Siapa yang tak ade facebook?
Anyone?..
Anyone?..
Aku. (Sendiri tanya sendiri jawab.)
Ape? tak ade? Kau hidup dalam hutan mana ni? Kau hidup dalam gua kah? Kau spesies orang zaman Paleolitik gamaknya.
Tak. aku normal.
Aku hidup dalam zaman millenium. 2013. Aku tinggal menetap di Putrajaya. Aku bekerja di Kementerian .......... (terpaksa dirahsiakan)
Aku takde facebook, aku ok.
Kau biar betul takde facebook.
Baiklah. Mari kita berbicara secara jujur. Heart to heart.
Aku ade lah facebook. Tapi aku dah tak aktifkan lagi. At least by now.
Kenapa?
Sebab aku menghargai kehidupan privacy aku. (Bajet retis hape?)
Wei. Artis mana yang hidup dia privacy? Kalau nak privacy, tak payah jadi artis. Jadi macam aku ni. Tak dikenali. Heaven gila. Privacy ooh.
I start used facebook in 2009. Pada awal-awalnya aku agak hot jugaklah. Dalam masa sebulan- dua bulan aku dah berjaya menjana hampir 500 orang kawan. Ada yang aku kenal, ada yang tidak. Tapi apa aku kisah, semakin ramai kawan dalam fb semakin rasa popular. Dulu. Memang aku gila glamour juga. Sikitlah.
Dan, ya aku juga seperti kalian, gemar post status yang kadang-kadang entah apa-apa. bila buka balik tengok posting fb zaman-zaman awal dulu rasa malu pun ada. like 'hatiku tidak tenang' and after that berderet-deret lah feedback dari yang aku kenal dan tidak kenal. status like 'hmmmm' pun berderet-deret orang nak komen entahlah aku pun tak tau kenapa. Manusia ni tidak ada kerja yang bermanfaat agaknya. Forgive me for stolen your time untuk perkara yang langsung tidak berilmiah. in this world and hereafter.
As the time goes by, aku matang seiring usia. Meniti jatuh bangun kehidupan dan perhubungan. Dalam perjalanan yang panjang. Sehingga akhirnya aku decide untuk tidak lagi mahu terlibat dgn facebook. I dont think fb is necessary to me anymore. i have nothing to show off to public. Buka fb seakan dosa bagi aku. apa yang aku tulis ini tidak terpakai untuk semua orang. hanya untuk aku. Sebab aku tau kondisi hati ini bagaimana.
Aku tak lagi menayang gambar kiut miut. Tiada lagi mesej-mesej mengorat dari lelaki-lelaki. Tiada lagi mesej 'awak ni cute lah, awak ni cantiklah, nak kenal boleh.. dsbgnya..
i have prohibited myself from fb. its no harm. At all
Kenapa?
Tarbiyah telah banyak menyedarkan aku.
Untuk aku yang imannya masih lemah, hati masih belum kental, aku ambil keputusan drastik untuk leaving facebook. aku tak larat nak filter-filter, nak delete nak block lelaki-lelaki yang aku dah accept jadi kawan. aku malas nak berperang dengan rasa bersalah setiap kali gambar aku ada di laman sosial dan kemudian ada komen-komen yang buat hati berbunga-bunga. Nampak macam seronok, tapi tenangkah hati?
Tanyalah fatwa pada hati. Dosa itu adalah sesuatu yang menggelisahkan hatimu. Walaupun cuba kau tutup dan berpura-pura, namun bisikan hati tak dapat dibohongi.
bukanlah facebook itu bawa keburukan. kalau kita pandai guna, seribu satu manfaat boleh kita dapat. boleh guna sebagai medan dakwah dan tarbiyah. namun untuk aku, aku memilih untuk pause sebentar. atau tak perlu langsung.
aku takde fb, aku ok.