1. Bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya taqwa itu perhiasan bagi semua pekerjaanmu. Hendaklah engkau membaca al Quran dan berzikir mengingati Allah. Jika kamu berzikir mengingati Allah, sesungguhnya itu adalah zikir (sebutan) namamu di langit & cahaya untukmu di bumi.
2. Hendaklah engkau panjang diamnya, kecuali berkata yang baik. Sesungguhnya diam itu menghalau syaitan daripadamu dan diam itu menolong kamu mengerjakan pekerjaan agamamu.
3. Jangan terlalu banyak ketawa kerana ketawa itu boleh mematikan hati dan menghilangkan cahaya wajahmu.
4. Mujahadah melawan hawa nafsu kerana itu adalah kewalian umatku.
5. Cintai orang miskin, duduk bersama mereka kerana pada hari kiamat, mereka mempunyai darjat yang besar.
6. Pandanglah orang di bawahmu, bukan di atas; itu lebih wajar agar kamu tidak meremehkan nikmat yang Allah berikan kepada kamu.
7. Bersilaturrahimlah dengan kerabatmu, dan berkatalah yang haq, meski kebenaran itu pahit.
8. Tiada akal yang lebih baik daripada tadbir dan tiada warak yang lebik baik daripada menahan diri dari menyakiti orang lain.
~hadis musalsal mahabbbah
No comments:
Post a Comment