Sunday, December 28, 2014

Tangisan Umat

Pengarang: Ebit Lew
Penerbit: Transform Publication
Tulisan Ustaz Ebit Lew yang mengajak pembaca merenung dan memikirkan tentang permasalahan umat. Tangisan seringkali dikaitkan dengan kelemahan, tiada upaya, kesedihan dan keburukan. Namun hakikat sebenar tangisan kepada perkara yang hak dan bukan kepada perkara yang sia-sia adalah tanda kekuatan hati yang masih hidup dan sedia untuk dilunakkan.
Hari ini, mungkin ada antara kita yang menangis kerana kecundang dalam peperiksaan, gagal dalam perniagaan,  masalah keluarga, diuji dengan musibah dan sebagainya.  Namun berapa ramai antara kita yang menangis kerana takutkan Allah,  rindukan Rasulullah,  atau ketika mengenangkan nasib diri dan keluarga di akhirat kelak..
Buat pencinta ilmu yang merasai telah lama tidak menangis, buku ini boleh dijadikan suntikan kepada hati. Insya Allah tangisan ketika membaca buku ini adalah tangisan yang diredhaiNya dan tidak sia-sia.

No comments:

Post a Comment