Thursday, April 6, 2017

Cantik vs Baik

Kita suka seseorang sebab orang itu baik atau orang itu cantik?

Ya. Semua orang sukakan kecantikan. Ianya fitrah. Masakan tidak, Allah Pencipta kita itu cantik dan sukakan kecantikan.  Namun apakah cantik itu segala-galanya sehingga membelakangkan aspek nilai dan kualiti lain? Sudah tentu tidak.

Pertama kali mengenali seseorang biasanya dari wajah. Dari mata turun ke hati (benarkah?). Tarikan pertama adalah wajah. Ya benar. Namun itu mungkin sedetik waktu cuma. Lama kelamaan setelah mengenali luaran kita akan explore pula kualiti yang lebih kompleks iaitu nilai akhlak dan sikap.

Dan di situlah terletak cantik yang sebenarnya.

Wajah yang cantik itu cuma sifat fizikal. Yang lebih utama adalah yang di dalam itu. Hati.


Sebab tu ada orang kata, Muka tak berapa nak cantik boleh tahan lagi. Wajah itu kurniaan Allah. Semua pun cantik dengan kecantikan yang berbeza beza. 

Muka tak cantik tak ape kalau akhlak cantik.

Tapi kalau perangai tak cantik.. ditambah pulak muka pun tak berapa nak cantik memang mnyakitkan hati.

Kawan kawan yang rapat dan terdekat dengan aku merupakan ujian kepada aku.

Namun Alhamdulillah 'ala kulli hal aku tidak hidup berseorangan di muka bumi ini. aku ada kawan- kawan walaupun adakala perangainya tak berkenan di mata.yes I'm not perfect too. why not?


Kadang kadang rasa fed up dengan manusia-manusia seperti itu. Rasa taknak get long. Taknak ada apa-apa hubungan dan kaitan pun. Tapi, 

Pesan Nabi s.a.w, mukmin yang hidup bergaul dengan orang lain dan sabar menerima sikap buruk mereka, lebih baik dari mukmin yang tidak bergaul dengan orang lain dan tidak bersabar menerima sikap buruk mereka.

Aku tahu ini medan Allah menguji iman dan ketaqwaan aku. Aku dah selalu sangat ditarbiah dengan teori itu dan kini Allah hantar bahan uji kajinya sebagai praktikal.

Bagaimana aku yang telah berusia 31 tahun ini menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumiNya.

Nagaimana aku mnjalankan usaha dakwah dan tarbiah untuk org lain.

Bukan nak baik sorang2 sahaja. Tapi bantu untuk membaikkan manusia2 di sekeliling juga.

Yang belum kenal Islam, bawa supaya kenal Islam.
yang  telah kenal Islam, bawa supaya lebih mencintai Islam.

Bukankah itu yang sering aku doakan?

Tidak lah menganggap diri ini lebih baik dari mereka2 ini namun aku berdoa wujudnya seorang aku di dunia ini sebagai asbab kebaikan kepada ramai manusia.

inshaa Allah..

berikan aku kekuatan ya Allah..

Monday, April 3, 2017

CINTA ALLAH... KEPADA YANG BERTAQWA, KAYA DAN TERSEMBUNYI...

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah itu cinta kepada hamba yang bertaqwa serta kaya dan tersembunyi (yakni sebagai orang yang tidak glamor / masyhur dan tidak dikenali orang kerana ia tidak mempunyai kedudukan)."

(dari Saad bin Abi Waqqas - Riwayat Muslim)

وعن سعد بن أبي وقاص رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم: يقول: “إن الله يحب العبد التقي الغني الخفي” ((رواه مسلم)).
والمراد: بـ “الغني” غني النفس، كما سبق فى الحديث الصحيح

Yang dimaksud dengan kata 'alghani' yakni kaya itu ialah kaya jiwanya- tak semesti kaya harta benda, sebagaimana dijelaskan dalam Hadis shahih berikut ini Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:
لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ "Bukanlah yang dinamakan kaya itu kerana banyaknya harta, tetapi yang dinamakan kaya - yang sebenarnya - ialah kayanyajiwa."Shahih Muslim no1741

Monday, March 20, 2017

Tuesday, January 17, 2017

Memaafkan Kesalahan Teman

"Memaafkan Kesalahan Teman"

●Jadilah kamu pemaaf dan berpalinglah dari orang yang bodoh.

Surah An-Najm  Ayat 32:

الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ ۚ هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنشَأَكُم مِّنَ الْأَرْضِ وَإِذْ أَنتُمْ أَجِنَّةٌ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ ۖ فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ

(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. {53:32}

Surah An-Nisaa' Ayat 49:

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يُزَكُّونَ أَنفُسَهُم ۚ بَلِ اللَّهُ يُزَكِّي مَن يَشَاءُ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا

Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun. {4:49}

■hati kita pun xdpt kita kuasai sepenuhnya inikan pula hati dan jiwa org lain.
■demikianlah keadaanmu dahulu
kamu dulu bukanlah org yg baik sehingga Allah menyucikan kamu dan menjadikan kamu dari kalangan orang yang beriman.
■cukup kamu menerima bahagian tabiat terbesar saudara anda, ghalibnya orang beriman lebih banyak baik dari buruknya.
■Abu Darda berkata; mencela teman itu lebih baik dari harus hilang persahabatan dengannya.
■siapakah orang yang boleh dapat semua kebaikan dari diri sahabatnya sedangkan dirinya juga tidak mempunyai semua kebaikan yang diinginkan. 
■tiada seorangpun yang boleh memuaskan semua hati kita. 
■tiada seorangpun yang boleh dapat seluruh yang diinginkan dari saudaranya.
■jika segala kesempurnaan diinginkan dari sahabatnya nescaya tidak berteman seseorang itu.
■sekiranya kita selalu tengok orang lain ada kelemahan, koreksi diri sndiri..mungkin kita yang bermasalah.  Masalah kita adalah tidak pernah berpuas hati dengan orang lain.  Jangan sampai kita tidak bersyukur dengan nikmat Allah.
■jangan putus hubungan oleh kerana perasangka buruk sedangkan sebelum itu kamu telah yakin dengan kebaikannya.
■jadikan sahabat yang menegurmu kerana kebaikan  sekurang kurangnya 3 kali sebagai teman. Dia menegurmu bukan kerana marah tapi sayangkan kamu dan ingin membawa kamu ke arah kebaikan.
■manusia dan dunia ini pasti ada kekurangan yang tidak sedap di mata atau kelemahan yang mncemari kemulusan. Tidak adil engkau mengharapkan kawan yang sempurna sedangkan engkau pun tidak sempurna.
■seandainya tidak kerana rahmat dan kurniaan Allah nescaya tidak ada seorangpun yg bersih dari segala kekurangan.
■engkau mengharapkan kesempurnaan sedangkan kayu gaharu yang menebarkan keharuman pun perlukan asap untuk menghasilkan harumannya.
●manfaatkan waktu dan kesihatan untuk ketaatan kepada Allah.
■berusaha manfaatkan kesihatan dan waktu luang dengan melakukan ketaatan kerana tidak setiap waktu dapat memberikan yang terbaik. Yang luput juga tidak akan kembali. Esok belum tentu sihat belum tentu lapang. 
■bersendirian tanpa melakukan perkara bermanfaat akan mncenderungkan diri kepada keresahan.
■anak Adam itu akan ditanya 4 perkara;
umur, masa muda, masa lapang, hartanya
■hindari olehmu bersendirian yg tidak mmbawa apa apa manfaat dari sudut taat kepada Allah. sesungguhnya ia akan mengeruhkan fikiran. Jika kita ingat Allah kita tak akan rasa bersendirian.
Bersendiri tanpa mengingati Allah berbeza dengan uzlah atau khalwah. Uzlah dan khalwah adalah mengasingkan diri dari ramai untuk berzikir dan mengingati. Allah.
■jangan biarkan harimu berlalu tanpa manfaat.
Jangan simpan hartamu dalam hal yang tidak produktif untuk akhirat.
■yang paling produktif untuk akhirat adalah sadaqatun jariah.
■masa itu terlalu agung bagi orang berakal untuk dihabiskan dalam hal  yang tidak bermanfaat dan mmbelanjakan harta bagi hal yang tidak  menghasilkan pahala dan ganjaran.
■orang bijaksana muhasabah diri untuk manfaatkan harta selepas mati bukan di dunia sahaja.
■barang siapa ucapannya lain dari zikir maka ucapannya sia-sia. Menyuruh orang buat baik itu sadaqah. Larang orang buat jahat itu sadaqah.
Barang siapa yang pandangannya bukan untuk mengambil pangajaran maka pandangannya sia sia. Pandang dan berfikir dengan memandang kekuasaan Allah di sebalik apa yg dipandang.
Barang siapa yang diamnya tidak kerana berfikir tentang  kebenaran maka dia telah tenggelam dalam ketidakseriusan.
wallahu'alam.

Kupasan Kitab La Tahzan: Bab Memaafkan Kesalahan Teman
Ustaz Abd Rahim Rafiee, Surau An Nur BB Bangi
27 November 2016

Wednesday, December 7, 2016

Membeli Syurga Dengan Harta

Selain menghadiri pengajian di surau dan masjid, saya juga ada ke kelas pengajian yang diadakan di rumah-rumah persendirian yang diwakafkan oleh hamba-hamba Allah yang berhati mulia untuk dijadikan pusat pengajian.

Mereka menginfakkan rumah mereka untuk  penuntut-penuntut ilmu yang cintakan  ilmu. Pagi, petang siang dan malam rumah itu tidak pernah sunyi dari suara pelajar dan tenaga pengajar melantunkan kalam suci Allah.

Dalam hati saya kagum dengan pemilik pemilik rumah itu. Untuk memiliki sebuah rumah di bandar P ini harganya boleh mencecah jutaan ringgit. Sudah barang pasti pemiliknya mempunyai lebih dari cukup kemampuan sehingga mampu mewakafkan kediaman menjadi madrasah tempat orang ramai menuntut ilmu.

Dalam diam saya menyimpan niat dan hasrat untuk melakukan perkara yang sama. Walau sendiripun mengakui, yang rumah sendiripun belum mampu untuk dimiliki. Tapi kita pasang hajat dan niat. Allah itu Maha Mendengar. Yakinlah. Bersangka baiklah dengan Allah.

Kita pernah dengar, wang harta dan kekayaan tak boleh bawa masuk kubur. Semakin kaya seseorang semakin lambat hisabnya. Harta dan kekayaan tidak dapat menjamin ke syurga. Tapi ianya mampu menjadi tiket ke syurga sekiranya digunakan di jalan Allah s.w.t.

Ya kita boleh beli syurga dengan kekayaan. Dengan syarat kita gunakan kekayaan dengan sebaik-baiknya. Zakat, infak dan sedekah. Bercita-citalah untuk jadi kaya. Bukan untuk dipandang gah manusia atau untuk bermegah di mata dunia tapi untuk pelaburan yang menguntungkan di akhirat kelak.

Kaya atau miskin bukan pengukur dan neraca ke mana kita di akhirat nanti. Di syurga atau neraka. Bahagia atau sengsara. Yang menjadi penentu destinasi kita di akhirat nanti adalah taqwa.

Tidak apa tidak kaya harta tapi biarlah kaya jiwa. Merasa cukup dan qanaah dengan rezeki yang Allah peruntukkan di dunia ini. Dunia bukan tempat kita menerima segala galanya. Dunia ini tempat ujian. Ada yang kaya. Itu Allah uji bagaimana dia guna kekayaan untuk agama. Apakah dia syukur atau kufur. Ada yang miskin. Juga ujian Allah kepadanya. Samada dia redha atau kufur.

Kedua duanya adalah ujian Allah untuk menguji bagaimana si kaya menguruskan kekayaannya dan si miskin menghadapi kemiskinannya.

Kemiskinan boleh membawa kekufuran bagi orang yang rapuh imannya. Di situ iman diuji. Hati berbolak balik. Sebagai contoh seorang artis yang telah lama berhijrah tiba-tiba muncul kembali di dunia hiburan dengan imej seksi. Bila ditanya katanya itu je yang boleh dia buat untuk menyara hidup.

Ada yang terlibat dalam kancah pelacuran kerana kemiskinan dan paling malang lagi ada yang bunuh diri kerana desakan hidup. wa 'iyya zubillah.

Ya Allah ampunkan kami semua. Jauhkan kami dari kekufuran. Jagalah iman kami. Janganlah Kau bolak balikkan hati kami.

Back to basic. Taqwa. Guru saya pernah berpesan, sekiranya kita berpegang dan beramal dengan Al Quran dan Hadis kita akan selamat. Hari ini berapa ramai orang yang melakukan jenayah atas sebab desakan hidup. Kita mungkin beruntung kerana kita tidak pernah berada di situasi itu. Namun kita tak tahu kehidupan di hadapan bagaimana corak warnanya. Di saat kita diuji nanti,  apakah kita akan kuat sekuat keadaan sebelum diuji?

Ya Allah. . padaMu kami berdoa. Kami memohon dan kami bergantung harap. Jangan Kau beban kami dengan beban yang tak mampu kami pikul. Jangan Kau palingkan hati kami setelah Engkau berikan petunjuk dan hidayah kepada Kami. Tunjukkan kami jalan yang lurus. Hanya padaMu kami memohon pertolongan..

Saturday, December 3, 2016

Tanbihul Ghafilin 1

♡Imam Sahl al Tustari berkata;
Tanda mencintai Allah adalah mencintai al Quran dan tanda mencintai al Quran adalah cintakan Nabi. Tanda mencintai Nabi adalah mencintai sunah. Tanda mencintai  sunah adalah mencintai  akhirat. Tanda mencintai akhirat adalah membenci dunia dan tidak mengambilnya sekadar yang diperlukan.

♡Hati kita perlu dipenuhi dengan mencintai Allah. Hanya untuk Allah. Untuk mengenal Allah. (awaluddin makrifatullah)
mengenal Allah dari asma' Allah & sifat-sifatNya

♡minta kepada Allah semua keperluan dan hajat. Sahabat dulu walaupun sekecil-kecil garam minta kepada Allah. Kerana hati mereka telah terpaut kepada Allah dan meletakkan seluruh pengharapan,  keperluan dan kebergantungan kepada Allah.

♡Ikhlas itu ada 3 martabat:-
■kelas ke3:- yakni melakukan sesuatu kerana Allah; dalam hati mengharapkan ganjaran kebaikan untuk duniawi
■kelas ke2:- yakni melakukan ibadah kerana Allah; dalam hati mengharapkan ganjaran ukhrawi
■kelas pertama (1st class):- yakni melakukan sesuatu semata-mata kerana cintakan Allah tanpa memikirkan ganjaran duniawi atau ukhrawi.

Nabi s.a.w berdoa;
"Wahai Allah Kau berkatilah umatku pada awal paginya(ada riwayat pada pagi khamis) . maka apa sahaja yang dilakukan pada waktu pagi adalah barakah. Maka lakukan perkara yang baik-baik seperti berada di tikar solat dari subuh sehingga waktu syuruk dan dhuha, menghadiri kuliah ilmu dan sebagainya. Jangan tidur selepas subuh kerana dikhuatiri ianya akan menutup pintu rezeki dan keberkatan di awal pagi.

■Pengertian tasawuf adalah suci, bersih, kejernihan hati. Ilmu tasawuf mnjadi pelindung diri dan membersihkan hati.
■Tips mustajab doa-banyakkan berzikir & istighfar, selawat nabi dan jaga pemakanan (halalan toyyiban) dan pastikan dari sumber yang halal.
■zikir lahawlawala sebanyak-banyaknya untuk menjemput rezeki
■Cara mengislahkan diri
-mendampingi guru yang mursyid (yang boleh membimbing & kenal mndalam anak-anak muridnya)
-kawan yang baik-tegur jika buat salah.
-melihat kritikan musuh
-melihat penyakit akhlak di sekeliling dan ambil pengajaran.

~kuliah dhuha 20.11.16/kuliah maghrib 21.11.16
Ust. Abd Rahman Harman Shah