Saturday, April 22, 2017

To be ponder

Dikisahkan bahawa seorang guru yang alim berjalan-jalan bersama salah seorang anak muridnya, menyusuri ladang.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang. Kasut itu dipercayai milik lelaki fakir yang bekerja di salah sebuah ladang yang berdekatan, yang akan selesai bekerja sebentar lagi dan datang untuk mengambil kasutnya.

Lalu berkatalah murid itu kepada gurunya:
"Apa pendapat tuan jika kita usik tukang kebun ini dengan menyembunyikan kasutnya? Ketika dia datang untuk memakainya, dia tidak menemukannya. Mari kita lihat bagaimana reaksinya!”

Guru yang alim dan mulia itu menjawab:
"Anakku, tidak patut kita berseronok dengan kesedihan orang lain. Wahai anakku, kamu seorang yang kaya, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk dirimu dan si fakir itu dengan memasukkan beberapa keping wang ke dalam kasutnya dan kamu bersembunyi supaya dapat menyaksikan bagaimana kesannya kepada pekerja itu."

Murid itu terpegun dengan usulan gurunya, dan dia pun meletakkan beberapa keping wang ke dalam kasut pekerja itu. Kemudian dia dan gurunya bersembunyi di sebalik pepohonan  untuk melihat respon pekerja yang fakir itu. 

Selang beberapa minit, datanglah pekerja yang fakir dengan berpakaian usang selepas menyelesaikan pekerjaannya di kebun tersebut untuk mengambil kasutnya. 

Ketika dia memasukkan kakinya ke dalam kasut, dia terkejut kerana merasa ada sesuatu di dalamnya. Ketika dia mengeluarkan benda tersebut, dia mendapati ada kepingan wang!!
Dia melakukan perkara yang sama kepada kasut yang sebelah lagi, dan dia menemukan ada wang juga.
Dia menatap wang itu berulang kali, untuk memastikan dia bukan bermimpi …
Kemudian dia melihat ke setiap arah, namun tiada sesiapa pun di sekelilingnya!!!

Diletaknya wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut seraya memandang ke langit sambil menangis dan kemudian dia berteriak dengan suara yang tinggi, bermunajat kepada Tuhannya:
“Aku bersyukur kepada-Mu, wahai Tuhanku. Wahai yang mengetahui bahawa isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum mendapatkan roti. Engkau telah menyelamatkan aku dan anak-anakku daripada kebinasaan.”
Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terkesan dengan apa yang dilihat. Air matanya berlinangan...

Guru yang mulia terus bersuara:
“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia daripada jika kamu melakukan usulan pertama kamu untuk menyembunyikan kasut itu?”

Murid itu menjawab,
“Sesungguhnya tuan telah mengajar saya satu pelajaran yang tidak akan mungkin saya lupakan seumur hidup saya. Sekarang saya baru faham makna kalimah yang dulu belum saya fahami sepanjang hidup saya:
*“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak daripada kamu mengambil”.*

Gurunya pun berkata kepadanya:
"Sekarang ketahuilah wahai anakku bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• *Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas, adalah suatu pemberian.*

• *Mendoakan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.*

• *Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.*

• *Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian.*

Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku!

Wednesday, April 19, 2017

Mari Berehat Dengan Solat

Kehidupan seharian kita masing-masing memang super bizi. Ke hulu ke hilir ke sana ke sini buat itu buat ini. Kadang terasa sangat letih dan lelah. Untungnya kita sebagai Muslim kita ada waktu rehat. Macamana sibuk sekalipun dengan urusan duniawi, kita ada 5 kali sekurang-kurangnya waktu untuk kita tinggalkan kesibukan itu. membawa hati, jasad dan minda kepada mengingati Allah dalam takbir, tahmid dan tasbih, dalam pergerakan yang dinamakan sebagai solat, bermula takbir dan diakhiri dengan salam.

Ala bizikrillahitotmainnul qulub
~Ketahuilah bahawasanya dengan mengigati Allah hati akan menjadi tenang. (Ar Ra'd :28)

Ya. Apa lagi yang lebih menenangkan selain dengan mengigati Allah? Setiap pergerakan dalam solat seperti qiam, rukuk dan sujud serta bacaan-bacaan di dalamnya sungguh indah dan menenangkan jiwa, apatah lagi bila dihayati dan difahami maknanya. Kita berada dalam dimensi kita sebagai yang dicipta menghadap Dia,  Pencipta kita. kita berkomunikasi denganNya. Hanya kita dengan Dia. Kita tinggalkan dunia di belakang sejurus selepas mengangkat takbir, Allahuakbar. Allahuakbar itu sendiri membawa maksud Allah Yang Paling Besar dan selainnya jauh lebih kecil dan tiada yang mampu mengatasinya.

Para sahabat di zaman Nabi dahulu pernah berkata; jika diminta pilih antara syurga dan solat, aku memilih solat kerana syurga itu untuk aku tapi solat itu untuk Allah. Subhanallah lihatlah begitu sekali nilai kecintaan mereka kepada solat. Semoga kita semua merasai kemanisan solat seperti apa yang dirasai oleh mereka.

Ya Allah, jadikan solat itu penyejuk mata hati kami, menenang dan menenteramkan jiwa2 kami..

Thanks for the hijab's evolution

Bermula dari tudung bawal, tudung awning, tudung instant sehingga kepada wide shawl, dengan pelbagai jenis material dan cara pemakaian yang berbeza-beza.. Sebenarnya aku rasa sangat bersyukur dengan trend hijab sekarang ini yang sangat berkembang luas dan diterima baik oleh segenap lapisan masyarakat.

Ketika era tudung bawal standard 45 dulu, ianya dikira telah cukup sopan selagi tidak disilangkan kedua dua hujungnya ke atas bahu. Namun begitu materialnya agak jarang. Alhamdulillah,  ada yang berinisiatif menghasilkan inner neck. Untuk lebih selamat, boleh pakai anak tudung penuh seperti tudung syria saiz kecil sebelum pakai tudung bawal untuk menutup aurat sepenuhnya.

Ketika di zaman awal kemunculan tudung awning satu ketika dulu, tudung-tudung yang dijual di pasaran kebanyakan bersaiz kecil. Alhamdulillah kini semakin ramai peniaga tudung yang memahami konsep patuh syariah. Semakin banyak tudung yang dijual dalam saiz yang besar dan labuh.

Begitu juga dengan selendang. Dahulu, kebanyakan materialnya jenis chiffon yang jarang. Kini semakin banyak material yang lebih tebal, tidak jarang, besar namun tetap juga selesa. Yang penting menutup aurat sempurna.


Dan aku sangat berterima kasih kepada pengusaha pakaian muslimah sekarang yang sangat membantu muslimah untuk berpakaian menutup aurat dengan sempurna, dengan masa yang sama masih lagi mampu kelihatan cantik dan bergaya. 


Siapa kata menutup aurat tu tak cantik?


me. wearing silk scarft from cambodia


Thursday, April 6, 2017

Cantik vs Baik

Kita suka seseorang sebab orang itu baik atau orang itu cantik?

Ya. Semua orang sukakan kecantikan. Ianya fitrah. Masakan tidak, Allah Pencipta kita itu cantik dan sukakan kecantikan.  Namun apakah cantik itu segala-galanya sehingga membelakangkan aspek nilai dan kualiti lain? Sudah tentu tidak.

Pertama kali mengenali seseorang biasanya dari wajah. Dari mata turun ke hati (benarkah?). Tarikan pertama adalah wajah. Ya benar. Namun itu mungkin sedetik waktu cuma. Lama kelamaan setelah mengenali luaran kita akan explore pula kualiti yang lebih kompleks iaitu nilai akhlak dan sikap.

Dan di situlah terletak cantik yang sebenarnya.

Wajah yang cantik itu cuma sifat fizikal. Yang lebih utama adalah yang di dalam itu. Hati.


Sebab tu ada orang kata, Muka tak berapa nak cantik boleh tahan lagi. Wajah itu kurniaan Allah. Semua pun cantik dengan kecantikan yang berbeza beza. 

Muka tak cantik tak ape kalau akhlak cantik.

Tapi kalau perangai tak cantik.. ditambah pulak muka pun tak berapa nak cantik memang mnyakitkan hati.

Kawan kawan yang rapat dan terdekat dengan aku merupakan ujian kepada aku.

Namun Alhamdulillah 'ala kulli hal aku tidak hidup berseorangan di muka bumi ini. aku ada kawan- kawan walaupun adakala perangainya tak berkenan di mata.yes I'm not perfect too. why not?


Kadang kadang rasa fed up dengan manusia-manusia seperti itu. Rasa taknak get long. Taknak ada apa-apa hubungan dan kaitan pun. Tapi, 

Pesan Nabi s.a.w, mukmin yang hidup bergaul dengan orang lain dan sabar menerima sikap buruk mereka, lebih baik dari mukmin yang tidak bergaul dengan orang lain dan tidak bersabar menerima sikap buruk mereka.

Aku tahu ini medan Allah menguji iman dan ketaqwaan aku. Aku dah selalu sangat ditarbiah dengan teori itu dan kini Allah hantar bahan uji kajinya sebagai praktikal.

Bagaimana aku yang telah berusia 31 tahun ini menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumiNya.

Nagaimana aku mnjalankan usaha dakwah dan tarbiah untuk org lain.

Bukan nak baik sorang2 sahaja. Tapi bantu untuk membaikkan manusia2 di sekeliling juga.

Yang belum kenal Islam, bawa supaya kenal Islam.
yang  telah kenal Islam, bawa supaya lebih mencintai Islam.

Bukankah itu yang sering aku doakan?

Tidak lah menganggap diri ini lebih baik dari mereka2 ini namun aku berdoa wujudnya seorang aku di dunia ini sebagai asbab kebaikan kepada ramai manusia.

inshaa Allah..

berikan aku kekuatan ya Allah..

Monday, April 3, 2017

CINTA ALLAH... KEPADA YANG BERTAQWA, KAYA DAN TERSEMBUNYI...

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah itu cinta kepada hamba yang bertaqwa serta kaya dan tersembunyi (yakni sebagai orang yang tidak glamor / masyhur dan tidak dikenali orang kerana ia tidak mempunyai kedudukan)."

(dari Saad bin Abi Waqqas - Riwayat Muslim)

وعن سعد بن أبي وقاص رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم: يقول: “إن الله يحب العبد التقي الغني الخفي” ((رواه مسلم)).
والمراد: بـ “الغني” غني النفس، كما سبق فى الحديث الصحيح

Yang dimaksud dengan kata 'alghani' yakni kaya itu ialah kaya jiwanya- tak semesti kaya harta benda, sebagaimana dijelaskan dalam Hadis shahih berikut ini Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:
لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ "Bukanlah yang dinamakan kaya itu kerana banyaknya harta, tetapi yang dinamakan kaya - yang sebenarnya - ialah kayanyajiwa."Shahih Muslim no1741