Friday, July 21, 2017

Sini Bukan Rumah Kita

S I N I  B U K A N
R U M A H    K I T A

Kita bukan penduduk bumi,
kita adalah penduduk syurga.

Kita tidak berasal dari bumi,
tapi kita berasal dari syurga.

Maka carilah bekal
untuk kembali ke rumah kita,
kembali ke kampung halaman yang lama kita tinggal.

Dunia ini bukan rumah kita,
maka jangan alpa dengan kesenangan dunia.

Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan kembali ke rumah kita.

Tak Rindu ka pada kampung kita ?

Bukankah mereka yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya dan mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya yang menunggu di rumah..

Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita?

Rabb yang mulia
Dia hanya meminta
amal soleh dan keimanan, taat pada Nya serta rasa rindu padaNya.
Yang menanti di rumah.

Begitu beratkah memenuhi perintahNya?

Kita tidak berasal dari bumi, kampung asal kita adalah di syurga.

Kenapa kita lupa?

Rumah kita jauh lebih Indah di sana.
Kenikmatannya tiada terlukiskan dihuni oleh
orang-orang yang mencintai kita.

Ada isteri solehah
Ada suami Soleh
serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.

Mereka rindu kehadiran kita,
setiap saat menatap menanti kedatangan kita.
Mereka menanti khabar baik          dari Malaikat Izrail.

Bila Keluarga mereka akan pulang?

Ikutilah peta (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan.

Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis Laknatullah yaitu neraka.

Kita bukan penduduk bumi,
kita penduduk syurga.
Bumi hanyalah perjalanan.
Moga perjalanan kita kesana selamat dan diRahmati.

INGAT INI BUKAN RUMAH KITA.

Tak Sabar Nak Balik Mana?


Teringat di Kota Madinah..ada sekali tu sy pergi kedai kurma brader Indonesia. Tiba2 brader indon kedai kurma beri tazkirah targhib pada saya..

"Dunia kita kumpul untuk diTINGGALkan..tetapi akhirat kita siapkan bekal untuk diDATANGI kerana kita akan pulang ke sana..Bila kita kumpul dunia banyak2, hati akan jadi berat nak tinggalkan dunia.. sebab cinta dunia dah kuat. Tmbh2 plak Bila nampak yg kita dah kumpul tu menimbun..tu yg takut nk mati...

Tapi bila kita menambah bekal akhirat banyak2, tak sabar plak nk balik akhirat sbb harta dah hantar banyak kat sana.. tu yg mati trsenyum gembira.

Macam kami ni kerja di saudi tapi wang di hantar ke indonesia..rasa tak sabar nak pulang ke Indon kerana wang telah di hantar ke sana dan telah dibina rumah dibeli Tanah Dan harta di sana..Begitulah Akhirat..kalau telah di hantar amalan dan harta pulang ke sana..Mahligai pun telah tersedia..rasa tak sabar nak balik Akhirat...

tak sabar nak balik Akhirat...
tak sabar nak balik Akhirat...
tak sabar nak balik Akhirat...

Kuat sgt fikir Dunia, Allah hantar org indon kedai kurma untuk sekolahkan kita sikit dan bagi ingat sikit. Dunia bukan tempat tinggal tapi tempat meninggal...Akhirat tempat tinggal dan di sanalah kita akan kekal...

Jom share supaya lebih ramai yg menyiapkan bekal Akhirat Dan rasa tak sabar nak balik Akhirat insyaallah...

Just Copy & paste and share 💕

Tuesday, May 23, 2017

Manusia.

Ada ketika bila mendepani karenah manusia terdekat yang pelbagai ragam dan adakala menyakitkan hati dan mata dan telinga, hati terdetik berbisik kepada Tuhan; Ya Allah, kurniakan aku kawan2 yang baik, bos yang baik, pasangan hidup yang baik, yang berlemah lembut, yang sopan dalam berbicara, baik akhlak dan tingkah lakunya.

Tapi kemudian,  terdengar satu bisikan menyedarkan aku dari impian yang tersangat besar itu;

Kau ingat ni syurga ke? Ini dunia. Kau tak akan jumpa semua kesempurnaan itu. Dan lagi, kau pun bukan sempurna mana. Bukan sebaik mana juga. Nabi pun diuji dengan manusia2 yang tidak baik di sekeliling, dan engkau tu siapa nak yang baik2 sahaja diberikan kepada engkau?..

Tuhan jadikan manusia dengan pelbagai sikap dan perangai. Hubungan kau dengan manusia adalah medan tarbiah Allah kepada kita semua. Di situ kau akan belajar erti kasih sayang, sabar, memaafkan dan segalanya.  Dan kerana itu, Allah pertemukan engkau dengan pelbagai manusia dengan pelbagai karenah  dengan pelbagaI ragamnya. Li taarafu. Dan kau akan faham kenapa Allah pertemukan engkau dengan setiap manusia itu, tak akan pernah ada yang sia sia.

Tunduk. Insaf.

*tp sy nk juga ya Allah.. mintak x salah, kan?

Wednesday, May 10, 2017

Al waajibat aqsaral minal awqat

Teringat dalam satu program ceramah, ustaz bercerita.

Para ulama dulu, sangat menjaga masa. Hatta untuk makan pun, mereka berkira soal masa kerana bagi mereka besar beza masa org yang makan makanan pejal yang perlu ambil masa untuk mengunyah dengan makanan yang lembut dan senang ditelan, setidaknya boleh guna untuk membaca 50 potong ayat quran.

Nah, kalau sewaktu makan pun mereka berkira, apa mungkin mereka ada masa nak duduk saja2, tidur lama2, melepak & berbual perkara sia2?

Reflexion.

Al waajibat aqsaral minal awqat.
Kewajiban itu lebih banyak dari masa yang ada.🕕

Seorang ulama pernah berkata; 'aku tidak pernah menyesali sesuatu lebih dalam dari suatu hari, di mana matahari sudah terbenam, dan umur aku berkurang, namun amalanku tidak bertambah.'

Teringat Cerita bertajuk 'Ghifari' malam tadi di tv alhijrah.

Bila Ghifari tanya sahabat dia, lebih kurang begini; apa yg member dia (Murad) fikir bila celik2 je mata dari tidur.

Si murad ni pun cakap," aku fikirkn pasal business aku, untung rugi aku, saham aku bla bla bla...

Ghifari menasihati Murad dengan nasihat yang cukup mengesankan, lebih kurang begini;

'Rasulullah s.a.w bersabda; 'barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai tujuan/ kemuncak cita citanya, Allah akan cerai beraikan urusannya, mnjadikan kefakiran di hadapan matanya, dan dunia tdk dtg kpdnya melainkan apa yg Allah tuliskan baginya"

Imam Ibn Qayyim berkata;

Cinta kepada dunia tidak akan terlepas dari 3 hal:-
i. Kesedihan yg berterusan
ii. Kelelahan yg berpanjangan
iii. Kerugian/penyesalan yg tak berkesudahan.

#notamuhasabah.

Saturday, April 22, 2017

To be ponder

Dikisahkan bahawa seorang guru yang alim berjalan-jalan bersama salah seorang anak muridnya, menyusuri ladang.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang. Kasut itu dipercayai milik lelaki fakir yang bekerja di salah sebuah ladang yang berdekatan, yang akan selesai bekerja sebentar lagi dan datang untuk mengambil kasutnya.

Lalu berkatalah murid itu kepada gurunya:
"Apa pendapat tuan jika kita usik tukang kebun ini dengan menyembunyikan kasutnya? Ketika dia datang untuk memakainya, dia tidak menemukannya. Mari kita lihat bagaimana reaksinya!”

Guru yang alim dan mulia itu menjawab:
"Anakku, tidak patut kita berseronok dengan kesedihan orang lain. Wahai anakku, kamu seorang yang kaya, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk dirimu dan si fakir itu dengan memasukkan beberapa keping wang ke dalam kasutnya dan kamu bersembunyi supaya dapat menyaksikan bagaimana kesannya kepada pekerja itu."

Murid itu terpegun dengan usulan gurunya, dan dia pun meletakkan beberapa keping wang ke dalam kasut pekerja itu. Kemudian dia dan gurunya bersembunyi di sebalik pepohonan  untuk melihat respon pekerja yang fakir itu. 

Selang beberapa minit, datanglah pekerja yang fakir dengan berpakaian usang selepas menyelesaikan pekerjaannya di kebun tersebut untuk mengambil kasutnya. 

Ketika dia memasukkan kakinya ke dalam kasut, dia terkejut kerana merasa ada sesuatu di dalamnya. Ketika dia mengeluarkan benda tersebut, dia mendapati ada kepingan wang!!
Dia melakukan perkara yang sama kepada kasut yang sebelah lagi, dan dia menemukan ada wang juga.
Dia menatap wang itu berulang kali, untuk memastikan dia bukan bermimpi …
Kemudian dia melihat ke setiap arah, namun tiada sesiapa pun di sekelilingnya!!!

Diletaknya wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut seraya memandang ke langit sambil menangis dan kemudian dia berteriak dengan suara yang tinggi, bermunajat kepada Tuhannya:
“Aku bersyukur kepada-Mu, wahai Tuhanku. Wahai yang mengetahui bahawa isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum mendapatkan roti. Engkau telah menyelamatkan aku dan anak-anakku daripada kebinasaan.”
Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terkesan dengan apa yang dilihat. Air matanya berlinangan...

Guru yang mulia terus bersuara:
“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia daripada jika kamu melakukan usulan pertama kamu untuk menyembunyikan kasut itu?”

Murid itu menjawab,
“Sesungguhnya tuan telah mengajar saya satu pelajaran yang tidak akan mungkin saya lupakan seumur hidup saya. Sekarang saya baru faham makna kalimah yang dulu belum saya fahami sepanjang hidup saya:
*“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak daripada kamu mengambil”.*

Gurunya pun berkata kepadanya:
"Sekarang ketahuilah wahai anakku bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• *Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas, adalah suatu pemberian.*

• *Mendoakan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.*

• *Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.*

• *Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian.*

Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku!

Wednesday, April 19, 2017

Mari Berehat Dengan Solat

Kehidupan seharian kita masing-masing memang super bizi. Ke hulu ke hilir ke sana ke sini buat itu buat ini. Kadang terasa sangat letih dan lelah. Untungnya kita sebagai Muslim kita ada waktu rehat. Macamana sibuk sekalipun dengan urusan duniawi, kita ada 5 kali sekurang-kurangnya waktu untuk kita tinggalkan kesibukan itu. membawa hati, jasad dan minda kepada mengingati Allah dalam takbir, tahmid dan tasbih, dalam pergerakan yang dinamakan sebagai solat, bermula takbir dan diakhiri dengan salam.

Ala bizikrillahitotmainnul qulub
~Ketahuilah bahawasanya dengan mengigati Allah hati akan menjadi tenang. (Ar Ra'd :28)

Ya. Apa lagi yang lebih menenangkan selain dengan mengigati Allah? Setiap pergerakan dalam solat seperti qiam, rukuk dan sujud serta bacaan-bacaan di dalamnya sungguh indah dan menenangkan jiwa, apatah lagi bila dihayati dan difahami maknanya. Kita berada dalam dimensi kita sebagai yang dicipta menghadap Dia,  Pencipta kita. kita berkomunikasi denganNya. Hanya kita dengan Dia. Kita tinggalkan dunia di belakang sejurus selepas mengangkat takbir, Allahuakbar. Allahuakbar itu sendiri membawa maksud Allah Yang Paling Besar dan selainnya jauh lebih kecil dan tiada yang mampu mengatasinya.

Para sahabat di zaman Nabi dahulu pernah berkata; jika diminta pilih antara syurga dan solat, aku memilih solat kerana syurga itu untuk aku tapi solat itu untuk Allah. Subhanallah lihatlah begitu sekali nilai kecintaan mereka kepada solat. Semoga kita semua merasai kemanisan solat seperti apa yang dirasai oleh mereka.

Ya Allah, jadikan solat itu penyejuk mata hati kami, menenang dan menenteramkan jiwa2 kami..

Thanks for the hijab's evolution

Bermula dari tudung bawal, tudung awning, tudung instant sehingga kepada wide shawl, dengan pelbagai jenis material dan cara pemakaian yang berbeza-beza.. Sebenarnya aku rasa sangat bersyukur dengan trend hijab sekarang ini yang sangat berkembang luas dan diterima baik oleh segenap lapisan masyarakat.

Ketika era tudung bawal standard 45 dulu, ianya dikira telah cukup sopan selagi tidak disilangkan kedua dua hujungnya ke atas bahu. Namun begitu materialnya agak jarang. Alhamdulillah,  ada yang berinisiatif menghasilkan inner neck. Untuk lebih selamat, boleh pakai anak tudung penuh seperti tudung syria saiz kecil sebelum pakai tudung bawal untuk menutup aurat sepenuhnya.

Ketika di zaman awal kemunculan tudung awning satu ketika dulu, tudung-tudung yang dijual di pasaran kebanyakan bersaiz kecil. Alhamdulillah kini semakin ramai peniaga tudung yang memahami konsep patuh syariah. Semakin banyak tudung yang dijual dalam saiz yang besar dan labuh.

Begitu juga dengan selendang. Dahulu, kebanyakan materialnya jenis chiffon yang jarang. Kini semakin banyak material yang lebih tebal, tidak jarang, besar namun tetap juga selesa. Yang penting menutup aurat sempurna.


Dan aku sangat berterima kasih kepada pengusaha pakaian muslimah sekarang yang sangat membantu muslimah untuk berpakaian menutup aurat dengan sempurna, dengan masa yang sama masih lagi mampu kelihatan cantik dan bergaya. 


Siapa kata menutup aurat tu tak cantik?


me. wearing silk scarft from cambodia