Sepeninggalan Rasulullah saw dan Saidina Ali Karamallahuwajhah ke luar kawasan, Fatimah telah menempah anting-anting, gelang emas dan langsir yang agak mahal. Tujuannya hanya untuk berhias hias sendiri, fitrah seorang perempuan yang sukakan kecantikan dan perhiasan.
Baginda Nabi saw, ketika pulang ke rumah Fatimah, terpancar ketidaksenangan pada wajahnya apabila melihat Fatimah dengan perhiasan-perhiasan tersebut. Namun baginda tidak menyatakan secara terang terangan. Pada diri baginda terdiri prinsip yang baginda tidak mahu puterinya bermewah dengan dunia dan lebih menonjol dari wanita-wanits lain.
Fatimah memahami ketidaksenangan ayahandanya itu, lantas Fatimah menanggalkan perhiasan emas yang dipakainya dan menurunkan langsirnya dan diserahkan kepada seorang pembantu dan kepada pembantu itu dia berpesan;
"Katakan kepada Rasulullah bahawa puterimu Fatimah az Zahra mengirim perhiasan2 ini untuk dijadikan hadiah di jalan Allah".
Terpancar gembira pada wajah Rasullah setelah mendapat pengkhabaran itu.
Kata Nabi,
"Dunia bukan untuk Muhammad dan bukan untuk ahli keluarga Muhammad. Andaikata dunia itu bernilai sehelai sayap nyamuk, nescaya Allah tidak akan memberikan setitis airpun kepada org yang mensyirikkan Allah".
No comments:
Post a Comment