Wednesday, February 12, 2014

Kuasa Tahajud

Kau percaya kuasa tahajud tak?
 
Aku percaya.
 
It happens to me. Indirectly.
 
Sejak Ramadhan baru ni, aku cuba untuk istiqamah tahajud. Tiap-tiap malam. Tapi ada jugaklah miss. It was not always perfect actually. Adakala malas, adakala mengantuk, adakala penat. Khusyuk tak khusyuk tak usah tanyalah, but i just do it. Sebab by that time aku betul-betul berhajatkan sesuatu, aku betul-betul nak kan itu. Aku betul-betul berharap. Aku berdoa siang dan malam untuk itu.
 
Dalam fasa pengharapan dan penantian, kau tau tak betapa indahnya perasaan itu? Ianya sangat indah. Damn beautiful. Rasa macam sesuatu yang suprise Allah nak bagi. Kita tak tahu kita akan dapat atau tidak. it's just 'yes' or 'no' dari Tuhan. Natijahnya aku harus redha dengan apa jua jawapan yang akan aku terima selepas itu.
 
Ketika itu aku sering bertanya pada diri sendiri; kelak, aku dapat jawapan, apakah aku akan dapat terus istiqamah dalam tahajud dan qiamulail ini? Aku mula meragui niat dan keikhlasanku. Aku declare aku cintakan Allah. Apakah aku cintakan Dia kerana aku perlukanNya atau apakah aku perlukan Dia sebab aku cintakanNya?
 
Beberapa lama kemudian, Allah memberi jawapan atas permohonanku ini. Yes, it's a long waiting. Jawapannya aku tidak dapat. Kecewa, memang aku kecewa. Menangis, memang aku menangis. But like I said before, I have no choice. Kena redha. Kena terima. Even pahit. Even perit. Kenalah. Nak kata apa lagi.
 
Apa yang menjadi persoalan aku terjawab. Sebenarnya bukan keputusan dari Tuhan itu yang terlalu penting, yang lebih penting, persoalan yang bermain di minda aku selama ni. Apakah aku akan terus istiqamah?
 
Alhamdulillah, walau tak dapat apa yang aku inginkan, aku masih dapat mengekalkan amalan yang menjadi asbab untuk aku mendapatkannya. Tapi dengan sebab lain. Bukan sebab aku mahukan output itu, tapi sebab aku memang perlu untuk meneruskan amalan itu.  Aku jadi pasti bahawa Tahajud dan qiamulail aku bukan kerana berkepentingan lain, bukan kerana aku mengharapkan sesuatu, tapi keranaNya semata-mata. Dulu, mungkin ya, sebab aku mengharapkan sesuatu itu. Tapi bila aku tak dapat, aku teruskan juga. Sebab yang aku pasti sebab aku dah terbiasa.  Kalau tak buat, rasa rugi. Kalau tak buat, rasa tak lengkap hari. Kalau tak buat, rasa menyesal sangat-sangat. Sebabnya? For months. Benda yang berat akan jadi mudah. Betullah kata ustaz ustazah, kalau kita istiqamah dalam 40 hari, kita akan InsyaAllah, mampu mengekalkannya.

Nah, sekarang cumanya bila tidak dapat apa yang aku doakan, aku tidak mengharap lagi akan itu. Aku cuma berdoa untuk dibukakan jalan kebaikan, berdoa mendapat redha, petunjuk dan dikekalkan hidayah. Berdoa untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Berdoa agar Allah sudi memberikan keampunan, rahmat dan kasih sayangNya.
 
Aku terasa mendapat diri yang baru. Bila nak buat kejahatan, nak berfikir atau berburuk sangka, aku cepat-cepat istighfar. Ingatkan diri. Bukan merasa diri terlalu mulia, namun aku ingat kata-kata ini, kemuliaan seorang mukmin itu adalah pada tahajudnya. Mustahil seorang yang bangun tahajud pada malamnya, merintih-rintih merayu-rayu pada  Tuhan agar diampunkan dosa, ditunjukkan jalan kebaikan, diberi redha dan dikurniakan syurgaNya tergamak pada siangnya menjadi lupa diri, sewenang-wenangnya melakukan dosa dan maksiat. Mustahil seorang yang bibirnya basah dengan zikrullah tergamak mengeluarkan kata-kata yang tidak baik.

Kata Ustaz Pahrol, kalau kita tidak dapat apa yang kita inginkan, bahagialah dengan apa yang kita tak dapat itu.

Kerana itu, harus faham tujuan dan erti hidup sebagai hamba. Allah mendatangkan kita rasa berkehendakkan kepada sesuatu adalah sebagai asbab untuk kita dekatkan diri kepadaNya. Kerana dua keadaan yang boleh menyebabkan kita dekat dengan Allah adalah ketika diuji dan menngharap.

Hebatnya kuasa tahajud.   Sungguh!.
 

No comments:

Post a Comment