Tuesday, January 14, 2014

Mengurus Ujian

 
 
Hidup ini diibaratkan sebagai hidangan.
Ada manis, pahit, masam, masin dan sebagainya. Tak mungkin hidangan itu enak hanya dengan satu rasa sahaja.
Begitu juga dengan hidup ini. Ada seribu satu rasa. Ada tawa, ada tangis, ada suka ada duka. Itulah kepelbagaian yang mewarnai sebuah kehidupan.
 
Hidup ini macam sebuah rimba. Mustahil kita nak masuk dalam hutan rimba tapi taknak jumpa semak samun, pokok-pokok, onak duri dan segala halangan laluan. Silap-silap boleh jumpa binatang buas lagi.
 
Begitulah analoginya dengan kehidupan di dunia ini.
 
Allah tidak menjadikan dunia ini sebagai darul jaza' (tempat Dia memberi) tetapi darul istilah (tempat Dia menguji hamba-hambaNya).
 
Siapa kita untuk minta tidak diuji? Baik sangatkah kita? Hebat benarkah amalan kita? Kerana kita hamba, dan setiap hamba layak diuji. Lebih-lebih lagi hambaNya yang claim diri dia beriman. Allah dah berfirman dalam surah Al Ankabut ayat 2 dan 3;
 
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata;"Kami beriman", sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
 
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta"
 
Allah menguji hamba-hambaNya bersebab. Boleh jadi dengan menurunkan ujian, akan mengembalikan hambaNya kepadaNya dan ujian itu juga mampu membersihkan hati dan menyucikan jiwa.

Baju yang kotor itu, perlu direndam, dibasuh, dipusing, dikeringkan terlebih dahulu sebelum keluar dari mesin basuh dalam keadaan yang bersih kembali. Kalau kita jadi baju tu, mungkin kita rasa sakit, tapi itulah proses yang perlu dilalui berulangkali untuk menjadikan ianya bersih.

Begitulah..

Hakikatnya, ujian itu membuka ruang untuk hambaNya muhasabah diri dan merenung kembali segala kesilapan yang pernah dilakukan.
 
BILA DIUJI
 
1. Ingatlah bahawa apabila Allah sayangkan seseorang, Dia akan menguji hambaNya sehingga hambaNya itu merintih kepadaNya dengan bersungguh-sungguh.
 
2. Redha kepada Allah atas ujian tersebut. Kerana apa yang dikehendaki Allah pasti berlaku, apa yang tidak diinginiNya tidak akan terjadi.
 
3. Berdoa kepada Allah. Kerana dariNya datang ujian itu, kepadaNya juga kembali ujian tersebut.
 
4. Dekatkan diri kepada Allah. Hakikatnya hanya pada Allah tempat pergantungan kita sebagai hamba. Penting untuk punya bounding yang kuat dengan Allah tatkala sedang diuji. Kerana tiada siapa yang dapat membantu, memberi kekuatan, dan memberi pelindungan selain Allah
 
Hasbunallahawani'mal wakeel ni'mal maula ni'mannasir
(Cukuplah Allah sebagai penolong, dan sebaik-baik pelindung).
 
 
Dalam satu perkongsian ilmu, Ustazah pernah berkata, Setiap hamba Allah itu telah punya tingkat/darjat masing-masing di syurga. Namun Allah meilhat hanya dengan amalan hambaNya itu belum cukup untuk untuk melayakkannya ke tingkat/ darjat  syurga tersebut. Lalu Allah menguji hamba-hambaNya dengan ujian bagi melayakkan dan meninggikan darjat dan martabat hamba-hambaNya.
 
Wallua'lam.

No comments:

Post a Comment