Kehidupan seharian kita masing-masing memang super bizi. Ke hulu ke hilir ke sana ke sini buat itu buat ini. Kadang terasa sangat letih dan lelah. Untungnya kita sebagai Muslim kita ada waktu rehat. Macamana sibuk sekalipun dengan urusan duniawi, kita ada 5 kali sekurang-kurangnya waktu untuk kita tinggalkan kesibukan itu. membawa hati, jasad dan minda kepada mengingati Allah dalam takbir, tahmid dan tasbih, dalam pergerakan yang dinamakan sebagai solat, bermula takbir dan diakhiri dengan salam.
Ala bizikrillahitotmainnul qulub
~Ketahuilah bahawasanya dengan mengigati Allah hati akan menjadi tenang. (Ar Ra'd :28)
Ya. Apa lagi yang lebih menenangkan selain dengan mengigati Allah? Setiap pergerakan dalam solat seperti qiam, rukuk dan sujud serta bacaan-bacaan di dalamnya sungguh indah dan menenangkan jiwa, apatah lagi bila dihayati dan difahami maknanya. Kita berada dalam dimensi kita sebagai yang dicipta menghadap Dia, Pencipta kita. kita berkomunikasi denganNya. Hanya kita dengan Dia. Kita tinggalkan dunia di belakang sejurus selepas mengangkat takbir, Allahuakbar. Allahuakbar itu sendiri membawa maksud Allah Yang Paling Besar dan selainnya jauh lebih kecil dan tiada yang mampu mengatasinya.
Para sahabat di zaman Nabi dahulu pernah berkata; jika diminta pilih antara syurga dan solat, aku memilih solat kerana syurga itu untuk aku tapi solat itu untuk Allah. Subhanallah lihatlah begitu sekali nilai kecintaan mereka kepada solat. Semoga kita semua merasai kemanisan solat seperti apa yang dirasai oleh mereka.
Ya Allah, jadikan solat itu penyejuk mata hati kami, menenang dan menenteramkan jiwa2 kami..
No comments:
Post a Comment