Monday, February 24, 2014

TTT__________TTT

Setulus hati, aku mohon padaMu Ya Allah,...

Penuhkan cinta dalam hati ini hanya untukMu

Penuhkan seluruh penggantungan dan pengharapanku hanya padaMu

Bantulah aku mengigatiMu lebih dari segala sesuatu...


Kalau aku hilang cinta manusia, itu masih tak apa apa..
Tapi kalau aku hilang cinta dan kasih sayangMu..

Ke mana lagi hendak kutuju...


Ilahi,...

Jangan biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walau dalam sekelip mata atau dalam kadar yang lebih pendek dari itu...

Wednesday, February 19, 2014

Carta 11 Amalan Terbalik di Malaysia

 
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

 
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datangmembaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
 
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
 
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allahbaik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidak kah ini suatu perbuatan yang terbalik.
 
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
 
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
 
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
 
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain. ??
 
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapatbaca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
 
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
 
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri ituberhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.
 
11. Kita cukup teruja untuk forward kan sms atau emel dalam bentuk jokes, gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....


Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)
 
source/credit to:

Thursday, February 13, 2014

Jealousy

Cemburu.
 
Orang cantik pun kadang-kadang boleh rasa cemburu tengok orang cantik. Kita melihat orang, orang melihat kita. Kita sama sekali tidak tahu apa yang ada dalam hati orang yang kita tengok. Mungkin dia cantik, tapi adakah dia bahagia? Mungkin dia ada suami, tapi apakah suami dia benar-benar baik? Mungkin dia ada anak-anak, tapi apakah anak-anak dia menjadi anak-anak yang menyenangkan? Mungkin dia kaya, tapi apakah harta kekayaan itu mampu membeli segala punca ketenangan jiwa?
 
We have no idea about others. Kita hidup dalam story line masing-masing. Kita ada skrip cerita masing-masing. Iaitulah namanya takdir, created by Allah s.w.t. Ikhlaslah hati menerima jalan takdir masing-masing, jangan nak sibuk-sibuk tengok orang lain. Tengok diri sendiri, perbetulkan diri sendiri. Bergaullah dengan alim ulama dan orang-orang yang mendekatkan diri kepada Allah. Bila hati bersih, kita tak akan ada masa nak ada rasa cemburu kepada orang lain tanpa sebab yang kukuh.
 
Hiduplah dengan apa adanya. Siapa kita nak mengharap yang sempurna. Nabi Muhammad s.a.w pun diuji dengan pelbagai mehnah dan  ujian. Apakah Allah tidak sayang baginda? Bahkan! Baginda adalah kekasih Allah. Tapi kerana Allah itu Maha Tahu segala-galaNya. Diuji hambaNya yang Dia kasihi untuk menaikkan darjat dan martabat di sisiNya.

Jangan buang masa dengan cemburu dengan perkara yang sia-sia. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil kepada hamba-hambaNya. Cuma, hambaNya saja yang selalu menzalimi diri sendiri.

La Ila Ha Illa Anta Subhanakainni Kuntuminazzalimin..
 

Wednesday, February 12, 2014

Kuasa Tahajud

Kau percaya kuasa tahajud tak?
 
Aku percaya.
 
It happens to me. Indirectly.
 
Sejak Ramadhan baru ni, aku cuba untuk istiqamah tahajud. Tiap-tiap malam. Tapi ada jugaklah miss. It was not always perfect actually. Adakala malas, adakala mengantuk, adakala penat. Khusyuk tak khusyuk tak usah tanyalah, but i just do it. Sebab by that time aku betul-betul berhajatkan sesuatu, aku betul-betul nak kan itu. Aku betul-betul berharap. Aku berdoa siang dan malam untuk itu.
 
Dalam fasa pengharapan dan penantian, kau tau tak betapa indahnya perasaan itu? Ianya sangat indah. Damn beautiful. Rasa macam sesuatu yang suprise Allah nak bagi. Kita tak tahu kita akan dapat atau tidak. it's just 'yes' or 'no' dari Tuhan. Natijahnya aku harus redha dengan apa jua jawapan yang akan aku terima selepas itu.
 
Ketika itu aku sering bertanya pada diri sendiri; kelak, aku dapat jawapan, apakah aku akan dapat terus istiqamah dalam tahajud dan qiamulail ini? Aku mula meragui niat dan keikhlasanku. Aku declare aku cintakan Allah. Apakah aku cintakan Dia kerana aku perlukanNya atau apakah aku perlukan Dia sebab aku cintakanNya?
 
Beberapa lama kemudian, Allah memberi jawapan atas permohonanku ini. Yes, it's a long waiting. Jawapannya aku tidak dapat. Kecewa, memang aku kecewa. Menangis, memang aku menangis. But like I said before, I have no choice. Kena redha. Kena terima. Even pahit. Even perit. Kenalah. Nak kata apa lagi.
 
Apa yang menjadi persoalan aku terjawab. Sebenarnya bukan keputusan dari Tuhan itu yang terlalu penting, yang lebih penting, persoalan yang bermain di minda aku selama ni. Apakah aku akan terus istiqamah?
 
Alhamdulillah, walau tak dapat apa yang aku inginkan, aku masih dapat mengekalkan amalan yang menjadi asbab untuk aku mendapatkannya. Tapi dengan sebab lain. Bukan sebab aku mahukan output itu, tapi sebab aku memang perlu untuk meneruskan amalan itu.  Aku jadi pasti bahawa Tahajud dan qiamulail aku bukan kerana berkepentingan lain, bukan kerana aku mengharapkan sesuatu, tapi keranaNya semata-mata. Dulu, mungkin ya, sebab aku mengharapkan sesuatu itu. Tapi bila aku tak dapat, aku teruskan juga. Sebab yang aku pasti sebab aku dah terbiasa.  Kalau tak buat, rasa rugi. Kalau tak buat, rasa tak lengkap hari. Kalau tak buat, rasa menyesal sangat-sangat. Sebabnya? For months. Benda yang berat akan jadi mudah. Betullah kata ustaz ustazah, kalau kita istiqamah dalam 40 hari, kita akan InsyaAllah, mampu mengekalkannya.

Nah, sekarang cumanya bila tidak dapat apa yang aku doakan, aku tidak mengharap lagi akan itu. Aku cuma berdoa untuk dibukakan jalan kebaikan, berdoa mendapat redha, petunjuk dan dikekalkan hidayah. Berdoa untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Berdoa agar Allah sudi memberikan keampunan, rahmat dan kasih sayangNya.
 
Aku terasa mendapat diri yang baru. Bila nak buat kejahatan, nak berfikir atau berburuk sangka, aku cepat-cepat istighfar. Ingatkan diri. Bukan merasa diri terlalu mulia, namun aku ingat kata-kata ini, kemuliaan seorang mukmin itu adalah pada tahajudnya. Mustahil seorang yang bangun tahajud pada malamnya, merintih-rintih merayu-rayu pada  Tuhan agar diampunkan dosa, ditunjukkan jalan kebaikan, diberi redha dan dikurniakan syurgaNya tergamak pada siangnya menjadi lupa diri, sewenang-wenangnya melakukan dosa dan maksiat. Mustahil seorang yang bibirnya basah dengan zikrullah tergamak mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.

Kata Ustaz Pahrol, kalau kita tidak dapat apa yang kita inginkan, bahagialah dengan apa yang kita tak dapat itu.

Kerana itu, harus faham tujuan dan erti hidup sebagai hamba. Allah mendatangkan kita rasa berkehendakkan kepada sesuatu adalah sebagai asbab untuk kita dekatkan diri kepadaNya. Kerana dua keadaan yang boleh menyebabkan kita dekat dengan Allah adalah ketika diuji dan menngharap.

Hebatnya kuasa tahajud.   Sungguh!.
 

Wednesday, February 5, 2014

Renungan

Kata Buya Hamka, wanita yang baik itu ibarat mentari yang ditunggu-tunggu kemunculannya di pagi hari.

Bertuahlah siapa yang menjadi dan yang memiliki..

Don't Tell Them You Are Muslim

Semalam, dalam perjalanan dari pejabat pulang ke rumah sambil dengar radio IKIM dalam kereta, ada bicara dengan saudara Firdaus Wong, mualaf yang juga penulis blog Reverted Muslim. Sebab hanya di hujung-hujung siaran baru sempat dengar, tak banyak yang dapat saya petik balik di sini tapi saya tertarik dengan kata-kata dia;
 
'Don't tell them you are Muslim.
Show them you are Muslim'
 
Ada orang, bukan main kereta di belakang tertampal sticker 'I am Muslim', sticker-sticker  Islamic and so on. Tapi pemandunya tidak menggambarkan ianya Muslim. Yang baik. Yang bersih. Selamba-selamba buang sampah dari dalam kereta. Selamba-selamba tidak mengikut peraturan dan melanggar undang-undang jalan raya. Mungkin, kalau ada pemandu lain buat silap, selamba-selamba dia hon dan memaki.
 
Itukah Muslim? Islam itu kan indah dan bersih. Tunjukkan kita Muslim dengan akhlak yang baik. Yang baik. Yang mulia. Yang sopan santun. Ikutlah contoh dan peribadi Rasulullah s.a.w. Sometimes its more than enough.


p/s: anda yang Muslim, bila kali terakhir hantar kereta ke carwash? jangan biarkan kereta kotor bertompok-tompok. buat malu je (peringatan untuk diri sendiri sebenarnya heheh)