Thursday, March 29, 2018

Seorang bernama Fatimah.

Sepeninggalan Rasulullah saw dan Saidina Ali Karamallahuwajhah ke luar kawasan, Fatimah telah menempah anting-anting, gelang emas dan langsir yang agak mahal. Tujuannya hanya untuk berhias hias sendiri, fitrah seorang perempuan yang sukakan kecantikan dan perhiasan.

Baginda Nabi saw, ketika pulang ke rumah Fatimah, terpancar ketidaksenangan pada wajahnya apabila melihat Fatimah dengan perhiasan-perhiasan tersebut. Namun baginda tidak menyatakan secara terang terangan. Pada diri baginda terdiri prinsip yang baginda tidak mahu puterinya bermewah dengan dunia dan lebih menonjol dari wanita-wanits lain.

Fatimah memahami ketidaksenangan ayahandanya itu, lantas Fatimah menanggalkan perhiasan emas yang dipakainya dan menurunkan langsirnya dan diserahkan kepada seorang pembantu dan kepada pembantu itu dia berpesan;

"Katakan kepada Rasulullah bahawa puterimu Fatimah az Zahra mengirim perhiasan2 ini untuk dijadikan hadiah di jalan Allah".

Terpancar gembira pada wajah Rasullah setelah mendapat pengkhabaran itu.

Kata Nabi,

"Dunia bukan untuk Muhammad dan bukan untuk ahli keluarga Muhammad. Andaikata dunia itu bernilai sehelai sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberikan setitis airpun kepada org yang mensyirikkan Allah".

Sunday, March 4, 2018

Cara Cara Mendapatkan Doa Yang Mustajab

Kuliah Dhuha di Surau An Nur pagi ini, penceramahnya Ustaz Muhamad Fahmi Rusli dari JAKIM. Tajuk yang beliau bawa adalah tentang DOA.

Cara cara mendapatkan doa yang mustajab.

Secara asasnya, setiap doa kita yang baik pasti dimakbulkan oleh Allah. Dalilnya ada dalam surah Al Ghafir ayat 60:

Surah Ghafir Ayat 60:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ

Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina. {40:60}

Itu adalah jaminan Allah kepada hamba hambaNya. maka, bila Allah dah jamin, kenapa kita mesti ragu ragu akan ijabahnya doa?

Namun begitu, perlu diambilkira beberapa adab dalam berdoa, ini bukan syarat wajib untuk memastikan doa dimakbulkan, namun begitu adab kita sebagai hamba yang meminta kepada Allah, Raja segala Raja,  adab meminta kepada yang Maha Kaya perlu dilihat dan diperhalusi bagaimana. Sungguh, Allah tidak berhajatkan kepada kita melainkan kitalah yang berhajat segala2nya dari Dia.

Antara adab berdoa adalah:
1. Puji Allah dengan pujian yang begitu banyak, dengan kebesaranNya, dengan sifat2 keagunganNya dan lafazkan syukur terlebih dahulu. Kalimah syukur dan puji pujian ini ada dalam surah al Fatihah ayat pertama hingga lima.  

Dalam beberapa ayat dalam surah as Syuara dirakamkan doa Nabi Ibrahim tatkala baginda meminta kepada Allah, didahulukan dengan puji pujian kepada Allah terlebih dahulu;

Surah Asy-Syu'araa  Ayat 78:

الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ

“Tuhan yang menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku; {26:78}

Surah Asy-Syu'araa  Ayat 79:

وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ

“Dan Tuhan yang Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum, {26:79}

Surah Asy-Syu'araa  Ayat 80:

وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ

“Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku; {26:80}

Surah Asy-Syu'araa  Ayat 81:

وَالَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحْيِينِ

“Dan (Dia lah) yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku; {26:81}

Surah Asy-Syu'araa  Ayat 82:

وَالَّذِي أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ

“Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat; {26:82}

Setelah memuji Allah dengan lafaz lafaz tersebut seterusnya, Nabi Ibrahim melanjutkan doanya berbunyi begini;

Surah Asy-Syu'araa  Ayat 83:

رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

“Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh; {26:83}

Surah Asy-Syu'araa  Ayat 84:

وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ

“Dan jadikanlah bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian; {26:84}

Surah Asy-Syu'araa  Ayat 85:

وَاجْعَلْنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ

“Dan jadikanlah daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim; {26:85}

Surah Asy-Syu'araa  Ayat 86:

وَاغْفِرْ لِأَبِي إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ

“Dan ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang sesat; {26:86}

Surah Asy-Syu'araa  Ayat 87:

وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ

“Dan janganlah engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula - {26:87}

Apa yang Nabi Ibrahim minta daripada Allah?
I. hikmah kebijaksanaan dan dimasukkan dalam golongan orang soleh.
ii. lidah yang benar dalam menyampaikan dakwah untuk generasi kemudian
iii. dimasukkan dalam golongan yang mewarisi syurga Naim
iv.diampunkan bapanya
v.tidak dihinakan di hari kebangkitan.

Dalam kelima lima doa tersebut, semuanya dimakbulkan Allah kecuali doa baginda meminta supaya bapanya diampunkan. Sesungguhnya perihal hidayah itu adalah milik  Allah dan Dia berhak memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

2. Berdoa dengan penuh yakin akan dimustajabkan

Berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Kerana Allah tidak akan mengabulkan doa dari hambaNya yang lalai dalam doanya.

Jangan berdoa, 'Ya Allah, berikan aku ... sekiranya Engkau mahu' kerana ianya menggambarkan ketidakseriusan dalam apa yang diminta.

Fahami apa yang dibaca dan diminta.

3.Memperbanyakkan doa dalam keadaan takut dan berharap (khauf wa roja') dan sentiasa bersegera dalam melakukan kebaikan/kebajikan.

4. Berdoa di waktu yang tepat

Antara usaha yang boleh dilakukan agar doa kita dikabulkan adalah dengan memanfaatkan waktu waktu tertentu yang dijanjikan Allah sebagai waktu waktu mustajab doa, dengan izinNya. antara waktu tersebut adalah;

I. Ketika sahur atau sepertiga malam. Firman Allah dalam surah adz Zariyat ayat 18  Ayat 18:

وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). {51:18}

Sepertiga malam terakhir adalah waktu yang penuh berkah. Dalam satu hadis dicatatkan ;

Rabb mu turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir setiap malam, kemudian berfirman;

Orang yang berdoa kepadaku akan Aku kabulkan, orang yang meminta kepadaKu akan aku berikan, orang yang meminta ampun kepadaKu akan aku ampunkan. [HR Bukhari &, Muslim].

Justeru itu, manfaatkanlah waktu yang berkah ini dengan memperbanyakkan berdoa memohon keampunan dan hajat kita kepada Allah.

ii. Ketika sedang sujud dalam solat.
Ramai yang beranggapan sekiranya hanya  sujud terakhir, namun pada hakikatnya pada setiap sujud. Sabda Nabi s.a.w;

'Seorang hamba berada paling dekat dengan Rabb nya ialah ketika ia sedang sujud. Maka perbanyakkan berdoa ketika itu'. [HR Muslim]

iii. Di antara azan dan iqomah.
Sela waktu antara selepas azan dan sebelum iqomah adalah waktu yang sangat mustajab untuk berdoa. Sayanngnya ada antara kita yang tidak memanfaatkan waktu tersebut. Pada ketika ini masih sibuk ambil wudhuk, atau baru sampai di masjid dan mencari cari parking atau mungkin lebih malang lagi sekiranya masih terleka di kaca tv atau sedang menikmati hidangan makanan atau tenggelam dalam pelbagai urusan duniawi.  Ibarat 'happy hour', seharusnya kita memanfaatkan tawaran Allah ini  sebaik2nya pada waktu tersebut.  Siap siaga berwudhuk sebelum azan, dengan siap berpakaian solat. Sejurus seusai azan bacalah doa sesudah azan, berselawat ke atas Nabi dan berdoalah dengan doa2 yang indah seperti

'Robbi habli minash sholihin'
(Surah As-Saaffat  Ayat 100):

رَبِّ هَبْ لِي مِنَ الصَّالِحِينَ

” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” {37:100}

'Roobij'alni muqimasholati wa min dzurriyati, robbana wa toqabbal du'a'..
(Surah Ibrahim  Ayat 40:)

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. {14:40}

Banyak lagi waktu2 mustajab doa yang lainnya seperti ketika sedang berbuka puasa, ketika wukuf di Arafah, pada hari Jumaat, ketika hujan turun, sebelum memberi salam dalam solat wajib dan sebagainya. Ayuh, manfaatkan waktu2 tersebut!

Belajar dari ibrah kisah Nabi2  Allah.

Nabi Ayub, Nabi Yunus dan Nabi Zakaria  antara Nabi2 Allah yang diuji dan berhajat kepada bantuan Allah. Nabi Ayub diuji dengan penyakit kulit sehingga isteri dan anak2 meninggalkannya, dalam Surah Al-Anbiyaa' Ayat 83:

۞ وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani”. {21:83}

Nabi Yunus pula, kisahnya ada dirakamkan dalam al Quran Surah Al-Anbiyaa' Ayat 87:

وَذَا النُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَىٰ فِي الظُّلُمَاتِ أَن لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. {21:87}

Begitu juga kisah Nabi Zakaria, dalam Surah Al-Anbiyaa' Ayat 89:

وَزَكَرِيَّا إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْدًا وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ

Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”. {21:89}

Lihatlah, mereka semua Nabi2 Allah yang turut diuji dan mereka berdoa dan Allah kabulkan doa mereka.

Persoalannya, apakah Allah kabulkan doa mereka kerana status mereka sebagai  Nabi, atau sebab lain?

Sekiranya doa mereka itu mustajab kerana mereka itu Nabi, pasti itu tidak adil untuk orang biasa seperti kita.

Kerana itu Allah dengan sifat ar Rahman dan ar Rahim menjamin makbulnya doa itu terbuka kepada sesiapa sahaja hambaNya. Berita baik bukan?  Tapi ada lagi tambahan,  terbuka kepada sesiapa sahaja hambaNya yang Dia inginkan.

Maknanya walaupun ianya terbuka kepada semua hambaNya tapi tetap juga atas  kehendak Allah juga.

Surah Asy-Syuraa  Ayat 19:

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَن يَشَاءُ ۖ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ

Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. {42:19}

Kesimpulannya, tugas kita sebagai hamba yang berhajat kepadaNya, berusaha dan berdoa lah sebaiknya dalam rangka adab sebagai hamba yg selayak2nya.

dan kemudian bertawakal lah kepada Allah.

Selebihnya itu, serahkan kepada Allah untuk urusan selanjutnya. Makbul atau tidak pasti ada hikmah di sebaliknya. Harus percaya, setiap doa yang baik itu pasti Allah akan perkenankan, tidak di dunia, di syurga nanti, In shaa Allah. Dan sekiranya tidak diperkenankan doa itu, pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah ingin menjauhkan dari mudarat yang lebih besar. Kerana sungguh Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.

Wallahu'alam bissowab.