Bahan-bahan:
Spagetti
Bawang holland
bawang putih
tomato
Carrot
sos spagetti kimball (kite pakai yang kimball)
(gini haa...)
daging kisar jenama Ramlee
chicken meatball.
1. Tumis bawang putih + bawang holland yg dipotong dadu/dikisar sampai kekuningan dan naik bau.
2. goreng daging kisar sampai hampir garing.
3.Masukkan sos spagetti kimball + air secukupnya, tambah sedikit garam, tomato dan carrot yg dipotong dadu dan chicken meatball. biar sampai menggelegak.
4. rebus spagetti.
Siap. Memang simple. Setakat nak makan sendiri boleh lah kot ^____^
(eh, mana gambar spagetti nye? gambar sos je kau letak? buat ke tak ni?)
Saturday, December 15, 2012
Friday, December 14, 2012
Monolog
Salam Jumaat saiyyidul ayyam. salam mahabbah dari pencari cinta Allah.
Kau mengaku kau cintakan Allah, tapi apa buktinya?
Diam. tak terkata apa-apa. Terasa hinanya aku di sisiMu Tuhan... T__T.
aku sering berdoa agar diketemukan dengan orang yang baik-baik, diberikan sahabat yang baik-baik. yang mendekatkan aku kepada Tuhan, yang meningatkan aku saat aku lupa dan kealpaan..namun sehingga kini aku masih lagi.. mencari.. masih lagi ketawa-ketawa bersama-sama orang yang lalai.. tidak saling mengigatkan, malah pula mengikut orang-orang itu yang kutahu keimananku membenci, namun nafsu memujuk..tidak mengapa, hidup ini harus dinikmati..
(Sesungguhnya aku mencintai orang soleh, padahal aku bukan daripada kalangan mereka. Harapanku agar aku mendapat syafaat apabila bersama mereka nanti. Dan aku membenci mereka yang melakukan maksiat apdahal aku sendiri mungkin sebahagian daripada golongan mereka. ~dipetik dari syair oleh Imam al Syafie-fiqh al ibadat)
betapa lemahnya iman ini. bila bersendiri pandai pula mencari Tuhan.merayu, menangis, muhasabah diri sendiri menginsafi dosa dan khilaf. tapi bila dalam ramai aku lupa diri, lupa Tuhan, lupa dosa pahala. Sedangkan bukan aku tak tahu, bukan aku tak belajar agama. bukanlah aku ini terlalu jahil utk tidak bisa membezakan yang mana satu pahala yang mana satu dosa. dosa itu, apabila terdetak di hati rasa tidak enak, tidak tenang, tidak senang bila diketahui orang.. maka itulah ia. Tak usah ragu lagi. Tak usah cari seribu satu alasan untuk menafikannya lagi.
Aku masih mencari.. mencari diri sendiri yang hilang. Aku harus memperbetulkan kekhilafan. aku punya tanggungjawab yang harus aku lunaskan kepada keluarga, kepada agama dan kepada masyarakat. dan yang terutamanya kepada diri dan kepada pencipta diri ini.. ini tugas aku sebagai khalifah di bumi Allah.. bukan tujuan kita diciptakan di dunia ini sekadar utk bergelaktawa bersenang lenang, mengenyangkan perut masing-masing sahaja. perlu sedar tanggungjawab sebenar, tidak lain kita diciptakan untuk beribadah kepadaNya.. untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.
Aku masih mencari.. mencari diri sendiri yang hilang. Aku harus memperbetulkan kekhilafan. aku punya tanggungjawab yang harus aku lunaskan kepada keluarga, kepada agama dan kepada masyarakat. dan yang terutamanya kepada diri dan kepada pencipta diri ini.. ini tugas aku sebagai khalifah di bumi Allah.. bukan tujuan kita diciptakan di dunia ini sekadar utk bergelaktawa bersenang lenang, mengenyangkan perut masing-masing sahaja. perlu sedar tanggungjawab sebenar, tidak lain kita diciptakan untuk beribadah kepadaNya.. untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.
Ya, tanggungjawab yang berat.yang tak kutahu bagaimana untuk kupikul sendiri.tak mungkin bisa. kerana itu aku perlukan tangan-tangan yang mampu membantu aku keluar menuju ke jalan cahayaNya.
Dunia ini indah. tapi ianya fana. ianya tak kekal abadi. tidak berbaloi menjual akhirat dengan membeli dunia yang sementara. tidak berbaloi mengorbankan kebahagiaan akhirat semata-mata kerana keseronokan dunia yang terlalu sedikit... sedikit cuma..
Ya Allah, bimbinglah aku ke jalanMu.. bantulah aku dlm hijrah ini..
Saturday, December 1, 2012
Panduan Memohon visa USA
Mengikut pendapat sesetengah orang, menguruskan visa USA ni paling complicated. Tapi sebenarnya tidaklah sangat. Cuma perlu lebih teliti dan sabar.
Untuk panduan (ringkas) kepada sesiapa yang first time nya nak apply visa USA;
1. pergi ke website http://malaysiausembassy/
2. klik kepada 'visas - choose non immigrant visas'(yang aku cerita ni adalah permohonan visa bukan imigrant- biasa untuk pelancongan, perniagaan, pelajar, pekerja sementara, etc..)
3. klik www.ustraveldocs.com/my. isi borang DS-160. jangan lupa upload gambar anda yang hensem/ jelita mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
4. isi semua maklumat. boleh save untuk edit sebelum hantar. tapi pastikan print id untuk retrieve balik.
5. pergi kemana-mana cawangan Standard Chartered berhampiran dan buat bayaran mengikut kelas visa yang dipohon. sebelum itu, penting untuk print deposit slip yang menerangkan kelas visa yang ingin dibayar. bawa bersama keterangan deposit slip yang dicetak bersama dgn passport dan kad pengenalan serta wang untuk tujuan pembayaran. simpan resit bayaran untuk rujukan semasa membuat permohonan untuk interview.
6.set appointment untuk interview di http://ustraveldocs.com/my.
7.then pergi lah interview di embassy ikut jadual yang telah ditetapkan. semoga berjaya!..
Subscribe to:
Posts (Atom)