Suatu hari saya berbual dengan Puan K.
Puan K bercerita tentang kebaikan suaminya.
Apa yang keluar dari mulutnya kedengaran jujur dan ikhlas betapa dia bersyukur punya suami yang baik. Yang senang diajak ke mana-mana. Yang menjadi bukan sekadar suami tapi kawan baik. Yang bersama-sama melayari kehidupan rumahtangga yang bahagia hingga ke usia tua.
Bukan semua wanita bertuah punya suami yang baik.
Termasuk wanita yang cantik sekalipun, tetap juga ada yang tidak bahagia. Ada yang berkahwin kemudian cerai kemudian kahwin lagi kemudian cerai lagi dan sebagainya.
Puan K mungkin tidak secantik artis2 dan model terkenal tapi saya percaya dia lebih bahagia daripada sesetengah wanita yang lebih cantik yang lain.
Kalau sahaja bahagia dan cinta itu eksklusif hanya untuk yang cantik sahaja, pastu itu silap.
Kerana terlalu banyak contoh yang boleh dilihat di depan mata dan di sekeliling kita.
Seorang yang tidak cantik tetap ada jodohnya.
Seorang yang gemuk tetap bahagia mengelek anak kecilnya sambil bergelak ketawa.
Seorang yang berkulit hitam dan kusam masih punya suami yang menyayanginya.
Mereka bahagia dan cukup dengan apa yang dimiliki.
sedangkan, wanita yang cantik belum tentu bahagia. bukan semua tapi pasti saja ada. tidak sedikit yang merana hatinya.cantik itu anugerah tapi boleh jadi ujian dan fitnah. bukan sedikit kes melibatkan kecurangan, ego yang tinggi sehingga berlakunya penceraian. dan bukan sedikit mereka yang akhirnya tidak berpasangan kerana terlalu cantik sehingga takut untuk didampingi.
Apa yang saya pandang di sekeliling cukup untuk menyedarkan diri betapa Allah itu Maha Adil kepada hamba hambaNya. Kurang di situ, lebih di sini. Bukanlah semua tapi tetap ada.
No comments:
Post a Comment