Saturday, December 1, 2012

Panduan Memohon visa USA

Mengikut pendapat sesetengah orang, menguruskan visa USA ni paling complicated. Tapi sebenarnya tidaklah sangat. Cuma perlu lebih teliti dan sabar. Untuk panduan (ringkas) kepada sesiapa yang first time nya nak apply visa USA; 

 1. pergi ke website http://malaysiausembassy/ 

 2. klik kepada 'visas - choose non immigrant visas'(yang aku cerita ni adalah permohonan visa bukan imigrant- biasa untuk pelancongan, perniagaan, pelajar, pekerja sementara, etc..) 

 3. klik www.ustraveldocs.com/my. isi borang DS-160. jangan lupa upload gambar anda yang hensem/ jelita  mengikut spesifikasi yang ditetapkan. 

 4. isi semua maklumat. boleh save untuk edit sebelum hantar. tapi pastikan print id untuk retrieve balik. 

 5. pergi kemana-mana cawangan Standard Chartered berhampiran dan buat bayaran mengikut kelas visa yang dipohon. sebelum itu, penting untuk print deposit slip yang menerangkan kelas visa yang ingin dibayar. bawa bersama keterangan deposit slip yang dicetak bersama dgn passport dan kad pengenalan serta wang untuk tujuan pembayaran. simpan resit bayaran untuk rujukan semasa membuat permohonan untuk interview. 

 6.set appointment untuk interview di http://ustraveldocs.com/my. 

 7.then pergi lah interview di embassy ikut jadual yang telah ditetapkan. semoga berjaya!..

No comments:

Post a Comment