Sunday, April 20, 2014

Surah At Taubah Sangat Ohsem I Tell You

Malam tadi. Usai menseterika baju sambil menonton rancangan 30 minit bersama Ustaz Don di Tv Al Hijrah, masuk bilik. Santai-santai sebelum tido. Oh, indahnya hidup bujang eh tetiba. Nak tido malam masih muda tak remajalah tido awal (hoy?). Lalu aku lepak atas katil sambil membuka majalah Solusi dengan harapan dapat menambah ilmu semuka dua. Ah, beratnya nak habiskan 1 muka. Berkali-kali aku ulang baca ayat yang sama. Kenapa entah sekarang ni rasa susah sangat nak habiskan baca majalah ni. Dulu-dulu rasanya ok je. Mungkin sebab banyak gangguan anasir luar. Mungkin banyak maksiat pada hati T___T tu susah sangat ilmu baru nak masuk.

Aku tutup majalah Solusi. Aku pasang mp3. Pilih-pilih surah secara random. Mari kita tadabbur Al Quran nak? Mari. Mari..

Presenting,.. Surah At Taubah, qari: Mishaari Rasyid

Bara'atum minallahi wa rasulihi illallazi.....


 
16: Adakah kamu menyangka, bahawa kamu akan dibiarkan (dalam keadaan kamu yang ada itu), padahal belum lagi terbukti kepada Allah (sebagaimana yang diketahuiNya) orang-orang ynag berjihad antara kamu dan yang tidak mengambil teman-teman rapat (untuk mencurahkan rahsia kepada mereka), selain daripada Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman? Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan.

20: (Sesungguhnya) orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan lebih tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang yang hanya memberi minum orang yang mengerjakan haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang yang berjaya.

24: Katakanlah (Wahai Muhammad), "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan kaum keluarga kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai LEBIH DARIPADA ALLAH DAN RASULNYA dan (daripada) BERJIHAD UNTUK AGAMANYA, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azabNya); kerana Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasiq (derhaka).

Tik. Tik. Eh anda dengar tak bunyi apa itu? Siapa yang potong bawang banyak sangat ni???
(sorry if u familiar with this sentences. yes ayat IG ler teww)

 

No comments:

Post a Comment