Surah An-Nahl Ayat 18:
وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَةَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. {16:18}
Dalam satu sesi Seminar Pengurusan Stress dan Emosi, penceramah bertanya kepada audiensnya,
"Apa yang buat tuan puan stress dalam hidup ni"?
Antara jawapan yang kedengaran adalah;
-Saya stress dengan kerja
-Saya stress sebab anak-anak tak dengar cakap
-Saya stress dengan bos
-Saya stress dengan kawan kawan
-Saya stress bila anak menangis
Tiba kepada seorang gadis yang cantik, gadis itu menjawab penuh yakin;
-Alhamdulillah saya takde stress dalam hidup saya. Saya tak stress dengan bos. Bos adalah kawan baik saya. Profesional dan serius ketika kerja, dalam masa sama boleh menjadi sahabat baik saya.
-Alhamdulillah saya tak stress dengan kawan-kawan, mereka semua baik dengan saya. Dan saya yakin kalau kita baik dengan orang, orang akan baik dengan kita. Jika kita bersangka baik dengan orang, orang akan bersangka baik dengan kita.
-Alhamdulillah saya tak stress dengan suami dan anak-anak sebab saya masih belum punya mereka dalam hidup saya. Saya tak ada orang nak marah-marah, nak membebel-bebel dan nak berleter. Rumah saya kemas tanpa kecah. Saya tak perlu mengemas barang mainan bersepah. Saya tak perlu basuh baju banyak banyak. Tak perlu basuh kencing berak anak. Saya tak perlu letih balik rumah berkejaran di dapur memasak untuk suami dan anak anak. Saya tak perlu kelamkabut mandi sebab anak kecil mengetuk-ngetuk pintu bilik air. Saya tak perlu kelamkabut solat sebab anak kecil menangis kuat inginkan perhatian saya.
Tidur saya cukup. Tak ada drama pagi-pagi anak menangis bila dikejutkan untuk ke taska. Pagi saya tenang. Saya boleh bangun awal dan beribadah dengan tenang tanpa gangguan.
Saya boleh ke tempat kerja dengan mood yang baik. Tanpa emosi dengan anak menangis atau buat perangai di pagi hari.
Pergh..
Wanita dan ibu, jangan emosi pula ye bila baca ni.
Buat yang masih bujang,
Jadikan perkongsian ini sebagai motivasi.
Bukan 'stand in denial'
Tapi sebagai suntikan semangat.
Banyak si bujang yang merasa diri sangat fragile.
Sensitif bila melibatkan soal bila nak kahwin.. bila nak kahwin..
Ya benar. Menjadi seorang yang punya suami, punya anak2 itu impian semua wanita. Itu fitrah. Untuk melengkapkan hidup.
Namun jika pada ketikanya Allah belum memberikan apa yang kalian inginkan itu berdamailah dengan takdir Tuhan.
Sematkan dalam diri;
Allah sayang aku.
Kerana itu Dia tidak atau belum menghadirkan suami dan anak supaya kita boleh bahagia dan ekselusif denganNya sahaja.
Jadikan dirimu istimewa di sisi TuhanMu.
Ayuh bangkit.
Kahwin atau bujang, ada suami atau tidak, semua itu adalah dengan takdir dan izin Allah.
Berbahagialah dengan bahagian masing-masing.
Berbahagialah dengan watak dan skrip kehidupan masing-masing.
Sesungguhnya Allah telah mengaturkan yang sebaik-baiknya buat hamba-hambaNya. .