Mungkin telah tiba waktunya utk aku belajar apa itu REDHA.
Ya. Memang perit. Tapi jika itu takdirnya aku harus redha.
Afterall Allah kan tahu apa yang terbaik utk kita?
Dalam hidup, kita sering terluka.
Dan asbab terluka ini selalunya berpunca dari orang yang rapat, orang-orang kita sayang.
Boleh jadi pasangan, kawan kawan, keluarga. .
Pendek katanya manusia sendiri yang melukakan hati manusia.
Bukan haiwan.. bukan pokok.. bunga alam ini.
Tapi manusia itu sendiri.
Semakin banyak mengenali manusia dengan pelbagai ragam.
Yang menjadi ujian kepada hati.
Ujian disakiti, ujian rasa cemburu, ujian rasa dengki dan sebagainya.
Mungkin lumrah manusia ni. Yg tak pernah menghargai dan kurang rasa syukur.
Ya amat sikit manusia yg tahu bersyukur.
Di kala bersendiri ingin ramai.
Di kala ramai ingin bersendiri.
Namun.pasti ada di kalangan itu mereka yg benar2 faham.redha.. dan bersyukur dgn setiap takdir yg diaturkan Tuhan kpdNya.
Kala bersendiri dia bersyukur. Kerana di situ ada ruangan utk dia menghamparkan segenap rasa cinta, masa perhatian utk ibadah kpd Rabbnya.
Kala dia dlm ramai, masih juga bersyukur kerana hati masih mengingati Tuhannya, dan keramaian itu mnjadi asbab utk dia lebih dekat kpd penciptanya.
Rasulullah s.a.w bersabda; 'Ajaib sungguh keadaan org mukmin, sesungguhnya setiap urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kpd org yg beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah dia bersyukur. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya' (riwayat Muslim).
No comments:
Post a Comment