Tuesday, December 31, 2013

31122013


Hari ini hari terakhir dalam tahun 2013.

Sesungguhnya terasa begitu pantas hari demi hari yang berlalu dalam tahun ini. Namun bila diingat kembali segala peristiwa yang berlaku, aku sedar betapa panjangnya 365 hari ini. dengan pelbagai kisah, suka duka, tangis tawa.

Yang berlalu akan terus berlalu. Yang akan datang tetap menjadi rahsia Tuhan. Cuma berdoa yang baik-baik. Semoga Allah dekatkan dengan kebaikan dan jauhkan dari keburukan.

Azam tahun baru... adalah azam yang sama tahun lepas. Yang mana-mana belum terlaksana, aku harap dapat laksanakan tahun ini, InsyaAllah.

Tuhan,

Terima kasih atas nikmat kehidupan, esok mengikut tahunnya umur bertambah lagi. Semoga meningkat juga iman dan amal. Semoga seiring juga dengan keberkatanMu, Ameen... Ya Rabb..

 

Monday, December 30, 2013

Menerima Hakikat Tiada Jodoh

Pedih rasanya bila terpaksa menerima hakikat tiada jodoh dengan seseorang yang kita harapkan sebagai teman, sebagai pasangan yang bakal menemani perjalanan kehidupan. Kita harap dia adalah orang itu, kita rasa dialah jawapan kepada doa kita (he's the answer of my prayer), kita rasa dia yang paling sesuai, paling layak, paling baik, dan segala macam paling lagi kepada kita. Tapi hakikatnya tidak, Allah tidak mengizinkan itu. Kita merancang, tapi perancangan Allah adalah lain daripada apa yang kita inginkan.
 
Kita jatuh, terduduk. Menangis. Kecewa. Kita tanya Allah, kenapa? Dalam tanpa sedar kita mungkin marah dan sesal, dalam emosi yang menggila dan dalam jiwa yang kacau kita mungkin mula menyalahkan pertemuan yang terjadi. Atau dengan erti kata lain menyalahkan Tuhan. Kerana keinginan yang tidak dipenuhi, kita rasa tidak adil dan menjadi mangsa keadaan. Kita rasa macam kita ni tak layak untuk ditimpa kesedihan ini. Kita rasa kita tak sepatutnya diberi kekecewaan ini, Dalam tanpa sedar, kita berkata,' Kenapa Kau pertemukan aku dengan dia kalau akhirnya aku yang kecewa'? Ini mungkin dialog kita dengan Tuhan.
 
Egonya kita. Betapa tak sedar dirinya kita. Kita siapa nak minta sekian-sekian benda dekat Tuhan. Tak sedar diri taraf kita hanya hamba, boleh meminta tapi jangan memaksa. Takkan seorang pengemis berani nak membentak-bentak memaksa-maksa seorang raja beri makanan kepada dia, melainkan dia hanya tunduk, merayu, merintih,  nak angkat muka pun tak berani.
 
Kenapa dengan Tuhan, Raja segala raja, kita macam hilang adab. Kita sedap-sedap hati meminta, kemudian bila Allah tak beri, kita putus asa. Kita merajuk. Kita memberontak. Kita kata Allah tak adil.  Kita mula malas nak beribadat, konon tanda memberontak. Macamlah Allah kisah kau nak merajuk pun. Dia tak rugi apa-apa. Hanya hamba-hambaNya saja yang kerap merugikan diri sendiri.

Menerima hakikat tiada jodoh dengan si dia. Memang pedih. Namun kita harus sedar ketentuan Allah mengatasi segalanya. Memang kalau ikut hati, macamana pun kita nak dia jugak, sebab bagi kita dia yang terbaik. Tak mungkin dapat jumpa yang sebaik dia. Padahal pengetahuan kita terbatas. Allah menciptakan semua hambaNya. Allah ciptakan hati kita semua. Allah Maha Tahu kepada siapa hati kita yang selayaknya. Boleh jadi yang kita sangka baik itu, tidak baik bagi kita. Begitu juga sebaliknya. Seperti Firman Allah dalam Surah Al Baqarah ayat 216:

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedangkan ianya amat baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ianya amat buruk bagi kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.

Dahla. Bangkit. Move on! Tidak ada jodoh dengan dia bukan bererti pengakhiran hidup. Dunia ini bukan seluas daun anggur. Selagi diberi peluang kehidupan, dan selagi diberi nafas dan selagi nadi masih berdenyut, wajib melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi Allah. Banyak lagi tanggungjawab menanti di hadapan. Sudah-sudahlah memburu cinta manusia. Carilah cinta Allah pula.

 

 
 

Friday, December 27, 2013

Hikmah


Kekadang aku bertanya pada diri, apa hikmah berlakunya sesuatu perkara itu. Apa hikmah setiap kejadian, apa hikmah setiap pertemuan. Aku bertanya, sebab aku tahu, untuk manusia, Tuhan tidak pernah beri kisah yang sia-sia. Tak ada kebetulan dalam hidup. Semua ada hikmah.

Dari sekecil-kecil perkara kah? Penatlah Tuhan nak entertain nak jawab semua persoalan manusia. Maha Suci Tuhan, Maha Agung Dia dengan sifat kekuasaan dan kebijaksanaaNya. Manusia ni kompleks. Semua manusia Allah jadikan dengan pelbagai cerita dan jalan takdir tersendiri. Kreatifnya Allah yang ada seribu satu  idea kehidupan untuk hamba-hambaNya. Semua berlainan cerita. Dari manusia hebat dan terkenal dan terpengaruh dan kaya raya sampailah kepada manusia yang tak punya apa-apa, yang hidup melarat, yang bergelandangan. Semua ada kisah hidup yang tersendiri.

Allah ciptakan manusia dengan rezeki  masing-masing. Ada yang tarafnya mulia di mata manusia, ada yang nampak hina. Tapi Allah tak pandang semua tu. Mulia dan hina hanya pada cerminan mata manusia yang tak akan pernah sempurna. Yang Allah  pandang adalah amalan taqwa manusia.

 (Allah menjadikan kematian dan kehidupan untuk menguji antara kamu siapa yang paling baik amalannya) - Al Mulk: 2

Beruntungnya kita yang lahir sebagai Islam. Kalaupun kita tak kaya, tak cantik, tak terkenal.. tapi kita ada Islam. Islam yang kalau kita beramal dengannya dengan segenap jiwa raga kita akan jadi mulia.

Semua orang ada peranan. Allah tak jadikan manusia sekadar main-main tanpa ada hikmah. Melainkan, Allah ciptakan kita untuk menjadi khalifah untuk beribadat kepadaNya.

Pemimpin dunia. Pemerintah yang berkuasa. Hartawan terkemuka. Ilmuwan yang dihormati. Agamawan yang disegani. Pekerja awam. Pekerja swasta. Tukang kebun. Tukang sapu. Peminta sedekah.. Semua Allah jadikan dengan cerita masing-masing. Allah tak jadikan sesuatu sekadar sia-sia. Kadang-kadang kita tengok orang tu, maaf cakap. Contohnya gelandangan, mungkin kita pernah terdetik di hati, mungkinkah Allah lupakan dia? Kenapa Allah bezakan taraf dia dengan taraf manusia lain? Kenapa Allah jadikan dia miskin, hidup merempat. Sedang ada yang lain Allah rezekikan dengan harta melimpah ruah, rumah besar.. Sedang orang itu, rumah pun tak ada?

Kenapa nasib semua orang berbeza-beza? Allah tak adilkah kerana tidak memberikan rezeki yang sama rata kepada semua hambaNya?

Subhanallah. Maha Suci Allah! Sesungguhnya Allah tahu sedangkan kita semua tidak tahu.

Itulah yang dipanggil sebagai hikmah. Salah satu pengertian dari berjuta pengertian hikmah yang boleh ditafsirkan.

Allah ciptakan semua manusia berbeza-beza untuk membuktikan kebesaranNya. Bila kita melihat yang di atas, kita akan mengagumi kekuasaan Allah. Maha Suci Allah.. Hebatnya Allah.. Maha Kaya Allah.. Maha Pemurahnya Allah.. memberi rezeki, harta, pangkat, kecantikan, kesihatan kepada hambaNya tanpa berhitung kira. Sama ada hambaNya bersyukur atau kufur. Samada hambaNya taat atau ingkar. Dia beri kepada siapa Dia ingin beri.

Bila kita melihat yang di bawah, kita akan menginsafi dan mensyukuri. Mungkin kita pernah rasa kecewa dalam hidup, hajat kita Allah tak tunaikan, kita gagal dalam satu-satu perkara, kita tak dapat apa yang kita nak. Kita tanya Allah, kenapa.. Kenapa aku tak dapat , kenapa orang lain dapat.. Kita rasa Allah kejam. Allah tak adil. Allah tak pedulikan kita. Hati kita jadi sakit.

Nak pilih apa? Nak pilih berkonflik dengan Allah?

Jangan! Kita ini hanya hamba. Kita kena redha dengan setiap ketentuanNya. Bukankah Allah telah tetapkan rezeki dan takdir masing-masing? Kita siapa nak mempersoalkan hakNya?

Pandanglah yang di bawah. Berapa ramai yang jiwanya lebih menderita dari kita. Lebih kekurangan harta benda dari kita. Yang diuji dengan kesakitan, kemiskinan, kelaparan, penderitaan.. dan segala macam mehnah dan ujian.

Pandanglah di bawah.. Itu lebih baik untuk menjadikan kita lebih bersyukur..

Ya Allah... suburkan hati kami dengan syukur dan redha dengan takdirMu....
 

Being Wanita Solehah

Nak jadi wanita solehah ni, bukan senang.
Banyak syaratnya.

First thing first, jaga solat.

Jaga hubungan dengan Allah.

Beriman dan beramal dengan rukun Islam dan rukun Iman.

Buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang

Jaga aurat, jaga pandangan, jaga pergaulan, jaga maruah, jaga tutur kata...


Syurga itu, sumpah mahal. Ingat senang nak masuk?

Mari.. kita sama-sama berusaha. Semoga Allah bantu kita semua dalam niat untuk menjadi wanita solehah, hiasan dunia dan bakal melayakkan kita untuk diizinkan Allah menjadi penghuni syurgaNya, Insya Allah...

Wednesday, December 25, 2013

Renungan


 
 

Kita tak perlu digelar ustaz atau ustazah untuk jadi orang beriman.
jadilah apa sahaja, tiada masalah, asalkan kita beriman.
kalau jadi businessman, jadilah businessman yang beriman.
jadi engineer, pilihlah untuk jadi engineer yang beriman.
hatta tukang sapu sampah sekalipun, jadilah tukang sapu sampah yang beriman.
                                           Allah tidak memandang apa profesion kita.      
yang Allah pandang, hanyalah iman kita dan apa yang telah kita lakukan untuk Islam.
 



 

Sunday, December 22, 2013

Untuk Jadi Hebat, Tidak Perlu Jadi Orang Lain. Jadilah Diri Sendiri!


Seorang pemecah batu menghabiskan sepanjang siang di sebuah bukit, bermandi keringat mengerah seluruh kudrat memecahkan batu-batu pejal. Dia sering mendengus dan mengomel tentang kenaifan diri sendiri.

Di bawah limpahan terik sinar matahari yang membakar, sambil memegang penukul besinya dia melihat kepada matahari dan berkata pada dirinya sendiri, "Malangnya diri ini... Alangkah baiknya kalau aku dicipta sebagai matahari yang besar, hebat dan tinggi penuh megah. Boleh melimpahkan cahaya dan membakar sesiapa yang aku suka.

  Hatinya terus berbisik sambil melihat kepada matahari dengan penuh kagum. Sedang dia asyik berfikir, tiba-tiba dia merasa keadaan menjadi redup dan dingin. Apabila dia mendongakkan kepalanya, dia melihat ada gumpalan awan besar berwarna gelap sedang menutupi matahari.

 "Wah, awan lebih hebat rupanya ! Ia boleh memadam kekuatan cahaya matahari. "

 Dia mula berfikir tentang dirinya yang malang dan betapa bertuahnya menjadi awan. "Alangkah hebatnya awan dengan ukurannya seperti raksasa, boleh bergerak ke mana-mana dan mengalahkan sang mentari," tingkahnya dalam diri.

 Matanya leka mengekori awan yang berarak megak dengan tubuhnya yang besar melitupi segalanya. Tiba-tiba awan tersebut terserak dan berpecah bila membelah bukit tinggi.

 "Wah, bukit rupanya lebih hebat lagi ! Ia berjaya memecahkan gumpalan awan." Dia mula berfikir untuk menjadi bukit yang gagah tersegam. "Malangnya diriku ini dan alangkah baik sekiranya aku menjadi bukit yang berjaya mengalahkan awan dan menumpaskan matahari," gerutu hatinya sambil melihat kepada dirinya.

 Tiba-tiba dia tersedar sesuatu yang dia tidak perasan selama ini, mukanya bercahaya, matanya berkaca-kaca: Rupa-rupanya bukit yang tersegam gagah ini, sebenarnya tewas kepada seorang pemecah batu !

 "Dan pemecah batu itu ialah AKU !"

 Dengan penuh bertenaga ia melaungkan, "Aku sebenarnya lebih hebat daripada bukit, lebih gagah daripada awan, lebih kuat daripada matahari, Aku hanya perlu bersyukur atas apa yang telah diciptakan Tuhan untukku."

 Kemudian dia terus menghentak batu dengan penuh bangga dan meneruskan kerjanya dengan penuh rasa syukur. Dia tidak lagi mempedulikan terik matahari dan bebalnya kekerasan batu bukit tersebut.

 KONKLUSINYA

 Benar, manusia tidak akan melihat sebarang kebaikan pada dirinya, sekiranya tidak melihat dengan kaca mata syukur, redha dan qanaah. Sepanjang masa dihabiskan dengan mengagumi orang lain tetapi memandang rendah kepada diri sendiri. Manusia seperti itu tidak akan menemui kepuasan dan kedamaian hati selama-lamanya. Sebaliknya letih dan rasa terbeban kerana menelan rasa terkilan yang berpanjangan.

 Justeru, untuk menjadi manusia hebat, kita tidak perlu jadi orang lain tapi jadilah diri sendiri. Bukalah kunci air kesyukuran, nescaya ia akan melimpahkan sifat redha dan qanaah berserta kekuatan sebenar seorang insan. Dalam masa yang sama kita mencari di manakah kelemahan yang perlu dikenal pasti agar boleh diungkai keluar. Dari situ kita akan mula meneroka kelebihan yang Allah anugerahkan yang tersembunyi dalam diri kita.

 Yakinilah, bahawa Allah mencipta kita sebagai makhluk dengan sebaik-baik kejadian !

Thursday, December 12, 2013

Nota Hijrah I

Aku dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Lebih kurang 3.00 petang, aku sampai di Terminal Kuantan. Aku bercadang untuk solat dahulu sebelum balik ke rumah. Aku minta kakak yang menjemput aku tunggu sebentar sebelum aku menunaikan solat di terminal.

Aku masuk ke dalam surau dan mencari-cari telekung.

Di surau ni tak ada kain telekung yang elok. Tinggal beberapa helai yang kusam dan berbau. Aku rasa geli nak pakai.

Pakaian aku hari itu pula, jeans ketat dengan kemeja dengan tudung bawal. Mana mungkin layak dibawa untuk solat.

Aku punggah beg. Aku selongkar baju-baju yang aku bawa. Aku terjumpa sehelai jubah, tapi jubah itu sedikit ketat mengikut bentuk tubuh. Aku tersandar. Letih dan sebal. waktu zuhur hampir habis. Ya Allah..

Buat pertama kalinya aku rasa malu. Malu di hadapan Tuhan yang tidak aku nampak, tapi Dia nampak aku.

Aku keluar surau dalam perasaan sedih. Aku tanya kakak, ada telekung tak, untuk aku pinjam. Dia kata ada, tapi dalam kereta yang di parking di bawah terminal di kawasan padang. Kalau aku nak, kena menapak di bawah panas terik.

aku masuk surau balik untuk ambil beg. Tiba-tiba aku nampak satu kain telekung yang sedikit elok (setidak-tidaknya yang paling elok) dari yang aku dapat sebelum ni. aku terus cop, ambil wudhu dan solat.

syukur Ya Allah.

Aku muhasabah diri. Mungkin ini, Tuhan ingin mengajar aku. Sebab itulah, kenapa dikatakan pakaian Muslimah itu adalah pakaian yang boleh dibawa ketika solat. Kalau dalam solat boleh tutup aurat sempurna, kenapa di luar solat boleh tak tutup mana-mana bahagian yang perlu ditutup sewenang-wenangnya?


“Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibumu sedangkan kamu tidak mengetahui sesuatu. Lalu Allah jadikan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati(akal) supaya kamu bersyukur.”(An-Nahl: 78)

Monday, December 2, 2013

Saya takde facebook, saya ok

Siapa yang tak ade facebook?
Anyone?..
Anyone?..

Aku. (Sendiri tanya sendiri jawab.)

Ape? tak ade? Kau hidup dalam hutan mana ni?  Kau hidup dalam gua kah? Kau spesies orang zaman Paleolitik gamaknya.

Tak. aku normal.
Aku hidup dalam zaman millenium. 2013. Aku tinggal menetap di Putrajaya. Aku bekerja di Kementerian .......... (terpaksa dirahsiakan)

Aku takde facebook, aku ok.

Kau biar betul takde facebook.

Baiklah. Mari kita berbicara secara jujur. Heart to heart.

Aku ade lah facebook. Tapi aku dah tak aktifkan lagi. At least by now.

Kenapa?

Sebab aku menghargai kehidupan privacy aku. (Bajet retis hape?)
Wei. Artis mana yang hidup dia privacy? Kalau nak privacy, tak payah jadi artis. Jadi macam aku ni. Tak dikenali. Heaven gila. Privacy ooh.


I start used facebook in 2009. Pada awal-awalnya aku agak hot jugaklah. Dalam masa sebulan- dua bulan aku dah berjaya menjana hampir 500 orang kawan. Ada yang aku kenal, ada yang tidak. Tapi apa aku kisah, semakin ramai kawan dalam fb semakin rasa popular. Dulu. Memang aku gila glamour juga. Sikitlah.

Dan, ya aku juga seperti kalian, gemar post status yang kadang-kadang entah apa-apa. bila buka balik tengok posting fb zaman-zaman awal dulu rasa malu pun ada. like 'hatiku tidak tenang' and after that berderet-deret lah feedback dari yang aku kenal dan tidak kenal. status like 'hmmmm' pun berderet-deret orang nak komen entahlah aku pun tak tau kenapa. Manusia ni tidak ada kerja yang bermanfaat agaknya. Forgive me for stolen your time untuk perkara yang langsung tidak berilmiah. in this world and hereafter.

As the time goes by, aku matang seiring usia. Meniti jatuh bangun kehidupan dan perhubungan. Dalam perjalanan yang panjang. Sehingga akhirnya aku decide untuk tidak lagi  mahu terlibat dgn facebook. I dont think fb is necessary to me anymore. i have nothing to show off to public. Buka fb seakan dosa bagi aku. apa yang aku tulis ini tidak terpakai untuk semua orang. hanya untuk aku. Sebab aku tau kondisi hati ini bagaimana.

Aku tak lagi menayang gambar kiut miut. Tiada lagi mesej-mesej mengorat dari lelaki-lelaki. Tiada lagi mesej 'awak ni cute lah, awak ni cantiklah, nak kenal boleh.. dsbgnya..

i have prohibited myself from fb. its no harm. At all

Kenapa?

Tarbiyah telah banyak menyedarkan aku.

Untuk aku yang imannya masih lemah, hati masih belum kental, aku ambil keputusan drastik untuk leaving facebook. aku tak larat nak filter-filter, nak delete nak block lelaki-lelaki yang aku dah accept jadi kawan. aku malas nak berperang dengan rasa bersalah setiap kali gambar aku ada di laman sosial dan kemudian ada komen-komen yang buat hati berbunga-bunga. Nampak macam seronok, tapi tenangkah hati?

Tanyalah fatwa pada hati. Dosa itu adalah sesuatu yang menggelisahkan hatimu. Walaupun cuba kau tutup dan berpura-pura, namun bisikan hati tak dapat dibohongi.

bukanlah facebook itu bawa keburukan. kalau kita pandai guna, seribu satu manfaat boleh kita dapat. boleh guna sebagai medan dakwah dan tarbiyah. namun untuk aku, aku memilih untuk pause sebentar. atau tak perlu langsung.

aku takde fb, aku ok.

Sunday, December 1, 2013

what is the purpose of life?


أَفَحَـــسِبْتُمْ أَنّــَــــمَا خَـــــــــلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَــــــــيْنَا لا تُــــــرْجَعُونَ, فَتـَـعَالَى اللهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ لا إِلَهَ إِلا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ, وَمَن يَـــدْعُ مَعَ اللهِ إِلَهًا آخَرَ لا بُــــــــــرْهَانَ لَهُ بِهِ فَإِنَّمَا حِـــــسَابُهُ عِــــــندَ رَبِّـــــــهِ إِنَّـــــــهُ لا يُفْلِــــــــحُ الْـــكَافِرُونَ, وَقُل رَّبِّ اغْفِرْ وَارْحَمْ وَأَنتَ خَيْرُ الرَّاحِمِينَ

 

“Maka Apakah kamu mengira, bahwa Sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha Tinggi Allah, raja yang sebenarnya; tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) 'Arsy yang mulia. dan Barangsiapa menyembah Tuhan yang lain di samping Allah, Padahal tidak ada suatu dalilpun baginya tentang itu, Maka Sesungguhnya perhitungannya di sisi Tuhannya. Sesungguhnya orang-orang yang kafir itu tiada beruntung. dan Katakanlah: "Ya Tuhanku berilah ampun dan berilah rahmat, dan Engkau adalah pemberi rahmat yang paling baik." (QS. Al Mu’minun: 115-118)

 
merenung kembali. muhasabah diri. mencari erti sebuah kehidupan.

what is the purpose of life?
being 27. what have i done with my age?
aku melihat orang-orang hebat di sekeliling aku. terasa kerdil diri ni.

lalu aku bertanya pada diri, apa harus aku lakukan untuk jadi hebat seperti mereka.

apa harus aku lakukan untuk menyumbang kebaikan dan manfaat kepada masyarakat dan agama.

aku percaya, Allah masih pinjamkan usia ini untuk aku bukan sekadar sia-sia. usia yang Allah pinjamkan adalah peluang untuk digunakan sebaiknya, setiap saat.. setiap detik dengan melakukan sebanyak mana kebaikan, mencari redha Allah, mencari bekal sebanyak mungkin untuk menuju ke negeri akhirat yang abadi.

sementara ada waktu, beramallah. berbekallah.. sebab nanti bila kita dipanggil menghadap Ilahi.. tak akan ada peluang untuk beramal dan berbekal lagi..

Ya Allah.. guide me to the right path. I need You in my life. dalam setiap derap langkahku, dalam setiap hembusan nafasku, dalam setiap denyut nadiku..

Thursday, October 17, 2013

Orang Hebat.

Pernah tiba-tiba aku terasa tidak berguna.
Rasa down.
Rasa tak contribute apa-apa pun dalam kehidupan, di tempat kerja, terhadap masyarakat, kepada agama.

Mungkin, kalau boleh dikata. sedikit sumbangan aku kepada keluarga. tapi sebanyak mana? Cukupke?

Aku dah puas bersenang lenang. Aku bersyukur dengan nikmat kesenangan yang Allah telah beri. bersyukur dengan rezeki Allah bagi. Bersyukur dengan segala kecukupan.

Namun, manusia sering terlalai dengan dua nikmat ini. Nikmat masa senang dan nikmat kesihatan.

Dan, tibalah pada satu hari, usai solat, aku berdoa menadah tangan pada Tuhan dan aku menangis..

Ya Allah, aku bersyukur dengan segala nikmat yang telah Engkau berikan. NikmatMu terlalu banyak, yang kalau nak kuhitung satu persatu tak akan mampu untuk aku hitung.

Ya Allah, izinkan aku menjadi pekerjaMu. menjadi daieMu. Izinkan aku menjadi hambaMu yang berjuang untuk agama ini. aku takut kalau aku mnghadapMu satu hari nanti dengan tidak membawa apa-apa. Di saat itu, Kau persoalkan, apa sumbangan aku kepada agama.. aku takut aku tak mampu untuk menjawabnya..

Ya Allah.. izinkan aku berada dalam jalanMu. jalan orang-orang yang mencintaiMu. Pertemukan aku dengan jiwa-jiwa yang bertemu keranaMu, berukhwah keranaMu dan berpisah keranaMu. Bantulah kami untuk membantu agama ini.. walau dengan sekecil2 kecil usaha sekalipun..

Moga Kau terima..

nak jadi orang hebat. Tapi ilmu tak banyak. ilmu dunia sekelumit cuma. Ilmu akhirat setitis saja. Nak jadi orang hebat, kena ada ilmu. Sekarang, orang berlumba-lumba untuk menyambung pelajaran, dah ada diploma, sambung degree, kemudian master, kemudian PHD. barulah boleh dikatakan hebat. barulah orang hormat. barulah orang kagum.

tapi.. apakah semua itu akan menjamin kita nampak hebat?

Sebenarnya nak jadi orang hebat ni senang je. Kena berdamping dengan kawan-kawan yang hebat, guru yang hebat, bahan bacaan yang hebat.

InsyaAllah, kehebatan akan muncul dalam diri kita.



kehendak manusia ni tak akan pernah puas. andai diberi satu gunung emas, dia akan mncari dua, tiga, empat gunung emas lagi.

bersyukurlah.



ingatlah firman Allah,

"LAIN SYAKARTUM LA-ADZII DANNAKUM WALAIN KAFARTUM INNA AZABI LASYADIID"

Dan (ingatlah), tatkala Tuhanmu mema`lumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti
Kami akan menambah (ni`mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni`mat-Ku), maka
sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".

Thursday, March 21, 2013

Hukum Memberi Salam antara Lelaki & Perempuan

Soalan:

Assalamualaikum... wrt. Saya ingin bertanya berkenaan memberi salam atau senyum kepada perempuan/lelaki. Apa yang banyak berlaku, mereka tidak bertegur sapa/memberi salam malah ada yang mengelakkan diri dari bertembung kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Hendak beri salam pun tidak kena dan hendak senyum pun tidak kena kerana takut dianggap terlebih dalam pergaulan atau menimbulkan salah faham. Saya pernah terjumpa hadith yang mengatakan Rasulullah saw memberikan salam kepada wanita-wanita semasa di pasar (tidak pasti di mana). Jadi apakah ini membolehkan kita memberi salam atau senyum kepada kaum yang berlainan jenis?

Jawab:

Memang banyak ulamak yang berfahaman begini dan menyebarkan kefahaman bahawa wanita adalah sumber segala kejahatan; dengan sebab Hawalah maka Adam digelincirkan daripada syurga dan senyuman dan pandangan wanita adalah panah-panah iblis yang meruntuhkan iman para lelaki.

Kesemua pandangan ini adalah tertolak dan bercanggah dengan ruh Al Qur'an dan assunah. Dalil-dalil, nas dan hujah mereka dalam hal ini adalah lemah dan mereka telah tersalah dalam memahami maksud sebenar hadis-hadis yang memberi amaran tentang bahaya dan fitnah wanita. Wanita yang dicela ialah wanita yang menjadi agen penggoda lelaki, atau wanita yang membenarkan dirinya dieksploit dan mengeksploit kaum lelaki dengan batang tubuhnya.

Manakala wanita yang beriman dan beramal soleh adalah pembantu kaum lelaki dan pergaulan serta percampuran mereka adalah tidak dicela oleh syara' jika mereka menjaga adab dan susila yang telah ditetapkan.

Ijma' fuqaha' berpendapat muka dan dua tapak tangan wanita adalah bukan aurat. Begitu juga suara wanita juga bukan aurat. Fuqaha' juga telah ijma' bahawa wanita boleh keluar rumah untuk urusan ilmu, pekerjaaan, politik dan pentadbiran negara, dakwah dan jihad termasuk perang sabil (Qardhawi, fatwa mu'asirat). Ini bermakna wanita akan bermu'amalat dengan lelaki semasa di tempat ilmu, pusat pengajian tinggi, di gedung-gedung dan pejabat serta di pasar-pasar, begitu juga sama-sama membuat sumbangan dalam dakwah dan jihad.

Oleh kerana mukanya bukan aurat, suaranya bukan aurat dan wanita juga harus keluar rumah, bermakna hukum memberi salam, bertegur sapa dan senyum persahabatan dan perkenalan juga meliputi kaum wanita. Tidak ada satu nas dari Al-Qur'an dan AsSunah yang melarang secara qat'iy misalnya, jangan engkau memberi salam kepada wanita; atau jangan engkau bertegur sapa dengan wanita; atau jangan engkau memandang wanita, atau jangan engkau memberi senyum kepada wanita. Jika ada larangan khusus, ia ditujukan kepada ummahatul mukminin (isteri Nabi saw) memandangkan mereka adalah first ladies bagi ummat.

Oleh kerana tiada nas yang khusus melarang, bermakna hukum memberi salam, senyuman dan bercampur-gaul dalam batas yang ma'aruf adalah tidak ditegah. Yang ditegah ialah bila ia berlebihan dan didorong oleh hawa nafsu.