Friday, December 14, 2012

Monolog

Salam Jumaat saiyyidul ayyam. salam mahabbah dari pencari cinta Allah. 

 Kau mengaku kau cintakan Allah, tapi apa buktinya? 

Diam. tak terkata apa-apa. Terasa hinanya aku di sisiMu Tuhan... T__T.

aku sering berdoa agar diketemukan dengan orang yang baik-baik, diberikan sahabat yang baik-baik. yang mendekatkan aku kepada Tuhan, yang meningatkan aku saat aku lupa dan kealpaan..namun sehingga kini aku masih lagi.. mencari.. masih lagi ketawa-ketawa bersama-sama orang yang lalai.. tidak saling mengigatkan, malah pula mengikut orang-orang itu yang kutahu keimananku membenci, namun nafsu memujuk..tidak mengapa, hidup ini harus dinikmati.. 


(Sesungguhnya aku mencintai orang soleh, padahal aku bukan daripada kalangan mereka. Harapanku agar aku mendapat syafaat apabila bersama mereka nanti. Dan aku membenci mereka yang melakukan maksiat apdahal aku sendiri mungkin sebahagian daripada golongan mereka. ~dipetik dari syair oleh Imam al Syafie-fiqh al ibadat)


betapa lemahnya iman ini. bila bersendiri pandai pula mencari Tuhan.merayu, menangis, muhasabah diri sendiri menginsafi dosa dan khilaf. tapi bila dalam ramai aku lupa diri, lupa Tuhan, lupa dosa pahala. Sedangkan bukan aku tak tahu, bukan aku tak belajar agama. bukanlah aku ini terlalu jahil utk tidak bisa membezakan yang mana satu pahala yang mana satu dosa. dosa itu, apabila terdetak di hati rasa tidak enak, tidak tenang, tidak senang bila diketahui orang.. maka itulah ia. Tak usah ragu lagi. Tak usah cari seribu satu alasan untuk menafikannya lagi.


Aku masih mencari.. mencari diri sendiri yang hilang. Aku harus memperbetulkan kekhilafan. aku punya tanggungjawab yang harus aku lunaskan kepada keluarga, kepada agama dan kepada masyarakat. dan yang terutamanya kepada diri dan kepada pencipta diri ini.. ini tugas aku sebagai khalifah di bumi Allah.. bukan tujuan kita diciptakan di dunia ini sekadar utk bergelaktawa bersenang lenang, mengenyangkan perut masing-masing sahaja. perlu sedar tanggungjawab sebenar, tidak lain kita diciptakan untuk beribadah kepadaNya.. untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi. 

 Ya, tanggungjawab yang berat.yang tak kutahu bagaimana untuk kupikul sendiri.tak mungkin bisa. kerana itu aku perlukan tangan-tangan yang mampu membantu aku keluar menuju ke jalan cahayaNya. 

 Dunia ini indah. tapi ianya fana. ianya tak kekal abadi. tidak berbaloi menjual akhirat dengan membeli dunia yang sementara. tidak berbaloi mengorbankan kebahagiaan akhirat semata-mata kerana keseronokan dunia yang terlalu sedikit... sedikit cuma.. Ya Allah, bimbinglah aku ke jalanMu.. bantulah aku dlm hijrah ini..


No comments:

Post a Comment