Friday, April 3, 2015

Tuhanmu tidak meminggirkan mu.

1. Kuasa Allah memberi atau tidak memberi apa yang kita mahukan.
2. Kuasa Allah memberi apa yang kita hajatkan. Ucapkan Alhamdulillah apabila telah menerima apa yang dihajati.
3. Kuasa Allah tidak memberi apa yang kita hajati sebaliknya menangguhkannya kerana itu yang terbaik dalam aturan Allah.
4. Kuasa Allah tidak memberikan langsung apa yang kita suka atau hajati. (Al Baqarah 216)
5 . kuasa Allah tidak memberikan apa yang kita hajati di dunia sebaliknya diberikan di akhirat kelak.

💕💕Berbahagialah dan berdamai lah dengan takdir Allah.

Wednesday, March 25, 2015

Kalau Bukan Kerana IzinNya..

Kuakui.
Aku bukanlah siapa2 klu tidak dgn izin dan pertolongan Nya.
Aku cuma hamba yg lemah. Dgn 1001 kekurangan dan kelemahan.
Klu tidak dgn izinNya aku tak akan ada di sini.  Menikmati apa yg aku nikmati hari ini. Melalui apa yg aku lalui selama ini.
Dia mengizinkan aku keluar dari gelap menuju cahaya.
Mungkin payah. Dalam keadaan meraba2.
Tapi aku tahu Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang itu sedang menunjukkan jalanNya.
Aku rasa kerdil berada bersama2 org yg  lebih bijak pandai.
Tapi aku tahu Allah Maha Bijaksana Maha Mengatur segalanya.

Untuk itu aku bersyukur pdMu Ya Allah.

Moga aku dapat jaga agama ini.
Tidak menjadi fitnah kepada agama.

Ya aku tahu dlm hidup ini kita tak mungkin akan dapat semua apa yg kita mahu.

Sebab hidup ini adalah ujian.
Untuk mnguji siapa yg ahsanu amàla.-yg paling baik amalannya.

La tahzan.

Innalaha ma'ana.

Syukurlah.  Dan redha. Itu kunci dan rahsia utk bahagia.

Dan kemuliaan seorang Mukmin terletak kepada taqwa.

Monday, March 23, 2015

Dan sungguh. . Aku malu

Dan sungguh. .
Aku malu
Malamnya aku menangis dalam sendu
Seakan merasakan Tuhanku di hadapanku
Menyesali segala dosa dan maksiat yang membelenggu
Menggogoi menangis meratap dan merayu
Agar Dia sudi mengampunkan dosaku
Seakan tak sanggup lagi menghadapi esok dan hari2 mendatang
Kerana kutahu cabaran dunia akhir zaman penuh dengan tipu daya yang melalaikan. .

Dan sungguh aku malu
Siang nya aku seakan2 lupa dengan janji khalifah ku
Aku lalai dalam batas masa dan waktu
Dalam nafsu dan angan2  panjang
Dalam gelak tawa dan gurau senda
Dalam permainan dunia yang memperdaya
Sedang kutahu hakikat kehidupan hanya sementara

Dan sungguh aku malu
Bila merenung sisi kehidupanku
Dalam kesamaran kulihat diri dalam kekerdilan di hadapan Rabbku
Aku malu pada Tuhanku
Bila berbicara tak seiring agama yang kubawa
Bila akhlak tak seindah akhlak baginda rasul Nya
Bila kemegahan dunia menutupi pakaian taqwa
Bila cinta dunia melebihi cinta akhirat sana

Dan aku malu pada Rabbku Tuhan yang Satu
Yang menjadikan aku dengan kehidupanku
Menghirup segala nikmat kurniaan tak mampu kuhitung satu persatu
Dan aku bertanya pada diriku
Apa yang aku lakukan sebagai tanda terima kasihku padaMu
Apa yang akan kubawa saat kembali kepada Mu
Apakah Engkau sudi terima diriku?

Dan sungguh aku malu.
PadaMu Tuhan yang banyak menyaksikan kejahilan dan kemaksiatanku..

Dan sungguh walau kumalu
namun tetap kumahu
terus mndamba dan mngharap keampunan dan kasih sayangMu
Kerana kutahu rahmat Mu Tuhan melebihi kemurkaan Mu

dan sungguh kumahu
Agar Engkau sudi memandang ku
Dengan pandangan kasih sayangMu..

Sunday, February 1, 2015

Mengimani kemuliaan dan sifat pemurah Allah

1. Allah mengurniakan kita harta. Dengan harta Allah memberi peluang untuk kita beramal dan beroleh pahala dengan jalan bersedekah, infaq, waqaf dan sebagainya. 

2 . Allah mengurniakan kita rezeki ilmu. Rezeki untuk belajar dan rezeki untuk diajarkan kepada orang lain. Dengan ilmu bermanfaat yang kita sampaikan dan selagi ianya diamalkan kita akan mendapat pahala yang berpanjangan. 

3 . Allah mengurniakan kita rezeki anak. Berdoalah agar dikurniakan Anak yang soleh dan solehah. Didik anak dengan ilmu agama yang mencukupi. Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya menjadi saham akhirat dan pencen kubur kita. 

4. Allah merezekikan kita untuk beramal secara istiqamah dan mengurniakan pahala di atas amalan itu. 

5 . Kita semua pernah jatuh sakit samada sekurang kurangnya demam biasa. Kita sakit dan kemudian sihat semula. Ketika sakit Allah menarik seri wajah, selera makan dan dosa. Kemudian dengan izinNya kita sihat kembali. Dan Allah memulangkan kembali seri wajah dan selera makan tetapi tidak memulangkan dosa kita semula. Betapa baiknya dan Pemurahnya Allah. 

6. Allah berikan hambaNya dengan ujian dan musibah samada kecil atau besar. Bersama sama itu Allah sertakan pahala. Bersama sama kesusahan ada kesenangan. Bila diangkat musibah itu pahala masih kekal dan tidak diangkat bersama. 

7 . Allah menguji hambaNya apabila ditimpa fitnah. Jangan kita mendedahkan diri kepada perkara yang boleh membawa fitnah. Namun bersama fitnah itu datang kemuliaan jika hambaNya bersabar dan bertaqwa. Persona de zahra:ustaz Muhammad Abdullah al Amin; 6&13Rabiulakhir1436H

Jangan Kau biarkan aku berhajat kepada perkara yang Kau redhai, melainkan Kau tunaikan, wahai Yang Sebaik Baik Penyayang

Bismillah. .

Sesiapa yang mempunyai sesuatu hajat, hendaklah dia berwudhuk dan mempelokkan wudhunya, kemudian tunaikan solat dua rakaat seterusnya memuji Allah, berselawat ke atas Nabi s.a.w dan mengucapkan;  "Tiada Tuhan yang layak diperhambakan diri melainkan Allah,  Yang Maha Bijaksana,  lagi Maha Mulia, Maha Suci Allah,  Tuhan arasy yang hebat. Segala puji bagi Allah,  Tuhan (yang menguruskan) alam semesta.  Aku mohon kepada Mu pemberian rahmat Mu, kepastian keampunanMu, dan kemenangan daripada segala kebaikan, dan keselamatan dari segala dosa. Jangan biarkan diriku berdosa melainkan Kau ampunkan. Tiada kesusahan melainkan Kau bukakan jalan keluar. Jangan biarkan aku berhajat kepada perkara yang Kau redhai, melainkan Kau tunaikan, wahai Yang Sebaik Baik Penyayang".

( Riwayat al Tarmizi )

Meraih rezeki

Meraih rezeki 
☆Rezeki tidak terbatas kepada wang ringgit dan harta benda, malah rezeki meliputi kesihatan, kebahagiaan, keselamatan, ilmu pengetahuan dan segala kebaikan yang kita kecapi sehari hari 
☆Bagaimana meraih rezeki
*sambung silaturrahim 
*lazimi membaca surah al waqiah setiap malam 
*amalkan qiyamullail 
*banyakkan bersedekah 
*dapatkan rezeki dengan cara yang betul dan belanjakan dengan cara yang betul *mempunyai sifat taqwa 
*berusaha, berdoa dan redha yang menatijahkan tawaqqal kepada Allah 
(Source: Dr Zulkifli al Bakri; Bayan Linnas-Cinta Ilmu TV AlHIjrah)

Wednesday, January 14, 2015

Macam zombie bergerak

Pagi Semalam seperti biasa memandu ke tempat kerja sambil mendengar radio ikim.
Ada kata kata ustaz yang buat aku tertarik dalam segmen motivasi pagi itu.

Ustaz berkata,(lebih kurang begini:)
Samada kita sedar atau tidak yang kebanyakan dari kita berada dalam dunia 'tidak sedar'.
Macam, kita berhenti di traffic light. Adakala tak sedar lampu merah dah bertukar hijau sehingga kereta di belakang membunyikan hon.
Ada kita tak sedar yang umur dah meningkat.tiba tiba bila sampai ulang tahun ramailah yang mengucapkan selamat.. tiba tiba kita baru sedar yang umur kita dah sekian sekian. Macam,  baru semalam main kejar kejar di bangku sekolah. Rupanya dah tua kita.

Kita ni macam zombie bergerak.  Tengok kat luar, jalan sesak. pagi pagi begini semua bergerak ke destinasi dan tujuan yang sama, ke tempat kerja. Semua dalam kenderaan masing masing. Seakan telah diprogramkan. Mata pandang di depan.  Dalam dunia dan pemikiran masing-masing.  Ada yang sedang fikirkan tentang kerja yang menanti di pejabat,  ada yang fikirkan tentang keluarga,  ada yang sedang merangka perancangan dan sebagainya.  Petang nanti juga begitu.  Menentang arus perjalanan pagi tadi untuk balik semula ke rumah. Begitulah sehari hari. Sehingga hari berganti hari berganti minggu berganti bulan berganti tahun dan seterusnya

Memang inikah saja tujuan hidup kita di dunia ini? 5 hari pergi kerja balik kerja. 2 hari cuti pergi shopping balik shopping atau menghabiskan masa bersama keluarga di rumah. Contoh. Dan begitulah kehidupan berputar dan terus berputar.

Sehingga akhirnya kita sedar kita telah dewasa. Telah tua. Anak anak dah besar. Muka pun dah tak setegang sekacak sejelita zaman remaja. Dah mula timbul kedut sana sini.

Lalu kita bertanya, 'apa yang kita dah buat selama ni?'

Telah cukupkah apa yang kita lakukan selama ini sebagai tanda dan bukti cinta dan terima kasih kepadaNya?

Apa tujuan kita sebenarnya?..

Dari mana nak ke mana?..

Apa motivasi tertinggi kita dalam hidup ini?

Cukupkah hanya dengan punya anak isteri keluarga. .

Apa legasi yang kita tinggalkan?

Pergh. Berat. Soalan berat.

Marilah jadi hambaNya yang berfikir sejenak. .

Akan hakikat hidup ini..