Ada ketika bila mendepani karenah manusia terdekat yang pelbagai ragam dan adakala menyakitkan hati dan mata dan telinga, hati terdetik berbisik kepada Tuhan; Ya Allah, kurniakan aku kawan2 yang baik, bos yang baik, pasangan hidup yang baik, yang berlemah lembut, yang sopan dalam berbicara, baik akhlak dan tingkah lakunya.
Tapi kemudian, terdengar satu bisikan menyedarkan aku dari impian yang tersangat besar itu;
Kau ingat ni syurga ke? Ini dunia. Kau tak akan jumpa semua kesempurnaan itu. Dan lagi, kau pun bukan sempurna mana. Bukan sebaik mana juga. Nabi pun diuji dengan manusia2 yang tidak baik di sekeliling, dan engkau tu siapa nak yang baik2 sahaja diberikan kepada engkau?..
Tuhan jadikan manusia dengan pelbagai sikap dan perangai. Hubungan kau dengan manusia adalah medan tarbiah Allah kepada kita semua. Di situ kau akan belajar erti kasih sayang, sabar, memaafkan dan segalanya. Dan kerana itu, Allah pertemukan engkau dengan pelbagai manusia dengan pelbagai karenah dengan pelbagaI ragamnya. Li taarafu. Dan kau akan faham kenapa Allah pertemukan engkau dengan setiap manusia itu, tak akan pernah ada yang sia sia.
Tunduk. Insaf.
*tp sy nk juga ya Allah.. mintak x salah, kan?