Penerbit: Transform Publication
Sunday, December 28, 2014
Tangisan Umat
Penerbit: Transform Publication
Friday, December 26, 2014
Allah is my CEO
Ada empat jenis golongan yang berbicara;
-bila dia jumpa orang, dia berbicara tentang orang.
Itu mengumpat namanya.
-bila dia jumpa orang, dia berbicara tentang dirinya.
Itu takabbur
-bila dia berjumpa orang, dia berbicara tentang Allah.
Itu dakwah.
-adapun golongan keempat, bila dia dengan Allah, dia berbicara tentang dirinya.
Itulah dia hamba yang berdoa.
Lalu di mana kita dalam antara keempat empat golongan itu?
Thursday, December 11, 2014
Punch card
Hari ni aku terlambat keluar ke pejabat. 7.40pagi baru terhegeh hegeh masuk kereta hidup enjin baca doa apa semua. Syukurlah sekarang cuti sekolah, jalan tak sesak sangat.
Tapi mengejar kurang 20 minit ini sungguh mendebarkan. Walau estimate perjalanan kalau traffic bergerak lancar dari rumah ke pejabat hanya kurang lebih 15minit. Kalau traffic lancar. Kalau tidak..
Jadilah macam hari ni.
Macam macam yang menjadikan aku lambat. Tak dapat mencelah untuk tukar lorong, ada annoying driver yg berhenti di tengah jalan yang akhirnya memaksa aku melakukan tindakan annoying juga iaitu membunyikan hon dan menunggu sambil menyumpah-nyumpah sopan dalam hati kecil sambil tengok jam di tangan..
Masuk parking tak jumpa parking yang strategik. Dah pusing naik pula parking satu lagi.
Ok siap parking. Berlari aku naik pejabat. Tak dan nak capai beg. Yang penting nak punch card. Begitu sekali berkejaran. Beberapa orang juga kelihatan kelam kabut seperti aku di waktu waktu genting begini.
Sampai lif nampak ada lif baru sedang nak tutup. Kelamkabut masuk. Ish..rushing begini. . Kan ke penat tu amazing race pagi pagi macamni. Cuba kalau datang awal.. bukankah lebih tenang?
Sampai punch card. 8 tepat. Cepat-cepat masuk card dengan harapan sempat sebelum tukar 8 seminit.
Teet... bunyi jam serentak dengan kad aku masuk.
Alaa... tak sempat!..
Padanlah dengan muka!
Itulah. Orang lambat selalu rugi.
Makanya terpaksalah aku dapatkan tandatangan bos atas kelewatan ini.
Refleksi.
Kita berkira sungguh dengan punch card. Setiap hari berkejar nak sampai pejabat ikut waktu yang ditetapkan. Kalau 8, 8 lah.. kalau 9, sebelum pukul 9 kena ada di pejabat.
Begitu disiplin kita. Kerana ikut peraturan pejabat. Kalau lambat boleh jadi bos marah. Boleh jadi akan dapat surat amaran. Boleh jadi akan menjejaskan gaji. Sebab tu kita betul betul berhati hati. Jaga masa. Taknak lewat.
Tapi..kenapa kita tak berdisiplin macam tu bila solat?
Padahal yang menetapkan itu adalah Allah pemilik sekelian alam. Yang memberi kita rezeki adalah Dia. Pemilik dan Raja segala Raja. Dia yang memberikan rezeki pekerjaan, memberikan kita kenderaan yang baik untuk sampai ke pejabat dan pulang ke rumah, memberikan kita makan, pakai, tempat tinggal.. keluarga..dan segala galanya..
Kita risau lambat punch card. Tapi kenapa kita langsung tak rasa bersalah kalau terlambat solat? Atau lebih malang lagi kalau langsung tak solat!
Kita rushing berkejaran supaya taknak punch card merah, tapi kenapa kita tak berkejaran begitu untuk menyahut seruan Allah?
Allahu..
Cuba kalau Allah bayar cash setiap kali kita lambat solat. Kalau Dia nak, Dia boleh serta merta hukum atau tarik nikmat hambanNya setiap kali hambaNya buat dosa. Tapi Allah tak kejam. Dia sentiasa bagi peluang kepada hambaNya utk kembali dan bertaubat. Tidak Dia hukum serta merta. Walau sebanyak mana maksiat yang dilakukan oleh anak Adam itu. Allah Yang Maha Baik, pemilik segala nikmat yang diberikan kepada hambaNya, walau hambanNya menderhaka kepadaNya, dengan sifat rahmat dan kasih sayangNya, tidak Dia tarik nikmat yang diberikan kepada hambaNya.
Ya Allah. . Baiknya Engkau.
Cuma kami yang tak mengerti.
Cuma kami yang tak pandai menghargai.
Cuma kami yang tidak tahu bersyukur.
Wahai Allah. .
Ampunkan kami..
Wednesday, October 15, 2014
Ayat2 chenta
Saturday, September 27, 2014
Berdoa untuk orang lain
Pagi tadi jenguk dekat bawah apartment ni baru dalam proses nak membina playground. Seorang pekerja sedang memasang papan gelongsor dan barang barang perkakas masih bersepah.
Sampai ke tengahari pekerja makin bertambah dari seorang ke 2, 3 hingga beberapa orang. Di bawah panas terik mereka bekerja keras. Ya Allah permudahkan urusan mereka. Hati terdetik untuk berdoa. Mereka bekerja di bawah terik untuk siapkan playground. Untuk dimanfaatkan oleh kanak kanak di sini.
Selepas asar, hasilnya telah jadi seperti dalam gambar di atas. Sikit lagi. Almost completed.
Berdoa untuk orang lain.
Semalam ceramah dengan ustaz ebit lew di pejabat.
Antara input dari ceramah ustaz adalah berkenaan doa
Sejauhmana kita boleh dan sanggup berdoa untuk orang lain. Yang kita tak kenal. Tapi mulut dan hati kita ringan untuk mendoakan mereka.
Dan lagi.. mendoakan kebaikan kepada orang yang tidak berbuat baik kepada kita. Yang kita tak kenal pun.
Tapi... belajar lah.
Hari tu, dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat, di traffic light di simpang 4, tak semena-mena ada satu kereta ni stuck kat tengah-tengah.
Alah..
Betul-betul depan aku pulak tu.
Kebetulan traffic light warna merah. Aku dah ready bagi signal untuk tukar lorong. Sambil menjeling deretan kereta yang panjang di belakang.
Mujurlah, ada seorang penunggang motosikal berhenti dan tolong tolak kereta tu. Drivernya seorang lelaki cina tua.
Lelaki Melayu itu turun dari motosikal nya dan tolong tolak kereta tu ke tepi.
Ya Allah. Mudah-mudahan Kau balas kebaikan dia dengan sebaik2 kebaikan. Dià telah memudahkan ramai orang. Dan aku yakin, bukan aku seorang yang berterima kasih kepada dia. Malah ramai lagi.. walau dalam hati cuma ..
Adakala, sesuatu yg berlaku itu tidak kita ingini. Tidak dirancang untuk menolong seseorang tapi Allah mengkehendakkan utk memberi ganjaran pahala kepada hambaNya dr pelbagai bentuk asbab. Dan beginilah. .
Sungguh. Semua itu adalah dari Allah.
Monday, May 26, 2014
Sunday, April 20, 2014
Ayat-ayat Cinta 1
~Maryam: 96
Surah At Taubah Sangat Ohsem I Tell You
20: (Sesungguhnya) orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan lebih tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang yang hanya memberi minum orang yang mengerjakan haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang yang berjaya.
24: Katakanlah (Wahai Muhammad), "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan kaum keluarga kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai LEBIH DARIPADA ALLAH DAN RASULNYA dan (daripada) BERJIHAD UNTUK AGAMANYA, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azabNya); kerana Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasiq (derhaka).
(sorry if u familiar with this sentences. yes ayat IG ler teww)
Thursday, March 13, 2014
Krisis Air. Jerebu. Politik. Pesawat Hilang.
Wednesday, March 12, 2014
Ustazah?
Monday, February 24, 2014
TTT__________TTT
Penuhkan cinta dalam hati ini hanya untukMu
Penuhkan seluruh penggantungan dan pengharapanku hanya padaMu
Bantulah aku mengigatiMu lebih dari segala sesuatu...
Kalau aku hilang cinta manusia, itu masih tak apa apa..
Tapi kalau aku hilang cinta dan kasih sayangMu..
Ke mana lagi hendak kutuju...
Ilahi,...
Jangan biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walau dalam sekelip mata atau dalam kadar yang lebih pendek dari itu...
Wednesday, February 19, 2014
Carta 11 Amalan Terbalik di Malaysia
Thursday, February 13, 2014
Jealousy
Jangan buang masa dengan cemburu dengan perkara yang sia-sia. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil kepada hamba-hambaNya. Cuma, hambaNya saja yang selalu menzalimi diri sendiri.
La Ila Ha Illa Anta Subhanakainni Kuntuminazzalimin..
Wednesday, February 12, 2014
Kuasa Tahajud
Nah, sekarang cumanya bila tidak dapat apa yang aku doakan, aku tidak mengharap lagi akan itu. Aku cuma berdoa untuk dibukakan jalan kebaikan, berdoa mendapat redha, petunjuk dan dikekalkan hidayah. Berdoa untuk kebaikan di dunia dan akhirat. Berdoa agar Allah sudi memberikan keampunan, rahmat dan kasih sayangNya.
Kata Ustaz Pahrol, kalau kita tidak dapat apa yang kita inginkan, bahagialah dengan apa yang kita tak dapat itu.
Kerana itu, harus faham tujuan dan erti hidup sebagai hamba. Allah mendatangkan kita rasa berkehendakkan kepada sesuatu adalah sebagai asbab untuk kita dekatkan diri kepadaNya. Kerana dua keadaan yang boleh menyebabkan kita dekat dengan Allah adalah ketika diuji dan menngharap.
Hebatnya kuasa tahajud. Sungguh!.
Wednesday, February 5, 2014
Renungan
Bertuahlah siapa yang menjadi dan yang memiliki..
Don't Tell Them You Are Muslim
p/s: anda yang Muslim, bila kali terakhir hantar kereta ke carwash? jangan biarkan kereta kotor bertompok-tompok. buat malu je (peringatan untuk diri sendiri sebenarnya heheh)
Monday, January 27, 2014
Modal 24jam
Assalamulaikum. Selamat Hari Isnin. Hari demi hari renew azam, nak pergi kerja awal, nak kerja dengan amanah, tak mau curi tulang. Tak nak benci orang. Nak buat yang baik-baik je. Nak jadi orang yang disenangi dan disayangi. At least berazam. Walaupun rasa macam 10% je kot yang dapat dicapai. Agak-agak manfaat tak 24 jam ini?
Thursday, January 23, 2014
Aku PerlukanMu Kerana Aku MencintaiMu
Muka surat awalnya pena dari editor bertajuk
"Aku PerlukanMu Kerana Aku MencintaiMu".
Saya petik sedikit bicara hikmah dari pena Ustaz Pahrol;
Amat besar beza antara ungkapan "aku cinta kamu kerana memerlukanMu" dengan "aku perlukan kamu kerana aku mencintaiMu".
Ungkapan kedua lebih murni dan suci sifatnya; cinta yang ikhlas. Begitulah sewajarnya cinta kita kepada Allah. Kita memerlukan Allah kerana kita memang mencintaiNya. Jangan pula mencintaiNya hanya kerana kita memerlukanNya.
Berapa ramai manusia yang ketika dilanda masalah, susah, gagal, terhimpit, miskin atau sakit, merayu dan merintih kepada Allah. Ketika susah dia memperkemaskan ibadah dan akhlak. Panjang doa dan solatnya. Namun sebaik masalah selesai, apa yang dihajati tercapai, dia kembali kufur, lalai dan derhaka.
Ibadah orang sebegini sangat rapuh. Apabila Allah memberi apa yang dipohonnya, dia alpa. Sebaliknya, jika yang diminta tak kunjung tiba dia kecewa, marah dan putus asa.
"Mengapa Tuhan tidak perkenankan doaku?"
"Mengapa setelah lama berbuat baik keadaanku masih begini?"
Dia seakan-akan mendesak, bahkan memaksa dan mengugut Tuhan dalam ibadat dan munajat. Luntur dan gugur segala sifat kehambaannya semasa meminta. Hakikatnya dia ialah peminta yang ego.
(Peminta yang ego? Tidak layak! Sungguh tidak layak!)
Allah berfirman: "Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi bakhil. Apabila ia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah, dan apabila dia mendapat kebaikan dia amat kikir." (Surah al Ma'arij 70:19-21)
Jangan, jangan begitu.
Tulisan dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi sebiji-sebiji saya baca dan saya hadam. Dari satu perkataan ke satu perkataan. Saya telan liur. Macam terkena di batang hidung sendiri. Tepat-tepat.
Ya Allah.. Ya Allah..
La ila ha illa anta, Subhanakainni kuntuminazzolimin..
Saya termenung.
Apakah saya juga pernah atau masih lagi atau sedang lagi berciri-ciri begini? Ikhlaskah amalan saya selama ini? Apakah amalan-amalan saya ini ada hidden agenda tersendiri? Apakah penerimaanMu Tuhan? Jujur, saya pernah terdetik di hati, pernah melemparkan persoalan-persoalan tidak sedar diri sebegitu.
Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diri sendiri. Ampunkanlah aku.. ampunkan aku Wahai Tuhan.
Wednesday, January 22, 2014
Nazhar Bukan Sekadar Ta'aruf
Nazhar, Bukan Sekedar Ta’aruf
Meskipun masih tersimpanDalam kuntum yang akan mekar-Iqbal, Javid Namah-
jangan kau kira cinta datangdari keakraban dan pendekatan yang tekuncinta adalah putera dari kecocokan jiwadan jikalau itu tiadacinta takkan pernah tercipta,dalam hitungan tahun, bahkan millenia-Kahlil Gibran-
kecocokan jiwa memang tak selalu sama rumusnyaada dua sungai besar yang bertemu dan bermuara di laut yang satu; itu kesamaanada panas dan dingin bertemu untuk mencapai kehangatan; itu keseimbanganada hujan lebat berjumpa tanah subur, lalu menumbuhkan taman; itu kegenapantapi satu hal tetap samamereka cocok karena bersama bertasbih memuji Allahseperti segala sesuatu yang ada di langit dan bumi, ruku’ pada keagunganNya
Tuesday, January 14, 2014
Mengurus Ujian
Baju yang kotor itu, perlu direndam, dibasuh, dipusing, dikeringkan terlebih dahulu sebelum keluar dari mesin basuh dalam keadaan yang bersih kembali. Kalau kita jadi baju tu, mungkin kita rasa sakit, tapi itulah proses yang perlu dilalui berulangkali untuk menjadikan ianya bersih.
Begitulah..
Hakikatnya, ujian itu membuka ruang untuk hambaNya muhasabah diri dan merenung kembali segala kesilapan yang pernah dilakukan.
Monday, January 13, 2014
Wednesday, January 8, 2014
Nak Beri Hati Kepada Siapa?
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.
“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..
Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”
“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”
Redha
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.
-Dipetik dari iluvislam.com.”