Penerbit: Transform Publication
Sunday, December 28, 2014
Tangisan Umat
Penerbit: Transform Publication
Friday, December 26, 2014
Allah is my CEO
Ada empat jenis golongan yang berbicara;
-bila dia jumpa orang, dia berbicara tentang orang.
Itu mengumpat namanya.
-bila dia jumpa orang, dia berbicara tentang dirinya.
Itu takabbur
-bila dia berjumpa orang, dia berbicara tentang Allah.
Itu dakwah.
-adapun golongan keempat, bila dia dengan Allah, dia berbicara tentang dirinya.
Itulah dia hamba yang berdoa.
Lalu di mana kita dalam antara keempat empat golongan itu?
Thursday, December 11, 2014
Punch card
Hari ni aku terlambat keluar ke pejabat. 7.40pagi baru terhegeh hegeh masuk kereta hidup enjin baca doa apa semua. Syukurlah sekarang cuti sekolah, jalan tak sesak sangat.
Tapi mengejar kurang 20 minit ini sungguh mendebarkan. Walau estimate perjalanan kalau traffic bergerak lancar dari rumah ke pejabat hanya kurang lebih 15minit. Kalau traffic lancar. Kalau tidak..
Jadilah macam hari ni.
Macam macam yang menjadikan aku lambat. Tak dapat mencelah untuk tukar lorong, ada annoying driver yg berhenti di tengah jalan yang akhirnya memaksa aku melakukan tindakan annoying juga iaitu membunyikan hon dan menunggu sambil menyumpah-nyumpah sopan dalam hati kecil sambil tengok jam di tangan..
Masuk parking tak jumpa parking yang strategik. Dah pusing naik pula parking satu lagi.
Ok siap parking. Berlari aku naik pejabat. Tak dan nak capai beg. Yang penting nak punch card. Begitu sekali berkejaran. Beberapa orang juga kelihatan kelam kabut seperti aku di waktu waktu genting begini.
Sampai lif nampak ada lif baru sedang nak tutup. Kelamkabut masuk. Ish..rushing begini. . Kan ke penat tu amazing race pagi pagi macamni. Cuba kalau datang awal.. bukankah lebih tenang?
Sampai punch card. 8 tepat. Cepat-cepat masuk card dengan harapan sempat sebelum tukar 8 seminit.
Teet... bunyi jam serentak dengan kad aku masuk.
Alaa... tak sempat!..
Padanlah dengan muka!
Itulah. Orang lambat selalu rugi.
Makanya terpaksalah aku dapatkan tandatangan bos atas kelewatan ini.
Refleksi.
Kita berkira sungguh dengan punch card. Setiap hari berkejar nak sampai pejabat ikut waktu yang ditetapkan. Kalau 8, 8 lah.. kalau 9, sebelum pukul 9 kena ada di pejabat.
Begitu disiplin kita. Kerana ikut peraturan pejabat. Kalau lambat boleh jadi bos marah. Boleh jadi akan dapat surat amaran. Boleh jadi akan menjejaskan gaji. Sebab tu kita betul betul berhati hati. Jaga masa. Taknak lewat.
Tapi..kenapa kita tak berdisiplin macam tu bila solat?
Padahal yang menetapkan itu adalah Allah pemilik sekelian alam. Yang memberi kita rezeki adalah Dia. Pemilik dan Raja segala Raja. Dia yang memberikan rezeki pekerjaan, memberikan kita kenderaan yang baik untuk sampai ke pejabat dan pulang ke rumah, memberikan kita makan, pakai, tempat tinggal.. keluarga..dan segala galanya..
Kita risau lambat punch card. Tapi kenapa kita langsung tak rasa bersalah kalau terlambat solat? Atau lebih malang lagi kalau langsung tak solat!
Kita rushing berkejaran supaya taknak punch card merah, tapi kenapa kita tak berkejaran begitu untuk menyahut seruan Allah?
Allahu..
Cuba kalau Allah bayar cash setiap kali kita lambat solat. Kalau Dia nak, Dia boleh serta merta hukum atau tarik nikmat hambanNya setiap kali hambaNya buat dosa. Tapi Allah tak kejam. Dia sentiasa bagi peluang kepada hambaNya utk kembali dan bertaubat. Tidak Dia hukum serta merta. Walau sebanyak mana maksiat yang dilakukan oleh anak Adam itu. Allah Yang Maha Baik, pemilik segala nikmat yang diberikan kepada hambaNya, walau hambanNya menderhaka kepadaNya, dengan sifat rahmat dan kasih sayangNya, tidak Dia tarik nikmat yang diberikan kepada hambaNya.
Ya Allah. . Baiknya Engkau.
Cuma kami yang tak mengerti.
Cuma kami yang tak pandai menghargai.
Cuma kami yang tidak tahu bersyukur.
Wahai Allah. .
Ampunkan kami..