Kitab Sahih al Bukhari
-disusun oleh Imam Muhammad bin Ismail (194H-256H)
-nama asalnya al Jami', namun ianya lebih dikenali dengan nama Sahih al Bukhari kerana menghimpunkan hadis berstatus sahih sahaja.
-hadis dalam Sahih al Bukhari disusun mengikut tema hadis dan dinamakan "kitab".
-dikatakan kitab paling sahih selepas al Quran.
-Imam al Bukhari mengambil masa 16 tahun menyusun kitab ini yang merupakan hadis-hadis sahih terpilih dari 600,000 hadis yang dihafal oleh beliau.
-namun begitu masih terdapat hadis sahih lain yang tidak terdapat dalam Sahih al Bukhari.
Pengenalan Imam Al Bukhari
-merupakan anak yatim. bapanya warak setelah Islam meskipun datuknya tidak beragama Islam.
-pada umur 16 beliau mengikut ibunya mengerjakan haji. Kemudian beliau membuat keputusan untuk terus tinggal di situ untuk belajar. Di situ bermula perjalanan menimba ilmunya di mekah.
-mempunyai daya hafalan yang tinggi sehingga dikatakan beliau tidak perlu menyalin pelajaran melainkan hanya mengigati dan boleh mengulangi secara tepat.
-pernah suatu ketika di Baghdad, beliau diuji oleh 10 ahli hadis dengan diajukan 100 hadis yang sengaja diputarbelitkan. Apa yang mengagumkan Imam Bukhari boleh mengulang kembali secara tepat malah membetulkan lagi hadis yang kurang tepat.
-Diceritakan Imam Bukhari pernah bermimpi seolah2 Rasullah berada di hadapannya dan beliau memegang kipas untuk menjaganya. mimpi tersebut ditakwilkan yang Imam Bukhari akan menepis kebohongan terhadap hadis2 Rasullah.
-Mimpi ini yang menyebabkan beliau melahirkan kitab Sahih Bukhari.
Kitab Sahih Muslim
-disusun oleh Imam Muslim bin al Hajjaj al Naisaburi
-menghimpunkan hadis-hadis sahih berkaitan sebahagian besar topik tentang Islam .
-mengandungi sekitar 4000 hadis yang tidak berulang.
-keseluruhan hadis termasuk pengulangan sebanyak 7275 hadis.
Pengenalan Imam Muslim
-Murid kepada Imam Bukhari.
-mula belajar hadis ketika berusia 15 tahun.
-dianugerahkan ketajaman fikiran dan hafalan.
-tawadhuk dan warak dalam ilmu
-jumlah hadis yang ditulis dalam Sahih Muslim diambil dan disaring dari sekitar 300000 hadis.
-Imam Muslim merupakan orang ke 2 terbaik dalam ilmu hadis setelah Imam Bukhari.
Kelas Pengantar Ilmu Takhrij
Dr irwan (FPQS, USIM 29.7.17)
No comments:
Post a Comment