengok tersenyum aku dibuatnya.
Terima kasih team solusi atas iklan yg kreatif ini.
Salam Syawal ke 10,1437H
Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur kita untuk terus bernafas dan beribadah kepada Nya. Menikmati segala nikmat kurniaanNya, memberi kebaikan dan manfaat kepada dunia.
Umar Ibn Khatab pernah berkata,
Tiada yang lebih aku cintai di dunia ini yang membuatkan aku ingin hidup lebih lama di dunia yang fana ini melainkan kerana keindahan berjihad di jalan Allah, indahnya qiamulail dan indahnya bertemu sahabat-sahabat seiman.
Memetik kata-kata Imam Al Ghazali, sesungguhnya setiap saat masa seseorang itu sangat berharga. Andai manusia itu tahu, sesaat yg disia siakan begitu sahaja boleh mnjadi punca penyesalan yang bersangatan di akhirat kelak.
Sesaat yang dibiarkan begitu sahaja. tanpa mngigati Allah. Tanpa melakukan perkara bermanfaat untuk agama. Bila di akhirat nanti sesaat itu akan mnjadi punca penyesalan yang berpanjangan.
Itu baru satu saat.
Kalau satu minit?
1 jam?
1 hari?
Allahuakbar.
Tak terhitung penyesalan dan kerugian..
Nabi s.a.w sentiasa beristighfar sekalipun Baginda seorang yang maksum. Tidak berdosa malah tidak juga terdetik untuk melakukan dosa. Tapi kita yang biasa biasa ni yang sentiasa melakukan dosa, apakah kita yakin akan ada jaminan dosa kita Allah ampunkan jika tidak dengan taubat dan istighfar padaNya?
Manfaatkan setiap detik waktu, setiap hembusan nafas, dan setiap denyutan nadi kita adalah modal untuk mengumpul sebanyak mana pahala ibadah kepada Allah. Dalam sentiasa beristighfar, berzikir, bertasbih, bertahmid kepadaNya. Lunakkan hati dan basahkan bibir dengan zikir kepadaNya. Nabi s.a.w dalam tidurnya juga ibadah dan mengingati Allah. Selagi diberi peluang bernafas selagi itu ruang dan peluang terbuka luas untuk melakukan kebaikan. Peluang memburu redha Allah. Jadikan setiap detik dalam mengigati Tuhan. Dalam memberi manfaat kepada agama.
Ya Allah. Kami tidak kuat. Berikan kami kekuatan. Ampunkan dosa kami. Adakala kami leka. Adakala kami membuang masa begitu sahaja. Jahiliyah bagi seorang mukmin yang faham kehidupan beragama bukan sekadar melakukan perkara yang terang terangan melalaikan seperti menonton filem tidak bermanfaat apatah lagi melakukan maksiat dan kemungkaran. Hakikatnya membuang masa dalam keadaan tidak dalam mengigati Tuhan juga adalah salah satu antaranya.
Ya Allah. Ampunkan kami.
Ampunkan kami.
Ampunkan kami Ya Allah..