Bermula dari tudung bawal, tudung awning, tudung instant sehingga kepada wide shawl, dengan pelbagai jenis material dan cara pemakaian yang berbeza-beza.. Sebenarnya aku rasa sangat bersyukur dengan trend hijab sekarang ini yang sangat berkembang luas dan diterima baik oleh segenap lapisan masyarakat.
Ketika era tudung bawal standard 45 dulu, ianya dikira telah cukup sopan selagi tidak disilangkan kedua dua hujungnya ke atas bahu. Namun begitu materialnya agak jarang. Alhamdulillah, ada yang berinisiatif menghasilkan inner neck. Untuk lebih selamat, boleh pakai anak tudung penuh seperti tudung syria saiz kecil sebelum pakai tudung bawal untuk menutup aurat sepenuhnya.
Ketika di zaman awal kemunculan tudung awning satu ketika dulu, tudung-tudung yang dijual di pasaran kebanyakan bersaiz kecil. Alhamdulillah kini semakin ramai peniaga tudung yang memahami konsep patuh syariah. Semakin banyak tudung yang dijual dalam saiz yang besar dan labuh.
Begitu juga dengan selendang. Dahulu, kebanyakan materialnya jenis chiffon yang jarang. Kini semakin banyak material yang lebih tebal, tidak jarang, besar namun tetap juga selesa. Yang penting menutup aurat sempurna.
Dan aku sangat berterima kasih kepada pengusaha pakaian muslimah sekarang yang sangat membantu muslimah untuk berpakaian menutup aurat dengan sempurna, dengan masa yang sama masih lagi mampu kelihatan cantik dan bergaya.
Siapa kata menutup aurat tu tak cantik?
me. wearing silk scarft from cambodia
No comments:
Post a Comment