Saturday, October 7, 2017

Meninggalkan Sesuatu Yang Bukan Urusan

Hari ini, masyarakat kita sentiasa terdedah kepada maklumat baru, samada positif atau negetif secara mudah. Sepantas kilat sesuatu perkara menjadi tular, tanpa adakalanya tidak dapat dipastikan lagi kesahihan maklumat tersebut. Gosip sana gosip sini, fitnah sana fitnah sini, umpat sana umpat sini. Dunia sekarang dunia fitnah. Masyarakat kita semakin parah. Kita hidup dalam zaman di mana masyarakat bersikap sangat suka menghakimi, sibuk mencari kesalahan orang lain, sibuk untuk ambil tahu hal orang lain bukan tujuan untuk bantu nasihat menasihati tapi untuk menjadi bahan fitnah dan umpat keji.  Tidak kira siapa, tak terlepas dari ujian ini. Daripada orang awam, pemimpin, ulama,  siapa sahaja.. tak terlepas dari berpeluang menjadi pemfitnah atau mangsa fitnah.

Kita hidup dalam zaman orang berlumba lumba menunjukkan kekayaan, kecantikan dan segala kelebihan yang mereka miliki. Kita hidup di zaman orang sangat berminat untuk ambil tahu tentang kehidupan orang lain. Di situlah wujudnya Facebook, Instagram dan sebagainya.

Anda tahu tak, ada satu hadis dalam susunan Hadis 40 Imam Nawawi berkenaan Meninggalkan Sesuatu Yang Bukan Urusan.

Tanda baiknya seseorang Muslim itu adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya.

Pelajaran hadis ini adalah
1.  Termasuk sifat-sifat orang Muslim adalah dia menyibukkan dirinya dengan perkara-perkara mulia dan menjauhkan perkara yang sia sia.

2. Pendidikan bagi diri dan perawatannya dengan meninggalkan apa yang tidak bermanfaat di dalamnya.

3. Menyibukkan diri dengan sesuatu yang tidak bermanfaat adalah kesia2 siaan dan merupakan petanda kelemahan iman.

4. Anjuran untuk memanfaatkan waktu dengan sesuatu yang manfaatnya kembali kepada diri sendiri bagi dunia dan akhirat.

5. Ikut campur terhadap perkara yang bukan urusannya dapat mengakibatkan kepada perpecahan di antara manusia.

Kita ambil contoh beberapa situasi/perkara yang tidak bermanfaat dalam masyarakat kita.

Mak Cik Jemah: Artis A ni pergi melancong ke mana ye? Berapa juta duit ada dalam bank dia ye? (sambil-sambil google dan masuk ke laman gosip artis tempatan)

ii. Joyah: Kenapa ustaz ni kahwin 3?  ish.. ishk.. nampak je baik tapi rupanya macamtu perangai dia. lepasni kita boikot ustaz ni jangan pergi ceramah dia.

Itu sekadar contoh mudah, sebenarnya banyak lagi perkara lain namun suka saya kaitkan dengan contoh yang dekat dengan realiti masyarakat kita hari ini.

Saya nak tanya anda, apa manfaat anda dapat dengan mengambil tahu perkara perkara begitu? Bertambahkah iman?

Baiklah. Saya ada  cerita nak share. Harap harap awak  awak semua sudi baca sampai habis.

Kisah 1
Ada seorang ulama,  ketika melalui satu jalan dan melihat satu rumah. Dia melihat ada bilik yang ditambah. Dia bertanya2 dalam hati dia, bila bilik ni dibuat? Namun kemudian dia istighfar.  Dia katakan pada dirinya; wahai diriku,  kamu telah bertanya perkara yang bukan urusanmu maka aku denda diriku puasa sepanjang 1 tahun. Maka dia puasa sepanjang tahun kecuali puasa pada hari hari yang diharamkan sebagai 'menebus apa yang dia rasakan adalah kesalahan besarnya' hanya kerana terdetik mempersoalkan perkara tersebut walau dalam hati cuma.

Kisah 2
Imam Ibn Hajar ketika melalui satu jalan untuk ke masjid beliau  ternampak seorang alim jual sesuatu yang seakan2 sisha. Dalam hatinya dia tertanya2 kenapa orang alim ni jual sisha. Kemudian dia masuk masjid. Namun ketika dalam solat dia terlupa bacaan al Fatihah. Perkara ini sangat luar biasa kerana dia hafal banyak hadis. Mustahil dia boleh lupa bacaan surah al Fatihah. Dia kembali jumpa orang alim tadi dan berkata; 'tolong pulangkan al Fatihah yang engkau ambil dari aku'. Orang alim itu berkata, 'boleh. dengan syarat kau beli sisha aku'.

Ibn Hajar bertanya, kenapa kamu jual sisha?
Orang alim itu berkata; orang yang beli sisha aku ini nescaya nanti dia tak akan beli lagi dengan izin dan kuasa Allah.

Begitulah. Lihat contoh ini, betapa ulama2 ini menjaga diri mereka dari perkara yang bukan urusannya. Sesuatu dlm hati pun terasa besar dosanya. Bagaimana pula dengan kita? Hari ni ada buka blog gosip2 artis tak? Kalau ada rentikan la. Saya pesan untuk diri sendiri juga. Kita diajar untuk meninggalkan perkara yang bukan urusan kita bagi mengelakkan berlaku buruk sangka dan perpecahan ummah. Jadi mulai sekarang, kita perhatikan apa yang kita baca, apa yang kita lihat, apa yang kita bicarakan,  apakah ianya bermanfaat atau sebaliknya. Jika tidak, tinggalkanlah kerana meninggalkan (perkara yang bukan urusan) itu sabda Nabi s.a.w, adalah tanda baiknya iman seseorang itu.

Wallahu 'alam.

Saturday, August 19, 2017

Muhasabah

i.slot hadis 40

Hadis ke 4.

Hadis tentang kejadian manusia. Takdirnya dan kesudahannya.

Serius..bergetar jiwa raga dgn hadis ni. Setiap kali dengar setiap kali tu bergetar jiwa raga.

Ada orang yang kehidupannya baik amalannya baik, tidak tinggal yang wajib rajin buat yang sunat, ahli ibadah seolah-olah dia dengan syurga jaraknya sehasta tapi di akhir hayatnya dia melakukan perkara tidak baik melakukan maksiat contohnya maka penyudahnya dia masuk neraka.

wal iya dzubillah.

Ada juga orang yang kehidupannya penuh dengan melakukan amalan tak baik. Dia lah yang tidak solat dialah yang tidak pernah puasa dialah yang aniaya orang sehingga jaraknya dengan neraka seolah-olah sejengkal je lagi tapi di akhir hayat Allah gerakkan hatinya buat kebaikan dan penyudahnya adalah syurga.

Allahurabbi...

mungkin dari 1 sudut kita mempersoalkan,  di mana keadilan.

Si polan pertama ini 50 tahun buat ibadat, hanya kerana 1 hari terakhir dalam hidupnya dia buat maksiat habis semua amal ibadatnya dan dia masuk neraka.

Si polan kedua ini 50 tahun hidup bergelumang maksiat hanya kerana 1 hari terakhir dalam hidup dia dia buat ibadat dan insaf akhirnya di masuk syurga.

Namun hadis ini menuntut kita untuk berfikir dan muhasabah diri.

Sebab itu kita dituntut untuk tidak mnghukum orang. Jangan nak labelkan orang ni ahli syurga atau ahli neraka. Jangan bila kita tengok orang ni jahat sikit kita dah bajet baik dan rasa kitalah ahli syurga dialah ahli neraka. Allahurabbi..

Sebab tu kata ustaz kita harus sentiasa istiqamah. kita tak tahu penyudahan kita bila maka oleh itu sentiasalah berdoa supaya diberi kekuatan untuk dapat istiqamah buat kebaikan sepanjang masa sepanjang ketika.

ya Allah.. kurniakan kami istiqamah. sesungguhnya hanya kpdMu kami meminta..

ii.Slot talaqi.

Bila betul-betul talaqi macamni memang kena berhati2. Silap sikit kena tegur silap sikit kena tegur. Takut doe.

Bila begini mula refleksi.

Selama ni kita baca quran mungkin tak hati hati. al Quran ni kata2 Allah.  tapi Allah tak pernah marah pun setiap kali kita salah baca. Kalaulah Allah bagi hukuman kepada hambaNya setiap kali hambaNya salah baca mmg binasalah lama2 gamaknya. Bayangkan sekali silap sekali kena panah petir. Eh itu sadis sangat. Sekali silap sekali kena rotan. Tak ke berbirat2 tubuh. atau paling koman pun sekali silap sekali kena herdik. Tak ke nak gugur jantung. Paling habis sekali silap sekali kena marah silap2 terus hambaNya tak mahu dan serik dah nak baca Quran.

Tapi Allah tidak begitu. Allah tak pernah marah kita bila kita salah baca kerana kejahilan atau kealpaan kita.  Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang mngatasi segala galanya. Sebaik baik ustaz pun kadang kadang bila pelajar dia asyik salah baca quran kadang kadang naik  juga suara dia tegur. Berdebar terus kita. Tapi Allah tidak.  Allah baik kan. Tak pernah terus hukum kita bila kita silap baca. Terus Dia bagi kita baca dan baca dan baca lagi walau sering salah2. Dia Maha Pengampun. Dia Maha Pengasih. Dia Maha Penyayang.

Melting kan?

Dan al Quran itu terus menawarkan ketenangan hati dan kententeraman jiwa hamba hambaNya..

Monday, August 7, 2017

untitled

This month setiap hari penuh. Tiada hari tanpa keluar.  Isnin -jumaat kerja. 2 hari kelas malam. Sabtu ke USIM. Ahad Bangi. Look full yeah. Cuti pun pagi2 kena bangun. Kene mandi kena keluar awal2. Agak sibuk nampaknya. Tapi aku bahagia. Kesibukan yang menyenangkan. Dipenuhi dengan prkara2 bermanfaat,  In shaa Allah.

kalau ikutkan hati dan nafsu mau je aku lepak2 kt rumah tido smpai tghari melayan tv astro youtube bagai. heaven kot. tapi bila teringat kata2 yg kerehatan seorang Mukmin itu hanya akan bisa diperoleh bila kakinya mnjejak syurga jadi tak jadilah aku nk berehat2 sgt. Dunia ni memang tempat berpenat2 akhirat nanti baru berehat. takpelah brpenat2 sikit kt dunia ni mudah2an nanti di syurga nanti dpt berehat selamanya dgn bahagia  Inshaa Allah Allahumma ameen.

Thursday, August 3, 2017

segmen motivasi pagi

Tadi dalam perjalanan ke pejabat aku seperti biasa dengar radio ikim segmen motivasi pagi. Bulan ni bersama Prof amuhaya yang senang membahasakan dirinya Dr Muhaya sahaja walaupun gelarannya panjang berjela dengan Datuk Prof Dr segala.

Apa yang paling terkesan dan diingati adalah dia  mengajarkan tentang satu doa ni;

"Ya Allah,  jadikan aku suka dengan apa yang Engkau takdirkan kepada aku",  lebih kurang begini bunyi doanya. 

Sebenarnya dah pernah dengar sebelum ni. Rasanya dari Ustaz Abd Kadir kalau tak silap. inilah namanya tazkirah. peringatan berpanjangan.  kita tahu bukan tak tahu tapi kdg2 kita lupa

doa ini, klu kita amalkan dan yakin, Subhanallah sgt luar biasa. ini adalah manifestasi keredhaan dan kepasrahan kpd Allah swt yang sesungguh2nya. no doubt. no argumental.

klu kita faham ini kita akan bahagia.

Saturday, July 29, 2017

Doa Taubat

JomSinggahMasjid 1.0

Masjid As Solihin Kg Teras Jernang, Bangi

29.07.2017

Syamaa'il Muhammadiah 1.2

Syamail Muhammadiah 1.0

NotaKuliah 1.0


Kitab Sahih al Bukhari
-disusun oleh Imam Muhammad bin Ismail (194H-256H)
-nama asalnya al Jami', namun ianya lebih dikenali dengan nama Sahih al Bukhari kerana menghimpunkan hadis berstatus sahih sahaja.
-hadis dalam Sahih al Bukhari disusun mengikut tema hadis dan dinamakan "kitab".
-dikatakan kitab paling sahih selepas al Quran.
-Imam al Bukhari mengambil masa 16 tahun menyusun kitab ini yang merupakan hadis-hadis sahih terpilih dari 600,000 hadis yang dihafal oleh beliau.
-namun begitu masih terdapat hadis sahih lain yang tidak terdapat dalam Sahih al Bukhari.

Pengenalan Imam Al Bukhari
-merupakan anak yatim. bapanya warak setelah Islam meskipun datuknya tidak beragama Islam.
-pada umur 16 beliau mengikut  ibunya mengerjakan haji. Kemudian beliau membuat keputusan untuk terus tinggal di situ untuk belajar. Di situ bermula perjalanan menimba ilmunya di mekah.
-mempunyai daya hafalan yang tinggi sehingga dikatakan beliau tidak perlu menyalin pelajaran melainkan hanya mengigati dan boleh mengulangi secara tepat.
-pernah suatu ketika di Baghdad,  beliau diuji oleh 10 ahli hadis dengan diajukan 100 hadis yang sengaja diputarbelitkan. Apa yang mengagumkan Imam Bukhari boleh mengulang kembali secara tepat malah membetulkan lagi hadis  yang kurang tepat.
-Diceritakan Imam Bukhari pernah bermimpi seolah2 Rasullah berada di hadapannya dan beliau memegang kipas untuk menjaganya. mimpi tersebut ditakwilkan yang Imam Bukhari akan menepis kebohongan terhadap  hadis2 Rasullah. 
-Mimpi ini yang menyebabkan beliau melahirkan kitab Sahih Bukhari.

Kitab Sahih Muslim
-disusun oleh Imam Muslim bin al Hajjaj al Naisaburi
-menghimpunkan hadis-hadis sahih berkaitan sebahagian besar topik tentang Islam .
-mengandungi sekitar 4000 hadis yang tidak berulang.
-keseluruhan hadis termasuk pengulangan sebanyak 7275 hadis.

Pengenalan Imam Muslim
-Murid kepada Imam Bukhari.
-mula belajar hadis ketika berusia 15 tahun.
-dianugerahkan ketajaman fikiran dan hafalan.
-tawadhuk dan warak dalam ilmu
-jumlah hadis yang ditulis dalam Sahih Muslim diambil dan disaring dari sekitar 300000 hadis.
-Imam Muslim merupakan orang ke 2 terbaik dalam ilmu hadis setelah Imam Bukhari.

Kelas Pengantar Ilmu Takhrij
Dr irwan (FPQS, USIM 29.7.17)

Sunday, July 23, 2017

Wanita Solehah

Ciri-ciri Wanita Solehah Yang Terbaik di sisi Allah swt

i. MengEsakan Allah dan takut kepada Allah
ii. Taat kepada suami / ketua keluarga
iii. Tidak berhias berlebihan ketika di luar
- tidak mencacah tatu
-tidak menjarangkan dan mengasah gigi
-tidak mewarnakan rambut/menyambung rambut dan meninggikan seperti bonggol unta
-tidak memakai minyak wangi berlebihan di hadapan bukan mahram
-tidak mendedahkan aurat dan perhiasan diri
iv.Bersyukur dengan pemberian suami.

short note Kuliah Dhuha Muslimat, Surau AnNur Bandar Baru Bangi 23.07.17 (Ustaz Amin Muttaqin)

Friday, July 21, 2017

Sini Bukan Rumah Kita

S I N I  B U K A N
R U M A H    K I T A

Kita bukan penduduk bumi,
kita adalah penduduk syurga.

Kita tidak berasal dari bumi,
tapi kita berasal dari syurga.

Maka carilah bekal
untuk kembali ke rumah kita,
kembali ke kampung halaman yang lama kita tinggal.

Dunia ini bukan rumah kita,
maka jangan alpa dengan kesenangan dunia.

Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan kembali ke rumah kita.

Tak Rindu ka pada kampung kita ?

Bukankah mereka yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya dan mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya yang menunggu di rumah..

Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita?

Rabb yang mulia
Dia hanya meminta
amal soleh dan keimanan, taat pada Nya serta rasa rindu padaNya.
Yang menanti di rumah.

Begitu beratkah memenuhi perintahNya?

Kita tidak berasal dari bumi, kampung asal kita adalah di syurga.

Kenapa kita lupa?

Rumah kita jauh lebih Indah di sana.
Kenikmatannya tiada terlukiskan dihuni oleh
orang-orang yang mencintai kita.

Ada isteri solehah
Ada suami Soleh
serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.

Mereka rindu kehadiran kita,
setiap saat menatap menanti kedatangan kita.
Mereka menanti khabar baik          dari Malaikat Izrail.

Bila Keluarga mereka akan pulang?

Ikutilah peta (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan.

Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis Laknatullah yaitu neraka.

Kita bukan penduduk bumi,
kita penduduk syurga.
Bumi hanyalah perjalanan.
Moga perjalanan kita kesana selamat dan diRahmati.

INGAT INI BUKAN RUMAH KITA.

Tak Sabar Nak Balik Mana?


Teringat di Kota Madinah..ada sekali tu sy pergi kedai kurma brader Indonesia. Tiba2 brader indon kedai kurma beri tazkirah targhib pada saya..

"Dunia kita kumpul untuk diTINGGALkan..tetapi akhirat kita siapkan bekal untuk diDATANGI kerana kita akan pulang ke sana..Bila kita kumpul dunia banyak2, hati akan jadi berat nak tinggalkan dunia.. sebab cinta dunia dah kuat. Tmbh2 plak Bila nampak yg kita dah kumpul tu menimbun..tu yg takut nk mati...

Tapi bila kita menambah bekal akhirat banyak2, tak sabar plak nk balik akhirat sbb harta dah hantar banyak kat sana.. tu yg mati trsenyum gembira.

Macam kami ni kerja di saudi tapi wang di hantar ke indonesia..rasa tak sabar nak pulang ke Indon kerana wang telah di hantar ke sana dan telah dibina rumah dibeli Tanah Dan harta di sana..Begitulah Akhirat..kalau telah di hantar amalan dan harta pulang ke sana..Mahligai pun telah tersedia..rasa tak sabar nak balik Akhirat...

tak sabar nak balik Akhirat...
tak sabar nak balik Akhirat...
tak sabar nak balik Akhirat...

Kuat sgt fikir Dunia, Allah hantar org indon kedai kurma untuk sekolahkan kita sikit dan bagi ingat sikit. Dunia bukan tempat tinggal tapi tempat meninggal...Akhirat tempat tinggal dan di sanalah kita akan kekal...

Jom share supaya lebih ramai yg menyiapkan bekal Akhirat Dan rasa tak sabar nak balik Akhirat insyaallah...

Just Copy & paste and share 💕

Tuesday, May 23, 2017

Manusia.

Ada ketika bila mendepani karenah manusia terdekat yang pelbagai ragam dan adakala menyakitkan hati dan mata dan telinga, hati terdetik berbisik kepada Tuhan; Ya Allah, kurniakan aku kawan2 yang baik, bos yang baik, pasangan hidup yang baik, yang berlemah lembut, yang sopan dalam berbicara, baik akhlak dan tingkah lakunya.

Tapi kemudian,  terdengar satu bisikan menyedarkan aku dari impian yang tersangat besar itu;

Kau ingat ni syurga ke? Ini dunia. Kau tak akan jumpa semua kesempurnaan itu. Dan lagi, kau pun bukan sempurna mana. Bukan sebaik mana juga. Nabi pun diuji dengan manusia2 yang tidak baik di sekeliling, dan engkau tu siapa nak yang baik2 sahaja diberikan kepada engkau?..

Tuhan jadikan manusia dengan pelbagai sikap dan perangai. Hubungan kau dengan manusia adalah medan tarbiah Allah kepada kita semua. Di situ kau akan belajar erti kasih sayang, sabar, memaafkan dan segalanya.  Dan kerana itu, Allah pertemukan engkau dengan pelbagai manusia dengan pelbagai karenah  dengan pelbagaI ragamnya. Li taarafu. Dan kau akan faham kenapa Allah pertemukan engkau dengan setiap manusia itu, tak akan pernah ada yang sia sia.

Tunduk. Insaf.

*tp sy nk juga ya Allah.. mintak x salah, kan?

Wednesday, May 10, 2017

Al waajibat aqsaral minal awqat

Teringat dalam satu program ceramah, ustaz bercerita.

Para ulama dulu, sangat menjaga masa. Hatta untuk makan pun, mereka berkira soal masa kerana bagi mereka besar beza masa org yang makan makanan pejal yang perlu ambil masa untuk mengunyah dengan makanan yang lembut dan senang ditelan, setidaknya boleh guna untuk membaca 50 potong ayat quran.

Nah, kalau sewaktu makan pun mereka berkira, apa mungkin mereka ada masa nak duduk saja2, tidur lama2, melepak & berbual perkara sia2?

Reflexion.

Al waajibat aqsaral minal awqat.
Kewajiban itu lebih banyak dari masa yang ada.🕕

Seorang ulama pernah berkata; 'aku tidak pernah menyesali sesuatu lebih dalam dari suatu hari, di mana matahari sudah terbenam, dan umur aku berkurang, namun amalanku tidak bertambah.'

Teringat Cerita bertajuk 'Ghifari' malam tadi di tv alhijrah.

Bila Ghifari tanya sahabat dia, lebih kurang begini; apa yg member dia (Murad) fikir bila celik2 je mata dari tidur.

Si murad ni pun cakap," aku fikirkn pasal business aku, untung rugi aku, saham aku bla bla bla...

Ghifari menasihati Murad dengan nasihat yang cukup mengesankan, lebih kurang begini;

'Rasulullah s.a.w bersabda; 'barangsiapa yang menjadikan dunia sebagai tujuan/ kemuncak cita citanya, Allah akan cerai beraikan urusannya, mnjadikan kefakiran di hadapan matanya, dan dunia tdk dtg kpdnya melainkan apa yg Allah tuliskan baginya"

Imam Ibn Qayyim berkata;

Cinta kepada dunia tidak akan terlepas dari 3 hal:-
i. Kesedihan yg berterusan
ii. Kelelahan yg berpanjangan
iii. Kerugian/penyesalan yg tak berkesudahan.

#notamuhasabah.

Saturday, April 22, 2017

To be ponder

Dikisahkan bahawa seorang guru yang alim berjalan-jalan bersama salah seorang anak muridnya, menyusuri ladang.

Sedang berjalan, mereka terlihat sepasang kasut yang sudah usang. Kasut itu dipercayai milik lelaki fakir yang bekerja di salah sebuah ladang yang berdekatan, yang akan selesai bekerja sebentar lagi dan datang untuk mengambil kasutnya.

Lalu berkatalah murid itu kepada gurunya:
"Apa pendapat tuan jika kita usik tukang kebun ini dengan menyembunyikan kasutnya? Ketika dia datang untuk memakainya, dia tidak menemukannya. Mari kita lihat bagaimana reaksinya!”

Guru yang alim dan mulia itu menjawab:
"Anakku, tidak patut kita berseronok dengan kesedihan orang lain. Wahai anakku, kamu seorang yang kaya, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk dirimu dan si fakir itu dengan memasukkan beberapa keping wang ke dalam kasutnya dan kamu bersembunyi supaya dapat menyaksikan bagaimana kesannya kepada pekerja itu."

Murid itu terpegun dengan usulan gurunya, dan dia pun meletakkan beberapa keping wang ke dalam kasut pekerja itu. Kemudian dia dan gurunya bersembunyi di sebalik pepohonan  untuk melihat respon pekerja yang fakir itu. 

Selang beberapa minit, datanglah pekerja yang fakir dengan berpakaian usang selepas menyelesaikan pekerjaannya di kebun tersebut untuk mengambil kasutnya. 

Ketika dia memasukkan kakinya ke dalam kasut, dia terkejut kerana merasa ada sesuatu di dalamnya. Ketika dia mengeluarkan benda tersebut, dia mendapati ada kepingan wang!!
Dia melakukan perkara yang sama kepada kasut yang sebelah lagi, dan dia menemukan ada wang juga.
Dia menatap wang itu berulang kali, untuk memastikan dia bukan bermimpi …
Kemudian dia melihat ke setiap arah, namun tiada sesiapa pun di sekelilingnya!!!

Diletaknya wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut seraya memandang ke langit sambil menangis dan kemudian dia berteriak dengan suara yang tinggi, bermunajat kepada Tuhannya:
“Aku bersyukur kepada-Mu, wahai Tuhanku. Wahai yang mengetahui bahawa isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum mendapatkan roti. Engkau telah menyelamatkan aku dan anak-anakku daripada kebinasaan.”
Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terkesan dengan apa yang dilihat. Air matanya berlinangan...

Guru yang mulia terus bersuara:
“Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia daripada jika kamu melakukan usulan pertama kamu untuk menyembunyikan kasut itu?”

Murid itu menjawab,
“Sesungguhnya tuan telah mengajar saya satu pelajaran yang tidak akan mungkin saya lupakan seumur hidup saya. Sekarang saya baru faham makna kalimah yang dulu belum saya fahami sepanjang hidup saya:
*“Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak daripada kamu mengambil”.*

Gurunya pun berkata kepadanya:
"Sekarang ketahuilah wahai anakku bahawa pemberian itu bermacam-macam:

• *Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas, adalah suatu pemberian.*

• *Mendoakan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.*

• *Berusaha utk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.*

• *Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya, adalah satu pemberian.*

Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai sahabatku!

Wednesday, April 19, 2017

Mari Berehat Dengan Solat

Kehidupan seharian kita masing-masing memang super bizi. Ke hulu ke hilir ke sana ke sini buat itu buat ini. Kadang terasa sangat letih dan lelah. Untungnya kita sebagai Muslim kita ada waktu rehat. Macamana sibuk sekalipun dengan urusan duniawi, kita ada 5 kali sekurang-kurangnya waktu untuk kita tinggalkan kesibukan itu. membawa hati, jasad dan minda kepada mengingati Allah dalam takbir, tahmid dan tasbih, dalam pergerakan yang dinamakan sebagai solat, bermula takbir dan diakhiri dengan salam.

Ala bizikrillahitotmainnul qulub
~Ketahuilah bahawasanya dengan mengigati Allah hati akan menjadi tenang. (Ar Ra'd :28)

Ya. Apa lagi yang lebih menenangkan selain dengan mengigati Allah? Setiap pergerakan dalam solat seperti qiam, rukuk dan sujud serta bacaan-bacaan di dalamnya sungguh indah dan menenangkan jiwa, apatah lagi bila dihayati dan difahami maknanya. Kita berada dalam dimensi kita sebagai yang dicipta menghadap Dia,  Pencipta kita. kita berkomunikasi denganNya. Hanya kita dengan Dia. Kita tinggalkan dunia di belakang sejurus selepas mengangkat takbir, Allahuakbar. Allahuakbar itu sendiri membawa maksud Allah Yang Paling Besar dan selainnya jauh lebih kecil dan tiada yang mampu mengatasinya.

Para sahabat di zaman Nabi dahulu pernah berkata; jika diminta pilih antara syurga dan solat, aku memilih solat kerana syurga itu untuk aku tapi solat itu untuk Allah. Subhanallah lihatlah begitu sekali nilai kecintaan mereka kepada solat. Semoga kita semua merasai kemanisan solat seperti apa yang dirasai oleh mereka.

Ya Allah, jadikan solat itu penyejuk mata hati kami, menenang dan menenteramkan jiwa2 kami..

Thanks for the hijab's evolution

Bermula dari tudung bawal, tudung awning, tudung instant sehingga kepada wide shawl, dengan pelbagai jenis material dan cara pemakaian yang berbeza-beza.. Sebenarnya aku rasa sangat bersyukur dengan trend hijab sekarang ini yang sangat berkembang luas dan diterima baik oleh segenap lapisan masyarakat.

Ketika era tudung bawal standard 45 dulu, ianya dikira telah cukup sopan selagi tidak disilangkan kedua dua hujungnya ke atas bahu. Namun begitu materialnya agak jarang. Alhamdulillah,  ada yang berinisiatif menghasilkan inner neck. Untuk lebih selamat, boleh pakai anak tudung penuh seperti tudung syria saiz kecil sebelum pakai tudung bawal untuk menutup aurat sepenuhnya.

Ketika di zaman awal kemunculan tudung awning satu ketika dulu, tudung-tudung yang dijual di pasaran kebanyakan bersaiz kecil. Alhamdulillah kini semakin ramai peniaga tudung yang memahami konsep patuh syariah. Semakin banyak tudung yang dijual dalam saiz yang besar dan labuh.

Begitu juga dengan selendang. Dahulu, kebanyakan materialnya jenis chiffon yang jarang. Kini semakin banyak material yang lebih tebal, tidak jarang, besar namun tetap juga selesa. Yang penting menutup aurat sempurna.


Dan aku sangat berterima kasih kepada pengusaha pakaian muslimah sekarang yang sangat membantu muslimah untuk berpakaian menutup aurat dengan sempurna, dengan masa yang sama masih lagi mampu kelihatan cantik dan bergaya. 


Siapa kata menutup aurat tu tak cantik?


me. wearing silk scarft from cambodia


Thursday, April 6, 2017

Cantik vs Baik

Kita suka seseorang sebab orang itu baik atau orang itu cantik?

Ya. Semua orang sukakan kecantikan. Ianya fitrah. Masakan tidak, Allah Pencipta kita itu cantik dan sukakan kecantikan.  Namun apakah cantik itu segala-galanya sehingga membelakangkan aspek nilai dan kualiti lain? Sudah tentu tidak.

Pertama kali mengenali seseorang biasanya dari wajah. Dari mata turun ke hati (benarkah?). Tarikan pertama adalah wajah. Ya benar. Namun itu mungkin sedetik waktu cuma. Lama kelamaan setelah mengenali luaran kita akan explore pula kualiti yang lebih kompleks iaitu nilai akhlak dan sikap.

Dan di situlah terletak cantik yang sebenarnya.

Wajah yang cantik itu cuma sifat fizikal. Yang lebih utama adalah yang di dalam itu. Hati.


Sebab tu ada orang kata, Muka tak berapa nak cantik boleh tahan lagi. Wajah itu kurniaan Allah. Semua pun cantik dengan kecantikan yang berbeza beza. 

Muka tak cantik tak ape kalau akhlak cantik.

Tapi kalau perangai tak cantik.. ditambah pulak muka pun tak berapa nak cantik memang mnyakitkan hati.

Kawan kawan yang rapat dan terdekat dengan aku merupakan ujian kepada aku.

Namun Alhamdulillah 'ala kulli hal aku tidak hidup berseorangan di muka bumi ini. aku ada kawan- kawan walaupun adakala perangainya tak berkenan di mata.yes I'm not perfect too. why not?


Kadang kadang rasa fed up dengan manusia-manusia seperti itu. Rasa taknak get long. Taknak ada apa-apa hubungan dan kaitan pun. Tapi, 

Pesan Nabi s.a.w, mukmin yang hidup bergaul dengan orang lain dan sabar menerima sikap buruk mereka, lebih baik dari mukmin yang tidak bergaul dengan orang lain dan tidak bersabar menerima sikap buruk mereka.

Aku tahu ini medan Allah menguji iman dan ketaqwaan aku. Aku dah selalu sangat ditarbiah dengan teori itu dan kini Allah hantar bahan uji kajinya sebagai praktikal.

Bagaimana aku yang telah berusia 31 tahun ini menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumiNya.

Nagaimana aku mnjalankan usaha dakwah dan tarbiah untuk org lain.

Bukan nak baik sorang2 sahaja. Tapi bantu untuk membaikkan manusia2 di sekeliling juga.

Yang belum kenal Islam, bawa supaya kenal Islam.
yang  telah kenal Islam, bawa supaya lebih mencintai Islam.

Bukankah itu yang sering aku doakan?

Tidak lah menganggap diri ini lebih baik dari mereka2 ini namun aku berdoa wujudnya seorang aku di dunia ini sebagai asbab kebaikan kepada ramai manusia.

inshaa Allah..

berikan aku kekuatan ya Allah..

Monday, April 3, 2017

CINTA ALLAH... KEPADA YANG BERTAQWA, KAYA DAN TERSEMBUNYI...

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah itu cinta kepada hamba yang bertaqwa serta kaya dan tersembunyi (yakni sebagai orang yang tidak glamor / masyhur dan tidak dikenali orang kerana ia tidak mempunyai kedudukan)."

(dari Saad bin Abi Waqqas - Riwayat Muslim)

وعن سعد بن أبي وقاص رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم: يقول: “إن الله يحب العبد التقي الغني الخفي” ((رواه مسلم)).
والمراد: بـ “الغني” غني النفس، كما سبق فى الحديث الصحيح

Yang dimaksud dengan kata 'alghani' yakni kaya itu ialah kaya jiwanya- tak semesti kaya harta benda, sebagaimana dijelaskan dalam Hadis shahih berikut ini Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:
لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ "Bukanlah yang dinamakan kaya itu kerana banyaknya harta, tetapi yang dinamakan kaya - yang sebenarnya - ialah kayanyajiwa."Shahih Muslim no1741

Monday, March 20, 2017

Tuesday, January 17, 2017

Memaafkan Kesalahan Teman

"Memaafkan Kesalahan Teman"

●Jadilah kamu pemaaf dan berpalinglah dari orang yang bodoh.

Surah An-Najm  Ayat 32:

الَّذِينَ يَجْتَنِبُونَ كَبَائِرَ الْإِثْمِ وَالْفَوَاحِشَ إِلَّا اللَّمَمَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ وَاسِعُ الْمَغْفِرَةِ ۚ هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنشَأَكُم مِّنَ الْأَرْضِ وَإِذْ أَنتُمْ أَجِنَّةٌ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ ۖ فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ

(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Ia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Ia mencipta kamu (berasal) dari tanah, dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa. {53:32}

Surah An-Nisaa' Ayat 49:

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ يُزَكُّونَ أَنفُسَهُم ۚ بَلِ اللَّهُ يُزَكِّي مَن يَشَاءُ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا

Tidakkah engkau perhatikan (dan merasa pelik wahai Muhammad) kepada orang-orang yang membersihkan (memuji) diri sendiri? (Padahal perkara itu bukan hak manusia) bahkan Allah jualah yang berhak membersihkan (memuji) sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya); dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasan mereka) sedikitpun. {4:49}

■hati kita pun xdpt kita kuasai sepenuhnya inikan pula hati dan jiwa org lain.
■demikianlah keadaanmu dahulu
kamu dulu bukanlah org yg baik sehingga Allah menyucikan kamu dan menjadikan kamu dari kalangan orang yang beriman.
■cukup kamu menerima bahagian tabiat terbesar saudara anda, ghalibnya orang beriman lebih banyak baik dari buruknya.
■Abu Darda berkata; mencela teman itu lebih baik dari harus hilang persahabatan dengannya.
■siapakah orang yang boleh dapat semua kebaikan dari diri sahabatnya sedangkan dirinya juga tidak mempunyai semua kebaikan yang diinginkan. 
■tiada seorangpun yang boleh memuaskan semua hati kita. 
■tiada seorangpun yang boleh dapat seluruh yang diinginkan dari saudaranya.
■jika segala kesempurnaan diinginkan dari sahabatnya nescaya tidak berteman seseorang itu.
■sekiranya kita selalu tengok orang lain ada kelemahan, koreksi diri sndiri..mungkin kita yang bermasalah.  Masalah kita adalah tidak pernah berpuas hati dengan orang lain.  Jangan sampai kita tidak bersyukur dengan nikmat Allah.
■jangan putus hubungan oleh kerana perasangka buruk sedangkan sebelum itu kamu telah yakin dengan kebaikannya.
■jadikan sahabat yang menegurmu kerana kebaikan  sekurang kurangnya 3 kali sebagai teman. Dia menegurmu bukan kerana marah tapi sayangkan kamu dan ingin membawa kamu ke arah kebaikan.
■manusia dan dunia ini pasti ada kekurangan yang tidak sedap di mata atau kelemahan yang mncemari kemulusan. Tidak adil engkau mengharapkan kawan yang sempurna sedangkan engkau pun tidak sempurna.
■seandainya tidak kerana rahmat dan kurniaan Allah nescaya tidak ada seorangpun yg bersih dari segala kekurangan.
■engkau mengharapkan kesempurnaan sedangkan kayu gaharu yang menebarkan keharuman pun perlukan asap untuk menghasilkan harumannya.
●manfaatkan waktu dan kesihatan untuk ketaatan kepada Allah.
■berusaha manfaatkan kesihatan dan waktu luang dengan melakukan ketaatan kerana tidak setiap waktu dapat memberikan yang terbaik. Yang luput juga tidak akan kembali. Esok belum tentu sihat belum tentu lapang. 
■bersendirian tanpa melakukan perkara bermanfaat akan mncenderungkan diri kepada keresahan.
■anak Adam itu akan ditanya 4 perkara;
umur, masa muda, masa lapang, hartanya
■hindari olehmu bersendirian yg tidak mmbawa apa apa manfaat dari sudut taat kepada Allah. sesungguhnya ia akan mengeruhkan fikiran. Jika kita ingat Allah kita tak akan rasa bersendirian.
Bersendiri tanpa mengingati Allah berbeza dengan uzlah atau khalwah. Uzlah dan khalwah adalah mengasingkan diri dari ramai untuk berzikir dan mengingati. Allah.
■jangan biarkan harimu berlalu tanpa manfaat.
Jangan simpan hartamu dalam hal yang tidak produktif untuk akhirat.
■yang paling produktif untuk akhirat adalah sadaqatun jariah.
■masa itu terlalu agung bagi orang berakal untuk dihabiskan dalam hal  yang tidak bermanfaat dan mmbelanjakan harta bagi hal yang tidak  menghasilkan pahala dan ganjaran.
■orang bijaksana muhasabah diri untuk manfaatkan harta selepas mati bukan di dunia sahaja.
■barang siapa ucapannya lain dari zikir maka ucapannya sia-sia. Menyuruh orang buat baik itu sadaqah. Larang orang buat jahat itu sadaqah.
Barang siapa yang pandangannya bukan untuk mengambil pangajaran maka pandangannya sia sia. Pandang dan berfikir dengan memandang kekuasaan Allah di sebalik apa yg dipandang.
Barang siapa yang diamnya tidak kerana berfikir tentang  kebenaran maka dia telah tenggelam dalam ketidakseriusan.
wallahu'alam.

Kupasan Kitab La Tahzan: Bab Memaafkan Kesalahan Teman
Ustaz Abd Rahim Rafiee, Surau An Nur BB Bangi
27 November 2016