Monday, January 27, 2014

Modal 24jam



Assalamulaikum. Selamat Hari Isnin. Hari demi hari renew azam, nak pergi kerja awal, nak kerja dengan amanah, tak mau curi tulang. Tak nak benci orang. Nak buat yang baik-baik je. Nak jadi orang yang disenangi dan disayangi. At least berazam. Walaupun rasa macam 10% je kot yang dapat dicapai. Agak-agak manfaat tak 24 jam ini?
 
Hakikatnya 24 jam ini adalah modal kita.
 
Ibarat, kita pergi shopping kompleks, dah set nak beli apa, dah ada list. Tup-tup kita sampai shopping complex, kita jadi terpesona dengan semua benda. Semua benda kita nak beli. Padahal kita ada budget sekian-sekian je. Kita rambang mata dengan semua. Kita beli apa yang tak ada dalam list, sampai akhirnya kita sedar yang duit kita dah habis. Sampai tak dapat nak beli lagi apa yang kita plan dari awal tadi. Yang sepatutnya kita beli. Sebaliknya, benda lain pulak yang tak de dalam keperluan pun sebenarnya yang kita duk shopping, sebab kita mungkin terpedaya dengan keindahan, kerdipannya.
 
 Mata'ul ghurur. ~dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang orang yang terpedaya. ~ al hadid:57.
 
Ya Allah! Analoginya begitulah hidup kita. Hidup sehari-hari. Ada benda nak kena buat. Ada tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan. Ada amanah yang perlu dipikul. Kita tau, bukan tak tau. Tapi kadang kadang saja buat buat tak tau. Kita diberi modal 24 jam untuk guna sebaik mungkin. Sebagai contoh 9 jam untuk bekerja, 1 jam terkumpul untuk solat 5 waktu, 30 minit membaca al quran, 30 minit wirid dan doa, 30 minit al mathurat pagi dan petang, 30 minit solat-solat sunat, 5 jam tidur, 7 jam lagi dengan lain lain aktiviti-makan, mandi, pergi tandas, dalam kenderaan, aktiviti dengan keluarga dan kawan kawan dan sebagainya. Sungguh pack jadual kan. Ini belum cerita yang masih study. Sebelum tidur, cuba audit dan muhasabah diri balik apa yg kita dah lakukan dengan modal 24 jam yang Tuhan bagi pada hari. Cuba audit balik, dari pagi celik-celik je mata sampailah kita duduk atas katil sekarang ni, siap-siap nak tidur. Agak-agak bila dah recall balik, rasa apa? Rasa tenang.. Atau rasa menyesal?..
 
Adakah kita rasa, kita dah guna modal 24 jam tu sebaik-baiknya, manfaatkan sebaik-baiknya untuk penuhi checklist kita sebagai khalifah Allah, sebagai anak yang berbakti, sebagai pekerja yang amanah, sebagai kawan yang menyenangkan, sebagai jiran yang prihatin, sebagai isteri atau suami yang membahagiakan, dan sebagai ibu/bapa yang benar-benar bertanggungjawab? Telan liur.
 
Atau... Bila audit balik, kita terkedu sendiri. Tak sedar rupanya dengan 24 jam itu kita tak dapat membeli apa-apa pun. Ya Allah.. Tadi dekat ofis aku banyak blogwalking Ya Allah.. Sampai kerja-kerja yang sepatutnya boleh siap hari ni aku tak siapkan. Ampunkan aku Ya Allah. Lunch time tadi aku keluar awal, masuk ofis lambat. Zuhur nak dekat pukul 3. Berapa persen je lah gaji aku berkat hari ni Ya Allah..Balik kerja tadi aku melencong lepak-lepak minum-minum dengan kawan-kawan dulu sampai aku balik rumah lambat. Asar pun di hujung waktu. Ya Allah.. Aku tak sedekah apa pun hari ni. Aku tak buat sesuatu yang bermanfaat untuk agama pun hari ni. Ya Allah.. Ya Allah.. Bagilah aku peluang usia yang panjang lagi untuk tambah kebaikan, tingkatkan amalan. Mungkin ada yg berbisik begini saban hari. Ada kesedaran. Ada rasa khauf dan raja'. Tapi esoknya hari baru muncul lagi seperti biasa, kita juga masih leka macam biasa. Kita rasa umur kita panjang. Kita rasa kematian tak akan datang menjemput kita. Nanti nantilah, ada lagi masa, tua nanti aku buatlah ibadat betul betul. Biasanya itu yang bermain di minda, nak sedapkan hati katakan..
 
Apakah kita ingin jadi mereka menyesal di akhirat kelak? Mereka yang berkata;
 
 ¤Robbana absorna wa sami'na farji'na na'mal solihan inna mu qinun. (Ya Allah, kami telah melihat, kami telah mendengar, maka kembalikan kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami adalah orang yang yakin. -As sajdah:12
 
Tapikan, masa tu tak berguna lagi segala rintihan, rayuan dan penyesalan. Tak ada lagi talian hayat. Mintaklah macamana pun, Allah tak akan kembalikan lagi kehidupan di dunia. Allah menempelak dlm surah Ibrahim ayat 44; tidakkah kamu diberi tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu dulu telah bersumpah,,bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?
 
Rasulullah s.a.w bersabda, amat malang orang yang hari esoknya lebih buruk dari hari ini. Macamana nak jadi lebih baik dari semalam? Kena berazam. Kena berterima kasih dan bersyukur kepada Allah atas nikmat kehidupan. Kena sentiasa memastikan setiap denyut nadi kita, setiap hembusan nafas kita, bermanfaat untuk Islam. Kita semua punya tanggungjawab masing-masing. Tidak Allah jadikan manusia itu sekadar sia sia. Berdoa pada Allah agar dibukakan jalan kebaikan, dilorongkan ke jalan agama, ditambahkan ilmu yang berkat dan bermanfaat dan dijauhkan daripada dosa dan kemungkaran. Berdoalah dengan seribu satu do'a dan berharaplah dengan sebenar benar pengharapan. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar. Dia akan mendorong hambaNya yang berazam untuk memperbaiki amalan.
 
Ya Allah, bantulah kami. Bantulah hamba-hambaMu ini ke jalan kebaikan.
 

Thursday, January 23, 2014

Aku PerlukanMu Kerana Aku MencintaiMu

Menunggu giliran untuk berurusan di Pejabat Imigresen yang memakan masa yang lama. Handphone pula kehabisan bateri. Mujurlah ada majalah Solusi Isu 64 yang saya bawa sekali. Kesian, dah lebih sebulan beli, tapi masih dalam kereta, tak sempat nak baca pun. Saya perasan sibuk, barangkali.
 
Bismillah, saya buka dan mengharap dapat membaca dengan tenang mengisi senggang masa sementara menanti nombor giliran dipanggil.

Muka surat awalnya pena dari editor bertajuk

"Aku PerlukanMu Kerana Aku MencintaiMu".

Saya petik sedikit bicara hikmah dari pena  Ustaz Pahrol;

Amat besar beza antara ungkapan "aku cinta kamu kerana memerlukanMu" dengan "aku perlukan kamu kerana aku mencintaiMu".

Ungkapan kedua lebih murni dan suci sifatnya; cinta yang ikhlas. Begitulah sewajarnya cinta kita kepada Allah. Kita memerlukan Allah kerana kita memang mencintaiNya. Jangan pula mencintaiNya hanya kerana kita memerlukanNya.

Berapa ramai manusia yang ketika dilanda masalah, susah, gagal, terhimpit, miskin atau sakit, merayu dan merintih kepada Allah. Ketika susah dia memperkemaskan ibadah dan akhlak. Panjang doa dan solatnya. Namun sebaik masalah selesai, apa yang dihajati tercapai, dia kembali kufur, lalai dan derhaka.

Ibadah orang sebegini sangat rapuh. Apabila Allah memberi apa yang dipohonnya, dia alpa. Sebaliknya, jika yang diminta tak kunjung tiba dia kecewa, marah dan putus asa.

"Mengapa Tuhan tidak perkenankan doaku?"
"Mengapa setelah lama berbuat baik keadaanku masih begini?"

Dia seakan-akan mendesak, bahkan memaksa dan mengugut Tuhan dalam ibadat dan munajat. Luntur dan gugur segala sifat kehambaannya semasa meminta. Hakikatnya dia ialah peminta yang ego.
(Peminta yang ego? Tidak layak! Sungguh tidak layak!)

Allah berfirman: "Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi bakhil. Apabila ia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kikir." (Surah al Ma'arij 70:19-21)

Jangan, jangan begitu.

Tulisan dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi sebiji-sebiji saya baca dan saya hadam. Dari satu perkataan ke satu perkataan. Saya telan liur. Macam terkena di batang hidung sendiri. Tepat-tepat.

Ya Allah.. Ya Allah..
La ila ha illa anta, Subhanakainni kuntuminazzolimin..

Saya termenung.

Apakah saya juga pernah atau masih lagi atau sedang lagi berciri-ciri begini? Ikhlaskah amalan saya selama ini? Apakah amalan-amalan saya ini ada hidden agenda tersendiri? Apakah penerimaanMu Tuhan? Jujur, saya pernah terdetik di hati, pernah melemparkan persoalan-persoalan tidak sedar diri sebegitu.

Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diri sendiri. Ampunkanlah aku.. ampunkan aku Wahai Tuhan.

 

Wednesday, January 22, 2014

WW ^^v


Nazhar Bukan Sekadar Ta'aruf

Nazhar, Bukan Sekedar Ta’aruf

 
Engkaulah itu minyak atar
Meskipun masih tersimpan
Dalam kuntum yang akan mekar
-Iqbal, Javid Namah-
“Seandainya kami bisa membelikan janggut untuk Qais dengan harta kami”, kata orang-orang Anshar, “Niscaya akan kami lakukan.” Semua sifat dan jiwa kepemimpinan memang ada pada pemuda ini. Nasabnya juga terkemuka lagi mulia. Kecuali, ya itu tadi. Janggut. Salah satu simbol kejantanan dalam kaumnya yang sayangnya tak dimilikinya. Wajahnya licin dan bersih.
Namanya Qais ibn Sa’d ibn ‘Ubadah. Ayahnya, Sa’d ibn ‘Ubadah, pemimpin suku Khazraj di Madinah. Rasulullah menyebut keluarga ini sebagai limpahan kedermawanan. Ketika para muhajirin datang, masing-masing orang Anshar membawa satu atau dua orang yang telah dipersaudarakan dengan mereka ke rumahnya untuk ditanggung kehidupannya. Kecuali Sa’d ibn ‘Ubadah. Dia membawa 80 orang muhajirin ke rumahnya!
Saat masuk Islam, Sa’d ibn ‘Ubadah menyerahkan sang putera kepada Rasulullah. “Inilah khadam anda wahai Nabi Allah”, ujar Sa’d. Tapi menurut Anas ibn Malik, Qais lebih pas disebut ajudan Sang Nabi. Dan air cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga. Dalam pergaulannya di kalangan pemuda, Qais sangat royal seperti bapaknya di kalangan tua-tua. Tak terhitung lagi sedekah dan dermanya. Tak pernah ditagihnya piutang-piutangnya. Tak pernah diambilnya jika orang mengembalikan pinjaman padanya.
Kedermawanan Qais begitu masyhur di kalangan muhajirin hingga menjadi bahan perbincangan. Sampai-sampai suatu hari Abu Bakr Ash Shiddiq dan ‘Umar ibn Al Khaththab berbicara tentangnya dan berujar, “Kalau kita biarkan terus pemuda ini dengan kedermawanannya, bisa-bisa habis licinlah harta orangtuanya!”
Pembicaraan ini sampai juga ke telinga sang ayah, Sa’d ibn ‘Ubadah. Apa komentarnya? Menarik sekali. “Aduhai siapa yang dapat membela diriku terhadap Abu Bakr dan ‘Umar?!”, serunya. “Mereka telah mengajari anakku untuk kikir dengan memperalat namaku!” Mendengarnya para sahabat pun tertawa. Lalu Abu Bakr dan ‘Umar meminta maaf padanya.
Ah, Qais dan Sa’d. Ayah dan anak ini sebaris di jalan cinta para pejuang. Tak ada bedanya.
♥♥♥
Inilah salah satu ciri yang menonjol dari zaman yang mulia itu. Pewarisan karakter yang sangat kental dari para ayah kepada para anak. Seperti dari Sa’d ibn ’Ubadah kepada Qais yang telah kita bicarakan. Di belakang nama orang Arab selalu terderet nama ayah-ayah mereka. Mungkin salah satu hikmahnya adalah identifikasi. Tak cuma identifikasi keturunan siapa. Tapi juga wataknya. Kalau kau ingat bapaknya dulu punya suatu sifat mulia, demikian pula kurang lebih anaknya.
Itulah zaman di mana orangtua benar-benar dituakan oleh anaknya, dan mereka mendapatkan pendidikannya di madrasah yang tanpa libur dan tanpa jeda. Di rumahnya. Tempat di mana mereka belajar bukan hanya dari apa yang terucap, tapi apa yang dilakukan oleh ayah bundanya. Orangtua adalah guru yang sebenar-benarnya. Mereka digugu, ditaati karena integritas di hadapan anak-anaknya. Dan ditiru, karena memang semua perilakunya membanggakan untuk dijadikan identitas.
Maka jadilah masyarakat itu masyarakat yang punya tingkat saling percaya amat tinggi. Kalau kau mau menikahi Hafshah, tak perlu berkenalan dengan Hafshah. Lihatlah saja ’Umar, bapaknya. Nah, Hafshah kurang lebih ya seperti bapaknya. Kalau mau menikah dengan ’Aisyah, tak perlu engkau mengenal ’Aisyah. Coba perhatikan Abu Bakr. Nah, ’Aisyah tak beda jauh dengannya. Maka dalam gelar pun mereka serupa; Abu Bakr dijuluki Ash Shiddiq, dan ’Aisyah sering dipanggil Ash Shiddiqah binti Ash Shiddiq.
Dari sinilah saya berargumen pada sebuah seminar pernikahan yang membuat para pesertanya nyaris tersedak. Ada yang memberi pernyataan, ”Di dalam Islam kan tidak ada pacaran, yang ada ta’aruf.” Kata saya, ”Ta’aruf? Tidak ada dalilnya. Tidak ada asal dan contohnya dari Rasulullah maupun para shahabat. Ini istilah umum yang dipaksakan menjadi istilah khusus pernikahan. Sedihnya lagi, ada yang menyalahgunakannya. Mengganti istilah, dengan hakikat dan isi yang nyaris sama dengan pacaran. Na’udzu billaahi min dzalik.”
Maafkan sekiranya saya berlebihan. Tapi begitulah. Kata ta’aruf artinya ’saling mengenal’ hanya kita temukan dalam Al Quran dalam konteks yang umum.
”Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Al Hujuraat 13)
♥♥♥
Tetapi tentu saja sebuah pernikahan yang dimulai dengan hanya mengandalkan rasa saling percaya di dalam suatu masyarakat menjadi penuh resiko di kelak kemudian hari. Apalagi hari ini, ketika kita mudah oleng, tak teguh berpijak pada wahyu dan nurani. Beberapa halaman lewat, pada tajuk Berkelana dalam Pilihan kita sudah menyimak kisah Habibah binti Sahl yang akhirnya memilih mengajukan pisah dari suaminya, Tsabit ibn Qais. Mengapa? Habibah mengukur kekuatan dirinya yang ia rasa takkan sanggup bersabar atas kondisi suaminya yang menurutnya, ”Paling hitam kulitnya, pendek tubuhnya, dan paling jelek wajahnya.”
Ya, masalahnya adalah Habibah belum pernah melihat calon suaminya itu. Belum pernah. Sama sekali belum pernah. Mereka baru bertemu setelah akad diikatkan oleh walinya. Sebelum berjumpa, dalam diri Habibah muncul harapan sewajarnya akan seorang suami. Dan harapan itu, karena ketidaksiapannya, karena ia belum pernah melihat sebelumnya, menjadi tinggi melangit dan tak tergapai oleh kenyataan. Ia dilanda kekecewaan. Mungkin kisahnya akan lain jika Habibah telah melihat calon suaminya sebelum pernikahan terjadi. Ia punya waktu untuk menimbang. Ia punya waktu untuk bersiap. Ia punya waktu untuk, kata Sang Nabi, ”Menemukan sesuatu yang menarik hati pada dirinya.”
Dalam riwayat Imam Abu Dawud, Jabir ibn ’Abdillah mendengar Rasulullah Shallallaahu ’Alaihi wa Sallam bersabda, ”Jika salah seorang dari kalian hendak meminang seorang perempuan, jika mampu hendaklah ia melihatnya terlebih dahulu untuk menemukan daya tarik yang membawanya menuju pernikahan.” Maka ketika Jabir hendak meminang, ia rahasiakan maksudnya, dan ia melihat kepada wanita Bani Salamah yang hendak dinikahinya. Ia menemukannya. Hal-hal yang menarik hati pada wanita itu, yang mebuatnya memantapkan hati untuk menikahi.
Al Mughirah ibn Syu’bah Radhiyallaahu ’Anhu, sahabat Rasulullah yang masyhur karena kehidupan rumahtangganya yang sering dilanda prahara sejak zaman jahiliah, suatu hari ingin meminang seorang shahabiyah, seorang wanita shalihah. Maka Sang Nabi pun berkata padanya, ”Lihatlah dulu kepadanya, suapaya kehidupan kalian berdua kelak lebih langgeng.”
Subhanallah, inilah pernikahan terakhir Al Mughirah yang lestari hingga akhir hayatnya. Padahal sebelumnya entah berapa puluh wanita yang pernah menemani hari-harinya. Penuh dinamika dalam nikah dan cerai. Itu di antaranya disebabkan ia tak pernah melihat calon isterinya sebelum mereka menikah. Maka dengan menjalani sunnah Sang Nabi, Al Mughirah mendapatkan doa beliau, mendapatkan ikatan hati yang langgeng dan mesra. Demikian disampaikan kepada kita oleh Imam An Nasa’i, Ibnu Majah, dan At Tirmidzi.
Dari mereka kita belajar bahwa syari’at mengajari kita untuk nazhar. Melihat. Melihat untuk menemukan sesuatu yang membuat kita melangkah lebih jauh ke jalan yang diridhai Allah. Melihat untuk menemukan sebuah ketertarikan. Itu saja. Bukan mencari aib. Bukan menyelidiki cela. Bukan mendetailkan data-data. Lihatlah kepadanya. Itu saja. Tentu dengan mestarikan prasangka baik kita kepada Allah, kepada diri, dan kepada sesama.
Di jalan cinta para pejuang, kita melestarikan nilai-nilai nazhar; berbaik sangka kepada Allah, menjaga pandangan dalam batas-batasnya, dan selalu mencari hal yang menarik. Bukan sebaliknya..
Keluarkan Kucing dari Karungnya
jangan kau kira cinta datang
dari keakraban dan pendekatan yang tekun
cinta adalah putera dari kecocokan jiwa
dan jikalau itu tiada
cinta takkan pernah tercipta,
dalam hitungan tahun, bahkan millenia
-Kahlil Gibran-
Jika nazhar telah kita lakukan, sungguh kita telah mengeluarkan kucing dari karungnya. Tak lagi membeli kucing dalam karung. Karena kucing juga tak suka dimasukkan dalam karung. Karena kita juga tak ingin menikah dengan kucing.
Tapi nazhar itu cukuplah sedikit saja.
Adalah Malcolm Gladwell, wartawan The New Yorker yang setelah sukses dengan buku Tipping Point-nya, lalu berkelana penjuru Amerika untuk menulis dan merilis buku barunya, Blink: The Power of Thinking without Thinking. Buku tentang berfikir tanpa berfikir. Buku tentang dua detik pertama yang menentukan. Yang dengan pertimbangan dua detik itu, keputusan yang dihasilkan seringkali jauh lebih baik dari riset yang menjelimet. Dalam bukunya, Gladwell membentangkan puluhan riset yang kuat validitasnya dari berbagai ilmuwan terkemuka untuk menjabarkan tesisnya.
Dua detik pertama mencerap dengan indera itu menentukan. Mahapenting.
Sejalan dengan riset-riset yang dibabarkan Malcolm Gladwell, Kazuo Murakami, ahli genetika peraih Max Planck Award 1990 itu berkisah bahwa para ilmuwan yang begitu tekun belajar untuk menguasai disiplin ilmunya hingga ke taraf ahli, acapkali tak pernah menghasilkan penemuan besar. Justru ilmuwan yang ‘tak banyak tahu’ seringkali menghasilkan dobrakan-dobrakan mengejutkan. Penemuan akbar.
“Mengapa terlalu banyak tahu terkadang menghalangi kita?”, kata Murakami dalam buku The Divine Message of The DNA. “Sebenarnya bukan informasi itu sendiri yang pada dasarnya buruk; tetapi mengetahui lebih banyak daripada orang lain dapat membuai kita untuk mempercayai bahwa keputusan kita lebih baik.”
Padahal seringkali dengan banyaknya informasi membanjir, kemampuan otak kita untuk memilah mana informasi yang berguna dan mana yang tak bermakna menjadi menurun. Otak kita bingung menentukan prioritas. Fakta yang kita anggap penting ternyata sampah. Sebaliknya, hal kecil yang kita remehkan justru bisa jadi adalah kunci dari semuanya. Maka, merujuk pada Gladwell dan Murakami, kita memang tak perlu tahu banyak hal. Cukup mengetahui yang penting saja.
Begitu juga tentang calon isteri, calon suami, calon pasangan kita. Kita tak perlu tahu terlalu banyak. Cukup yang penting saja.
Alkisah, seorang lelaki hendak menikah. Maka satu hal saja yang ia persyaratkan untuk calon isterinya; memiliki tiga kelompok binaan pengajian yang kompak padu. Ketika mereka bertemu untuk nazhar sekaligus merencanakan pinangan, sang wanita berkata, “Maaf, saya tidak bisa memasak.” Ini ujian Allah, batin si lelaki. Bukankah dia hanya meminta yang memiliki binaan pengajian? Mengapa harus mundur, ketika sang calon tak bias memasak?
“Insyaallah di Jogja banyak rumah makan”, begitu jawabnya sambil menundukkan senyum.
“Dan saya juga tidak terbiasa mencuci.”
Kali ini senyumnya ditahan lebih dalam. Kebangetan juga sih. Tapi ia tahu, ini ujian. Maka katanya, “Insyaallah di Jogja banyak laundry.”
Ia, sang lelaki tahu apa yang penting. Kejujuran. Keterbukaan. Itu sudah ditunjukkan oleh sang wanita dengan sangat jelas, sangat ksatria. Ia berani mengakui tak bisa memasak dan tak bisa mencuci. Tanpa diminta. Dua hal yang kadang membuat lelaki rewel. Tetapi dia adalah lelaki yang berupaya selalu memiliki visi dan misi. Maka dia mendapatkan sesuatu yang berharga; seorang wanita yang memiliki tiga kelompok binaan kompak padu. Dan itu sangat berarti bagi visi dan misinya dalam membangun keluarga. Selebihnya, siapa juga yang mencari tukang cuci dan tukang masak? Yang dia cari adalah seorang isteri, bukan kedua macam profesi itu.
Dan tahukah anda? Setelah pernikahan berjalan beberapa waktu, ketika merasa diterima apa adanya oleh suami tercinta, sang isteripun mencoba memasak. Ternyata ia pandai. Hanya selama ini ia tak pernah mencoba. Masakannya lezat, jauh melebihi harapan sederhana sang suami. Begitu juga dalam hal-hal lain. Banyak kejutan yang diterima sang suami. Jauh melebihi harapan-harapannya. Dulu, dia memang tak terlalu banyak tahu tentang calon isterinya. Ia cukup mengetahui yang terpenting saja.
Dua detik itu sangat menentukan. Mungkin karena dalam dua detik itulah ruh saling mengenal. Mereka saling mengirim sandi. Jika sandi dikenali, mereka akan bersepakat, tanpa banyak tanya, tanpa banyak bicara. Karena sesudah itu adalah saatnya bekerja mewujudkan tujuan bersama. Segera. Jangan ditunda-tunda.
“Ruh-ruh itu ibarat prajurit-prajurit yang dibaris-bariskan. Yang saling mengenal diantara mereka pasti akan saling melembut dan menyatu. Yang tidak saling mengenal diantara mereka pasti akan saling berbeda dan berpisah.” (HR Al Bukhari [3336] secara mu’allaq dari ’Aisyah, dan Muslim [2638], dari Abu Hurairah)
Ruh itu seperti tentara. Ada sandi di antara mereka. Jika sandi telah dikenali, tak perlu banyak lagi yang diketahui. Cukup itu saja. Mereka akan bersepakat. Mereka adalah sekawan dan sepihak. Mereka akan bergerak untuk satu tujuan yang diyakini. Jadi apakah yang menjadi sandi di antara para ruh? Iman. Tentu saja. Kadar-kadarnya akan menerbitkan gelombang dalam frekuensi yang sama. Jika tak serupa, jika sandinya tak diterima, ia telah berbeda dan sejak awal tak hendak menyatu.
”Iman”, kata Sayyid Quthb dalam Fii Zhilaalil Quran, ”Adalah persepsi baru terhadap alam, apresiasi baru terhadap keindahan, dan kehidupan di muka bumi, di atas pentas ciptaan Allah, sepanjang malam dan siang. Dan inilah yang diperbuat keimanan. Membuka mata dan hati. Menumbuhkan kepekaan. Menyirai kejelitaan, keserasian, dan kesempurnaan.” Maka biarlah dia yang menjadi ratu penentu, di dua detik pertama nazhar kita.
Di jalan cinta para pejuang, kita melestarikan nilai-nilai nazhar; berbaik sangka kepada Allah, menjaga pandangan dalam batas-batasnya, dan selalu mencari hal yang menarik. Bukan sebaliknya. Di jalan cinta para pejuang, yang terpenting bukanlah seberapa banyak engkau tahu, tapi bahwa engkau mengetahui yang memang bermakna bagimu. Dan bahwa Allah selalu bersamamu.
kecocokan jiwa memang tak selalu sama rumusnya
ada dua sungai besar yang bertemu dan bermuara di laut yang satu; itu kesamaan
ada panas dan dingin bertemu untuk mencapai kehangatan; itu keseimbangan
ada hujan lebat berjumpa tanah subur, lalu menumbuhkan taman; itu kegenapan
tapi satu hal tetap sama
mereka cocok karena bersama bertasbih memuji Allah
seperti segala sesuatu yang ada di langit dan bumi, ruku’ pada keagunganNya

Tuesday, January 14, 2014

Mengurus Ujian

 
 
Hidup ini diibaratkan sebagai hidangan.
Ada manis, pahit, masam, masin dan sebagainya. Tak mungkin hidangan itu enak hanya dengan satu rasa sahaja.
Begitu juga dengan hidup ini. Ada seribu satu rasa. Ada tawa, ada tangis, ada suka ada duka. Itulah kepelbagaian yang mewarnai sebuah kehidupan.
 
Hidup ini macam sebuah rimba. Mustahil kita nak masuk dalam hutan rimba tapi taknak jumpa semak samun, pokok-pokok, onak duri dan segala halangan laluan. Silap-silap boleh jumpa binatang buas lagi.
 
Begitulah analoginya dengan kehidupan di dunia ini.
 
Allah tidak menjadikan dunia ini sebagai darul jaza' (tempat Dia memberi) tetapi darul istilah (tempat Dia menguji hamba-hambaNya).
 
Siapa kita untuk minta tidak diuji? Baik sangatkah kita? Hebat benarkah amalan kita? Kerana kita hamba, dan setiap hamba layak diuji. Lebih-lebih lagi hambaNya yang claim diri dia beriman. Allah dah berfirman dalam surah Al Ankabut ayat 2 dan 3;
 
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata;"Kami beriman", sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
 
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta"
 
Allah menguji hamba-hambaNya bersebab. Boleh jadi dengan menurunkan ujian, akan mengembalikan hambaNya kepadaNya dan ujian itu juga mampu membersihkan hati dan menyucikan jiwa.

Baju yang kotor itu, perlu direndam, dibasuh, dipusing, dikeringkan terlebih dahulu sebelum keluar dari mesin basuh dalam keadaan yang bersih kembali. Kalau kita jadi baju tu, mungkin kita rasa sakit, tapi itulah proses yang perlu dilalui berulangkali untuk menjadikan ianya bersih.

Begitulah..

Hakikatnya, ujian itu membuka ruang untuk hambaNya muhasabah diri dan merenung kembali segala kesilapan yang pernah dilakukan.
 
BILA DIUJI
 
1. Ingatlah bahawa apabila Allah sayangkan seseorang, Dia akan menguji hambaNya sehingga hambaNya itu merintih kepadaNya dengan bersungguh-sungguh.
 
2. Redha kepada Allah atas ujian tersebut. Kerana apa yang dikehendaki Allah pasti berlaku, apa yang tidak diinginiNya tidak akan terjadi.
 
3. Berdoa kepada Allah. Kerana dariNya datang ujian itu, kepadaNya juga kembali ujian tersebut.
 
4. Dekatkan diri kepada Allah. Hakikatnya hanya pada Allah tempat pergantungan kita sebagai hamba. Penting untuk punya bounding yang kuat dengan Allah tatkala sedang diuji. Kerana tiada siapa yang dapat membantu, memberi kekuatan, dan memberi pelindungan selain Allah
 
Hasbunallahawani'mal wakeel ni'mal maula ni'mannasir
(Cukuplah Allah sebagai penolong, dan sebaik-baik pelindung).
 
 
Dalam satu perkongsian ilmu, Ustazah pernah berkata, Setiap hamba Allah itu telah punya tingkat/darjat masing-masing di syurga. Namun Allah meilhat hanya dengan amalan hambaNya itu belum cukup untuk untuk melayakkannya ke tingkat/ darjat  syurga tersebut. Lalu Allah menguji hamba-hambaNya dengan ujian bagi melayakkan dan meninggikan darjat dan martabat hamba-hambaNya.
 
Wallua'lam.

Nisa'


Wednesday, January 8, 2014

Nak Beri Hati Kepada Siapa?


Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..’’

Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire


“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?


“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..


Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.
Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”


Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.                      

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

-Dipetik dari iluvislam.com
.”

Tuesday, January 7, 2014

Just Saying...

Manusia. Walau hebat macam mana manusia tu sekali pun, sedar atau tidak, suka atau tidak, dia amat mudah menghakimi seseorang itu berdasarkan kulit luaran dia. Kita tak nak makan kacang yang kulitnya nampak buruk dan tak cantik, walaupun isinya lazat dan rangup.
 
credit to i.g. (mintak halal naa..)

Sunday, January 5, 2014

At Taubah:26

 
 
 
 
 
Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.”
(At-Taubah: 26)

Thursday, January 2, 2014

4 Kategori Manusia

Kata Prof Muhaya, manusia ni.. ada 4 kategori:-

1. Manusia HARAM
- (bunyi macam kasar sikit). Tapi takpe, untuk mengingatkan.Manusia haram ni, ada- orang tak suka, tak ada- orang suka. Malangnya, malangnya kalau kita termasuk dalam kategori ini. Cuba renung diri, cuba muhasabah diri, kita hidup dekat dunia ni... orang suka ke? Ke kalau kita tak ada orang lagi suka??

2. Manusia WAJIB
-Kalau ada-orang suka.Tak ada-orang jadi susah. Kewujudan dia dalam dunia ni sangat-sangat diperlukan. Itu namanya wajib. Beruntunglah kalau kita termasuk dalam kategori ini. Mari kita sama-sama berdoa dan berusaha untuk berada dalam kategori manusia ini.

3. Manusia SUNAT
-Kau ada takpe, tak ada pun takpe. Banyak kot manusia dalam kategori ni. Macam... ade ke, takde ke.. it doesnt big matter pun.

4. Manusia MAKRUH
-Kau ada takpe, tak ada lagi bagus.

Telan liur. Agak-agak kita dalam kategori mana? Cuba renung dan muhasabah diri balik. Cuba ingat-ingat, selama mana kita hidup, sejak kita baligh.. sampailah sekarang umur kita.. tak kisahlah berapa..
13 tahun?.. 15? 18? 20? 25? 30? 40? 50? atau 60? atau 70..?

Apa yang kita dah sumbangkan untuk keluarga, untuk masyarakat, untuk agama. Agak-agak kalau rasa belum ada apa-apa, makanya telah tiba masa untuk kita bangun.

Qum Fa Andzir!