Monday, January 27, 2014

Modal 24jam



Assalamulaikum. Selamat Hari Isnin. Hari demi hari renew azam, nak pergi kerja awal, nak kerja dengan amanah, tak mau curi tulang. Tak nak benci orang. Nak buat yang baik-baik je. Nak jadi orang yang disenangi dan disayangi. At least berazam. Walaupun rasa macam 10% je kot yang dapat dicapai. Agak-agak manfaat tak 24 jam ini?
 
Hakikatnya 24 jam ini adalah modal kita.
 
Ibarat, kita pergi shopping kompleks, dah set nak beli apa, dah ada list. Tup-tup kita sampai shopping complex, kita jadi terpesona dengan semua benda. Semua benda kita nak beli. Padahal kita ada budget sekian-sekian je. Kita rambang mata dengan semua. Kita beli apa yang tak ada dalam list, sampai akhirnya kita sedar yang duit kita dah habis. Sampai tak dapat nak beli lagi apa yang kita plan dari awal tadi. Yang sepatutnya kita beli. Sebaliknya, benda lain pulak yang tak de dalam keperluan pun sebenarnya yang kita duk shopping, sebab kita mungkin terpedaya dengan keindahan, kerdipannya.
 
 Mata'ul ghurur. ~dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang orang yang terpedaya. ~ al hadid:57.
 
Ya Allah! Analoginya begitulah hidup kita. Hidup sehari-hari. Ada benda nak kena buat. Ada tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan. Ada amanah yang perlu dipikul. Kita tau, bukan tak tau. Tapi kadang kadang saja buat buat tak tau. Kita diberi modal 24 jam untuk guna sebaik mungkin. Sebagai contoh 9 jam untuk bekerja, 1 jam terkumpul untuk solat 5 waktu, 30 minit membaca al quran, 30 minit wirid dan doa, 30 minit al mathurat pagi dan petang, 30 minit solat-solat sunat, 5 jam tidur, 7 jam lagi dengan lain lain aktiviti-makan, mandi, pergi tandas, dalam kenderaan, aktiviti dengan keluarga dan kawan kawan dan sebagainya. Sungguh pack jadual kan. Ini belum cerita yang masih study. Sebelum tidur, cuba audit dan muhasabah diri balik apa yg kita dah lakukan dengan modal 24 jam yang Tuhan bagi pada hari. Cuba audit balik, dari pagi celik-celik je mata sampailah kita duduk atas katil sekarang ni, siap-siap nak tidur. Agak-agak bila dah recall balik, rasa apa? Rasa tenang.. Atau rasa menyesal?..
 
Adakah kita rasa, kita dah guna modal 24 jam tu sebaik-baiknya, manfaatkan sebaik-baiknya untuk penuhi checklist kita sebagai khalifah Allah, sebagai anak yang berbakti, sebagai pekerja yang amanah, sebagai kawan yang menyenangkan, sebagai jiran yang prihatin, sebagai isteri atau suami yang membahagiakan, dan sebagai ibu/bapa yang benar-benar bertanggungjawab? Telan liur.
 
Atau... Bila audit balik, kita terkedu sendiri. Tak sedar rupanya dengan 24 jam itu kita tak dapat membeli apa-apa pun. Ya Allah.. Tadi dekat ofis aku banyak blogwalking Ya Allah.. Sampai kerja-kerja yang sepatutnya boleh siap hari ni aku tak siapkan. Ampunkan aku Ya Allah. Lunch time tadi aku keluar awal, masuk ofis lambat. Zuhur nak dekat pukul 3. Berapa persen je lah gaji aku berkat hari ni Ya Allah..Balik kerja tadi aku melencong lepak-lepak minum-minum dengan kawan-kawan dulu sampai aku balik rumah lambat. Asar pun di hujung waktu. Ya Allah.. Aku tak sedekah apa pun hari ni. Aku tak buat sesuatu yang bermanfaat untuk agama pun hari ni. Ya Allah.. Ya Allah.. Bagilah aku peluang usia yang panjang lagi untuk tambah kebaikan, tingkatkan amalan. Mungkin ada yg berbisik begini saban hari. Ada kesedaran. Ada rasa khauf dan raja'. Tapi esoknya hari baru muncul lagi seperti biasa, kita juga masih leka macam biasa. Kita rasa umur kita panjang. Kita rasa kematian tak akan datang menjemput kita. Nanti nantilah, ada lagi masa, tua nanti aku buatlah ibadat betul betul. Biasanya itu yang bermain di minda, nak sedapkan hati katakan..
 
Apakah kita ingin jadi mereka menyesal di akhirat kelak? Mereka yang berkata;
 
 ¤Robbana absorna wa sami'na farji'na na'mal solihan inna mu qinun. (Ya Allah, kami telah melihat, kami telah mendengar, maka kembalikan kami (ke dunia), kami akan mengerjakan amal soleh, sesungguhnya kami adalah orang yang yakin. -As sajdah:12
 
Tapikan, masa tu tak berguna lagi segala rintihan, rayuan dan penyesalan. Tak ada lagi talian hayat. Mintaklah macamana pun, Allah tak akan kembalikan lagi kehidupan di dunia. Allah menempelak dlm surah Ibrahim ayat 44; tidakkah kamu diberi tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu dulu telah bersumpah,,bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?
 
Rasulullah s.a.w bersabda, amat malang orang yang hari esoknya lebih buruk dari hari ini. Macamana nak jadi lebih baik dari semalam? Kena berazam. Kena berterima kasih dan bersyukur kepada Allah atas nikmat kehidupan. Kena sentiasa memastikan setiap denyut nadi kita, setiap hembusan nafas kita, bermanfaat untuk Islam. Kita semua punya tanggungjawab masing-masing. Tidak Allah jadikan manusia itu sekadar sia sia. Berdoa pada Allah agar dibukakan jalan kebaikan, dilorongkan ke jalan agama, ditambahkan ilmu yang berkat dan bermanfaat dan dijauhkan daripada dosa dan kemungkaran. Berdoalah dengan seribu satu do'a dan berharaplah dengan sebenar benar pengharapan. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar. Dia akan mendorong hambaNya yang berazam untuk memperbaiki amalan.
 
Ya Allah, bantulah kami. Bantulah hamba-hambaMu ini ke jalan kebaikan.
 

No comments:

Post a Comment