Sunday, February 1, 2015

Mengimani kemuliaan dan sifat pemurah Allah

1. Allah mengurniakan kita harta. Dengan harta Allah memberi peluang untuk kita beramal dan beroleh pahala dengan jalan bersedekah, infaq, waqaf dan sebagainya. 

2 . Allah mengurniakan kita rezeki ilmu. Rezeki untuk belajar dan rezeki untuk diajarkan kepada orang lain. Dengan ilmu bermanfaat yang kita sampaikan dan selagi ianya diamalkan kita akan mendapat pahala yang berpanjangan. 

3 . Allah mengurniakan kita rezeki anak. Berdoalah agar dikurniakan Anak yang soleh dan solehah. Didik anak dengan ilmu agama yang mencukupi. Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya menjadi saham akhirat dan pencen kubur kita. 

4. Allah merezekikan kita untuk beramal secara istiqamah dan mengurniakan pahala di atas amalan itu. 

5 . Kita semua pernah jatuh sakit samada sekurang kurangnya demam biasa. Kita sakit dan kemudian sihat semula. Ketika sakit Allah menarik seri wajah, selera makan dan dosa. Kemudian dengan izinNya kita sihat kembali. Dan Allah memulangkan kembali seri wajah dan selera makan tetapi tidak memulangkan dosa kita semula. Betapa baiknya dan Pemurahnya Allah. 

6. Allah berikan hambaNya dengan ujian dan musibah samada kecil atau besar. Bersama sama itu Allah sertakan pahala. Bersama sama kesusahan ada kesenangan. Bila diangkat musibah itu pahala masih kekal dan tidak diangkat bersama. 

7 . Allah menguji hambaNya apabila ditimpa fitnah. Jangan kita mendedahkan diri kepada perkara yang boleh membawa fitnah. Namun bersama fitnah itu datang kemuliaan jika hambaNya bersabar dan bertaqwa. Persona de zahra:ustaz Muhammad Abdullah al Amin; 6&13Rabiulakhir1436H

Jangan Kau biarkan aku berhajat kepada perkara yang Kau redhai, melainkan Kau tunaikan, wahai Yang Sebaik Baik Penyayang

Bismillah. .

Sesiapa yang mempunyai sesuatu hajat, hendaklah dia berwudhuk dan mempelokkan wudhunya, kemudian tunaikan solat dua rakaat seterusnya memuji Allah, berselawat ke atas Nabi s.a.w dan mengucapkan;  "Tiada Tuhan yang layak diperhambakan diri melainkan Allah,  Yang Maha Bijaksana,  lagi Maha Mulia, Maha Suci Allah,  Tuhan arasy yang hebat. Segala puji bagi Allah,  Tuhan (yang menguruskan) alam semesta.  Aku mohon kepada Mu pemberian rahmat Mu, kepastian keampunanMu, dan kemenangan daripada segala kebaikan, dan keselamatan dari segala dosa. Jangan biarkan diriku berdosa melainkan Kau ampunkan. Tiada kesusahan melainkan Kau bukakan jalan keluar. Jangan biarkan aku berhajat kepada perkara yang Kau redhai, melainkan Kau tunaikan, wahai Yang Sebaik Baik Penyayang".

( Riwayat al Tarmizi )

Meraih rezeki

Meraih rezeki 
☆Rezeki tidak terbatas kepada wang ringgit dan harta benda, malah rezeki meliputi kesihatan, kebahagiaan, keselamatan, ilmu pengetahuan dan segala kebaikan yang kita kecapi sehari hari 
☆Bagaimana meraih rezeki
*sambung silaturrahim 
*lazimi membaca surah al waqiah setiap malam 
*amalkan qiyamullail 
*banyakkan bersedekah 
*dapatkan rezeki dengan cara yang betul dan belanjakan dengan cara yang betul *mempunyai sifat taqwa 
*berusaha, berdoa dan redha yang menatijahkan tawaqqal kepada Allah 
(Source: Dr Zulkifli al Bakri; Bayan Linnas-Cinta Ilmu TV AlHIjrah)

Wednesday, January 14, 2015

Macam zombie bergerak

Pagi Semalam seperti biasa memandu ke tempat kerja sambil mendengar radio ikim.
Ada kata kata ustaz yang buat aku tertarik dalam segmen motivasi pagi itu.

Ustaz berkata,(lebih kurang begini:)
Samada kita sedar atau tidak yang kebanyakan dari kita berada dalam dunia 'tidak sedar'.
Macam, kita berhenti di traffic light. Adakala tak sedar lampu merah dah bertukar hijau sehingga kereta di belakang membunyikan hon.
Ada kita tak sedar yang umur dah meningkat.tiba tiba bila sampai ulang tahun ramailah yang mengucapkan selamat.. tiba tiba kita baru sedar yang umur kita dah sekian sekian. Macam,  baru semalam main kejar kejar di bangku sekolah. Rupanya dah tua kita.

Kita ni macam zombie bergerak.  Tengok kat luar, jalan sesak. pagi pagi begini semua bergerak ke destinasi dan tujuan yang sama, ke tempat kerja. Semua dalam kenderaan masing masing. Seakan telah diprogramkan. Mata pandang di depan.  Dalam dunia dan pemikiran masing-masing.  Ada yang sedang fikirkan tentang kerja yang menanti di pejabat,  ada yang fikirkan tentang keluarga,  ada yang sedang merangka perancangan dan sebagainya.  Petang nanti juga begitu.  Menentang arus perjalanan pagi tadi untuk balik semula ke rumah. Begitulah sehari hari. Sehingga hari berganti hari berganti minggu berganti bulan berganti tahun dan seterusnya

Memang inikah saja tujuan hidup kita di dunia ini? 5 hari pergi kerja balik kerja. 2 hari cuti pergi shopping balik shopping atau menghabiskan masa bersama keluarga di rumah. Contoh. Dan begitulah kehidupan berputar dan terus berputar.

Sehingga akhirnya kita sedar kita telah dewasa. Telah tua. Anak anak dah besar. Muka pun dah tak setegang sekacak sejelita zaman remaja. Dah mula timbul kedut sana sini.

Lalu kita bertanya, 'apa yang kita dah buat selama ni?'

Telah cukupkah apa yang kita lakukan selama ini sebagai tanda dan bukti cinta dan terima kasih kepadaNya?

Apa tujuan kita sebenarnya?..

Dari mana nak ke mana?..

Apa motivasi tertinggi kita dalam hidup ini?

Cukupkah hanya dengan punya anak isteri keluarga. .

Apa legasi yang kita tinggalkan?

Pergh. Berat. Soalan berat.

Marilah jadi hambaNya yang berfikir sejenak. .

Akan hakikat hidup ini..

Sunday, December 28, 2014

Tangisan Umat

Pengarang: Ebit Lew
Penerbit: Transform Publication
Tulisan Ustaz Ebit Lew yang mengajak pembaca merenung dan memikirkan tentang permasalahan umat. Tangisan seringkali dikaitkan dengan kelemahan, tiada upaya, kesedihan dan keburukan. Namun hakikat sebenar tangisan kepada perkara yang hak dan bukan kepada perkara yang sia-sia adalah tanda kekuatan hati yang masih hidup dan sedia untuk dilunakkan.
Hari ini, mungkin ada antara kita yang menangis kerana kecundang dalam peperiksaan, gagal dalam perniagaan,  masalah keluarga, diuji dengan musibah dan sebagainya.  Namun berapa ramai antara kita yang menangis kerana takutkan Allah,  rindukan Rasulullah,  atau ketika mengenangkan nasib diri dan keluarga di akhirat kelak..
Buat pencinta ilmu yang merasai telah lama tidak menangis, buku ini boleh dijadikan suntikan kepada hati. Insya Allah tangisan ketika membaca buku ini adalah tangisan yang diredhaiNya dan tidak sia-sia.

Friday, December 26, 2014

Allah is my CEO

Ada empat jenis golongan yang berbicara;

-bila dia jumpa orang, dia berbicara tentang orang.
Itu mengumpat namanya.

-bila dia jumpa orang, dia berbicara tentang dirinya.
Itu takabbur

-bila dia berjumpa orang,  dia berbicara tentang Allah.
Itu dakwah.

-adapun golongan keempat,  bila dia dengan Allah, dia berbicara tentang dirinya.
Itulah dia hamba yang berdoa.

Lalu di mana kita dalam antara keempat empat golongan itu?

Thursday, December 11, 2014

Punch card

Hari ni aku terlambat keluar ke pejabat. 7.40pagi baru terhegeh hegeh masuk kereta hidup enjin baca doa apa semua. Syukurlah sekarang cuti sekolah, jalan tak sesak sangat.

Tapi mengejar kurang 20 minit ini sungguh mendebarkan. Walau estimate perjalanan kalau traffic bergerak lancar dari rumah ke pejabat hanya kurang lebih 15minit. Kalau traffic lancar. Kalau tidak..

Jadilah macam hari ni.

Macam macam yang menjadikan aku lambat. Tak dapat mencelah untuk tukar lorong, ada annoying driver yg berhenti di tengah jalan yang akhirnya memaksa aku melakukan tindakan annoying juga iaitu membunyikan hon dan menunggu sambil menyumpah-nyumpah sopan dalam hati kecil sambil tengok jam di tangan..

Masuk parking tak jumpa parking yang strategik. Dah pusing naik pula parking satu lagi.

Ok siap parking.  Berlari aku naik pejabat. Tak dan nak capai beg. Yang penting nak punch card. Begitu sekali berkejaran. Beberapa orang juga kelihatan kelam kabut seperti aku di waktu waktu genting begini.

Sampai lif nampak ada lif baru sedang nak tutup.  Kelamkabut masuk. Ish..rushing begini. . Kan ke penat tu amazing race pagi pagi macamni. Cuba kalau datang awal.. bukankah lebih tenang?

Sampai punch card. 8 tepat. Cepat-cepat masuk card dengan harapan sempat sebelum tukar 8 seminit.

Teet... bunyi jam serentak dengan kad aku masuk.

Alaa... tak sempat!..

Padanlah dengan muka!
Itulah.  Orang lambat selalu rugi.
Makanya terpaksalah aku dapatkan tandatangan bos atas kelewatan ini.

Refleksi.

Kita berkira sungguh dengan punch card. Setiap hari berkejar nak sampai pejabat ikut waktu yang ditetapkan.  Kalau 8, 8 lah.. kalau 9, sebelum pukul 9 kena ada di pejabat.

Begitu disiplin kita. Kerana ikut peraturan pejabat. Kalau lambat boleh jadi bos marah. Boleh jadi akan dapat surat amaran.  Boleh jadi akan menjejaskan gaji. Sebab tu kita betul betul berhati hati. Jaga masa. Taknak lewat.

Tapi..kenapa kita tak berdisiplin macam tu bila solat?

Padahal yang menetapkan itu adalah Allah pemilik sekelian alam. Yang memberi kita rezeki adalah Dia. Pemilik dan Raja segala Raja. Dia yang memberikan rezeki pekerjaan, memberikan kita kenderaan yang baik untuk sampai ke pejabat dan pulang ke rumah, memberikan kita makan, pakai, tempat tinggal.. keluarga..dan segala galanya..

Kita risau lambat punch card. Tapi kenapa kita langsung tak rasa bersalah kalau terlambat solat? Atau lebih malang lagi kalau langsung tak solat!

Kita rushing berkejaran supaya taknak punch card merah, tapi kenapa kita tak berkejaran begitu untuk menyahut seruan Allah?

Allahu..

Cuba kalau Allah bayar cash setiap kali kita lambat solat. Kalau Dia nak,  Dia boleh serta merta hukum atau tarik nikmat hambanNya setiap kali hambaNya buat dosa. Tapi Allah tak kejam. Dia sentiasa bagi peluang kepada hambaNya utk kembali dan bertaubat. Tidak Dia hukum serta merta. Walau sebanyak mana maksiat yang dilakukan oleh anak Adam itu. Allah Yang Maha Baik, pemilik segala nikmat yang diberikan kepada hambaNya, walau hambanNya menderhaka kepadaNya, dengan sifat rahmat dan kasih sayangNya,  tidak Dia tarik nikmat yang diberikan kepada hambaNya.

Ya Allah. . Baiknya Engkau.

Cuma kami yang tak mengerti.
Cuma kami yang tak pandai menghargai.
Cuma kami yang tidak tahu bersyukur.

Wahai Allah. .

Ampunkan kami..