i.slot hadis 40
Hadis ke 4.
Hadis tentang kejadian manusia. Takdirnya dan kesudahannya.
Serius..bergetar jiwa raga dgn hadis ni. Setiap kali dengar setiap kali tu bergetar jiwa raga.
Ada orang yang kehidupannya baik amalannya baik, tidak tinggal yang wajib rajin buat yang sunat, ahli ibadah seolah-olah dia dengan syurga jaraknya sehasta tapi di akhir hayatnya dia melakukan perkara tidak baik melakukan maksiat contohnya maka penyudahnya dia masuk neraka.
wal iya dzubillah.
Ada juga orang yang kehidupannya penuh dengan melakukan amalan tak baik. Dia lah yang tidak solat dialah yang tidak pernah puasa dialah yang aniaya orang sehingga jaraknya dengan neraka seolah-olah sejengkal je lagi tapi di akhir hayat Allah gerakkan hatinya buat kebaikan dan penyudahnya adalah syurga.
Allahurabbi...
mungkin dari 1 sudut kita mempersoalkan, di mana keadilan.
Si polan pertama ini 50 tahun buat ibadat, hanya kerana 1 hari terakhir dalam hidupnya dia buat maksiat habis semua amal ibadatnya dan dia masuk neraka.
Si polan kedua ini 50 tahun hidup bergelumang maksiat hanya kerana 1 hari terakhir dalam hidup dia dia buat ibadat dan insaf akhirnya di masuk syurga.
Namun hadis ini menuntut kita untuk berfikir dan muhasabah diri.
Sebab itu kita dituntut untuk tidak mnghukum orang. Jangan nak labelkan orang ni ahli syurga atau ahli neraka. Jangan bila kita tengok orang ni jahat sikit kita dah bajet baik dan rasa kitalah ahli syurga dialah ahli neraka. Allahurabbi..
Sebab tu kata ustaz kita harus sentiasa istiqamah. kita tak tahu penyudahan kita bila maka oleh itu sentiasalah berdoa supaya diberi kekuatan untuk dapat istiqamah buat kebaikan sepanjang masa sepanjang ketika.
ya Allah.. kurniakan kami istiqamah. sesungguhnya hanya kpdMu kami meminta..
ii.Slot talaqi.
Bila betul-betul talaqi macamni memang kena berhati2. Silap sikit kena tegur silap sikit kena tegur. Takut doe.
Bila begini mula refleksi.
Selama ni kita baca quran mungkin tak hati hati. al Quran ni kata2 Allah. tapi Allah tak pernah marah pun setiap kali kita salah baca. Kalaulah Allah bagi hukuman kepada hambaNya setiap kali hambaNya salah baca mmg binasalah lama2 gamaknya. Bayangkan sekali silap sekali kena panah petir. Eh itu sadis sangat. Sekali silap sekali kena rotan. Tak ke berbirat2 tubuh. atau paling koman pun sekali silap sekali kena herdik. Tak ke nak gugur jantung. Paling habis sekali silap sekali kena marah silap2 terus hambaNya tak mahu dan serik dah nak baca Quran.
Tapi Allah tidak begitu. Allah tak pernah marah kita bila kita salah baca kerana kejahilan atau kealpaan kita. Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang mngatasi segala galanya. Sebaik baik ustaz pun kadang kadang bila pelajar dia asyik salah baca quran kadang kadang naik juga suara dia tegur. Berdebar terus kita. Tapi Allah tidak. Allah baik kan. Tak pernah terus hukum kita bila kita silap baca. Terus Dia bagi kita baca dan baca dan baca lagi walau sering salah2. Dia Maha Pengampun. Dia Maha Pengasih. Dia Maha Penyayang.
Melting kan?
Dan al Quran itu terus menawarkan ketenangan hati dan kententeraman jiwa hamba hambaNya..